CHAPTER 59 : LANA REQUEST

1.3K 107 0
                                    

Imej Hikari Kanzaki pada media


"Baiklah..." Ikhwan memulakan kata-kata bicara.

Luqman dan Siddiq mendengar dengan teliti,Intan dan Aqirah memasang telinga dari belakang. Nazryn dan Nazrul hanya mendiamkan diri,Layla dan Leila pula memerhatikan keadaan tempat mereka berkumpul.

"Tahniah kerana mara dalam pertandingan tanpa gagal..." ujar Ikhwan.

"Tengok orang la..." kata Luqman tersengih menggosok hidungnya.

"Berlagak...jangan sampai jumpa lawan yang susah kau nak meroyan pula..." ujar Ikhwan tersenyum menggelengkan kepalanya.

Luqman hanya tersenyum sahaja apabila bapa saudaranya mengenakannya,kemudian dia kehairanan di mana Aila dan Alia juga tiada bersama mereka.

"Uncle...mana Aila dengan Alia?" soal Luqman.

"Mereka ada urusan dengan auntie Alisa kamu...jangan risau petang nanti mereka pulang la.." jelas Ikhwan dan dia tidak mahu Luqman tahu mereka berlatih dengan Alisa.

"Intan mana Azren?" soal Ikhwan memandang ke arah Intan.

"Tak tahu...dari tadi tak nampak..." jawab Intan mengangkat bahunya.

"Masa tak cari ada je..ni masa aku nak cari tu la dia hilang haih..." kata Ikhwan menggaru kepalanya.

"Aminudden pun tak ada..." ujar Luqman memandang sekeliling.

Pada masa Ikhwan memberi kata-kata pada kumpulan remaja itu,Lana dan Farhan memerhatikan dari jauh bersama Amien. Lana hanya tersenyum melihat gelagat Ikhwan bersama anak saudaranya,Farhan tidak ketinggalan dan dia lega gurunya tidak apa-apa.

Namun air mukanya berubah sayu mengingati kata-kata Ikhwan mengenai spirit beast fallen,dia tertanya-tanya sempatkah mereka merawat sebelum perkara buruk menimpa?

"Don't make that face...." ujar Lana masih memandang ke arah Ikhwan yang memberi kata-kata pada Luqman serta yang lain.

"But....." Farhan menundukkan wajah sayu.

"Guru percaya kebolehan kamu..." ujar Lana dan Farhan menoleh ke arah gurunya.

"Guru percaya kamu,Amien dan Ikhwan mampu cari jalan...mampu selamatkan guru..jadi jangan senang putus asa...." sambung Lana lagi menyentuh bahu Farhan,Amien hanya mendiamkan diri sambil menyilangkan tangannya.

Ikhwan menyedari keadaan itu dan sekadar tersenyum kemudian Farhan menoleh ke arahnya,Ikhwan mengangguk tanda mereka akan cari jalan penyelesaian. Farhan memejamkan matanya kemudian membalas sentuhan tangan gurunya,Lana terkejut melihat riak air muka Farhan.

"Kami berjanji akan selamatkan guru dan yang lain...itu janji saya..." kata Farhan tersenyum.

"Hell yeah...." Amien menyokong rakan segurunya.

Lana yang mulanya terkejut kemudian tersenyum melihat reaksi anak muridnya,dia menghela nafas lega kerana semua anak muridnya sudah matang jadi dia tidak perlu risau. Tidak lama kemudian pintu automatik terbuka,Farhan dan Lana serta Amien memandang serentak.

"Yo!..." Aminudden menyapa dan di belakangnya ada Hikari.

"Sampai pun..." kata Ikhwan menyedari kehadiran Aminudden.

"Huh? Hey uncle...the girl behind Aminudden..." Luqman menyapa.

"Huh? What's wrong with her?" soal Ikhwan mengerutkan dahinya.

"Bukan ke mereka musuh?" Luqman merenung ke arah Hikari dengan tajam.

"Err...Am,you sure I can be here?" soal Hikari ragu-ragu.

"What do you mean?" Aminudden kehairanan.

"Your brother....cara dia tenung saya..." kata Hikari memandang ke arah Luqman.

Luqman merengus masih memerhatikan Hikari dengan renungan tajamnya,Hikari bersembunyi belakang badan Aminudden. Ikhwan mula bengang dan mengetuk kepala Luqman,Aminudden bersiul dan Siddiq mengerutkan dahi.

"Rasakan...kau tenung perempuan lama-lama kenapa?" ujar Siddiq.

"Sorry uncle...lambat..." ujar Aminudden ketika menghampiri Ikhwan.

"Kau ambil Hikari guna kereta kau ke?" soal Ikhwan.

"Yeah..jalan jem..." keluh Aminudden dan Ikhwan memandang ke arah Hikari.

"Bagaimana luka kamu?" soal Ikhwan tersenyum.

"Huh? Semakin sembuh,terima kasih atas jasa baik kamu semua...saya berterima kasih!" ujar Hikari menundukkan kepalanya tanda penghargaan.

"Aduh...." keluh Luqman bangun kemudian menyedari Hikari sudah berada di hadapannya.

"Maaf...." Hikari menyapanya dan Luqman merenungnya,dan sekali lagi Ikhwan mengetuk kepalanya.

"Okay...okay...I get it..." keluh Luqman memandang semula ke arah Hikari.

"Minta maaf atas hal yang dulu!...hontoni gomennasai!..." rayu Hikari sambil menundukkan kepalanya kepada Luqman.

"Err....." Luqman terkejut dengan tindakan Hikari.

"Oh ya...mana kakaknya?" soal Luqman.

"Kakak dia keluar dari negara ni,uncle ada berikan tugasan..." jawab Ikhwan sambil memegang kepala Hikari,biarpun terkejut namun Hikari hanya membiarkan sahaja.

"Tugasan? Apa?" soal Luqman.

"Its none of your concern..." jawab Ikhwan dengan selamba.

"Hek eleh...." Luqman mencebik mendengar jawapan bapa saudaranya.

"Ikhwan....." satu suara menegur dan Ikhwan menoleh.

"Guru?..." Ikhwan kehairanan melihat Lana menghampirinya,dan bertambah hairan apabila Farhan dan Amien turut menyusul.

"Guru ada permintaan...." ujar Lana.

"Permintaan? Apa dia?" soal Ikhwan menyilangkan tangannya.

"Guru nak tengok peningkatan kamu bertiga..." ujar Lana dan Ikhwan memandang ke arah Farhan serta Amien.

Pada masa yang sama seseorang melangkah laju menuju ke arah di mana Ikhwan berada,anak mata birunya bersinar disiram cahaya matahari.

"Maksud guru....." Ikhwan menduga.

"Yeah...guru nak kamu bertiga sparring..." ujar Lana.

"Ouh...ibu memang terbaik la..." Siddiq bersiul dan Nazrul hanya mendiamkan diri.

"Ini menarik...." ujar Layla tersenyum sinis,Laila mendengar kata-katanya hanya mampu ketawa kecil.

Intan tersenyum teruja dan Aqirah serta Nazryn berpandangan,mereka agak terkejut mendengar permintaan ibu Siddiq.

"I'm so excited!..." Aminudden tersengih dan Hikari kehairanan.

"Dia pula yang lebih-lebih...." ujar Luqman mengerutkan dahi.

"Nampaknya aku tak ada pilihan lain ya?" soal Ikhwan memandang ke arah Amien dan Farhan,Lana sekadar tersenyum sahaja.

Seseorang memasuki bilik latihan tersebut,dan mereka berempat menoleh ke arah orang itu Ikhwan tersengih sahaja.

"Izinkan saya turut serta..."

"Huh?...."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now