CHAPTER 21 : THE CHESS

1.5K 130 0
                                    

Luqman meronda sekitar kawasan akademi,waktu rehat agak panjang dalam masa satu jam. Aila turut bersamanya kerana permintaan Ikhwan,supaya menemaninya takut jika apa-apa yang buruk berlaku.

"Sure lesson today is tough! Huh Aila?" Luqman berkata sambil tersenyum.

"Yeah...tapi itu tiada masalah bagi awak bukan...?" Soal Aila pula.

"Huh? Why did you say so?" Luqman kehairanan.

"Luqman awak tu genius...biarpun exam susah macam mana sekalipun awak mampu hadapi dengan mudah.." jelas Aila panjang lebar.

Luqman mukanya merona merah,sebaik dipuji oleh Aila dan juga Aila antara pelajar terbaik di akademi.

"Well saya tak tahu nak kata apa..cuma terima kasih sebab memuji saya.." kata Luqman menggosok belakang kepalanya.

KRRAANGG!!!

BRAMM!!!

Perbualan mereka terhenti apabila mendengar bunyi yang amat kuat itu,Luqman dan Aila berpandangan kemudian mereka berlari ke arah dari mana bunyi itu muncul.

"Bunyi datang dari bilik latihan visual...." ujar Aila dan Luqman mengangguk faham.

Akhirnya mereka tiba di bilik latihan visual akademi,pintu dibuka dan seorang guru yang bertugas menoleh ke arah mereka berdua.

Luqman tidak memperdulikan guru tersebut,dan fokus ke arah dalam bilik latihan visual. Kelihatan Haikal duduk kaki berjerangkang,mengah kepenatan dan Farhan pula sedang berdiri memeluk tubuh.

"Haikal?" Luqman kehairanan melihat Haikal di dalam bilik tersebut.

"Apa yang berlaku ni guru?" Soal Aila.

"Master Farhan minta kebenaran gunakan bilik ini..." jawab guru itu.

"Untuk apa?.." soal Luqman pula.

"Untuk latihan katanya..." jawab guru itu tersenyum.

Luqman mengangguk faham kemudian sedar Haikal lantas bangkit semula,nafas ditarik panjang sebelum dihelakan sekuat hati. Farhan tersengih dan menurunkan tangannya,Luqman faham Farhan melatih Haikal.

"Maaf mengganggu,saya mohon beredar..." ujar Luqman dan guru tersebut mengangguk tersenyum.

"Awak tak nak masuk ke?" Soal Aila sebaik keluar dari bilik tersebut.

"Nah...saya tak mahu ganggu..." ujar Luqman dan Aila mengangguk faham.

"Patutlah tak nampak di kelas mamat tu..." ujar Luqman lagi.

Luqman dan Aila berpandangan kemudian beredar meninggalkan kawasan tersebut,tidak lama mereka terserempak Stella dan Elizabeth.

"Putera?" Stella menegurnya.

"Kak Stella...Elizabeth..." ujar Luqman mengangkat tangan,kemudian dia terdiam.

"K-kenapa tenung saya macam tu?" Soal Elizabeth apabila Luqman merenungnya.

"Elizabeth...kamu memang pakai spek ke?" Soal Luqman.

"Ouh...putera first time nampak saya pakai spek ya...ni stail saya di luar medan perang..." ujar Elizabeth.

"Hooo....nice..." kata Luqman tersengih.

"Hey guys what'up!" Aminudden pula muncul menegur mereka sambil tersenyum,Alia menyusul di sebelahnya.

"Yo!.." Luqman menyambut sapaan adiknya.

"Eh..kak Elizabeth! Nice glasses!" Puji Aminudden tersenyum,Elizabeth mukanya merona merah.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now