CHAPTER 86 : GLAD HAVE YOU BACK,AVALON

1.5K 126 11
                                    

Imej Avalon pada media

Sorakan bergema meraikan kemenangan kumpulan Luqman,Aminudden sekadar bersiul memerhatikan keadaan itu. Intan hanya tergamam dengan sorakan itu,Layla melambai ke arah para penyorak.

Sedang mereka berbual di atas gelanggang,kedengaran bunyi mikrofon di alat audio bergema sedikit. Luqman dan yang lain mendongak ke arah bilik pengacara,para pelajar yang menjadi penonton turut sama berbuat demikian.

"Para pelajar yang dikasihi,maaf kerana gangguan ini... Saya Ikhwan Al'Solleh putera keenam dalam negara Mentari..." Ikhwan memberi pengenalan diri.

Para pelajar yang sedang duduk di tempat penonton terkejut,mereka berbual sesama sendiri kerana itu.

"Settle down... Settle down..." Ikhwan menyambung lagi dan para pelajar semua kembali senyap.

"Saya mendapat laporan di mana akademi ini dikuasai oleh satu pihak yang tidak bertanggungjawab...kalau tidak silap dalam 70 peratus di bawah penguasaan pihak itu...." Ikhwan memberi penerangan dan kebanyakan pelajar terkejut mendengar berita tersebut.

"Saya puji usaha mereka kerana melakukan sesuatu yang keji di dalam negara saya...dan pelik bagaimana pengetua akademi ini tidak melakukan apa-apa.. Ataupun dia sudah disuap dengan kenyang?" Jelas Ikhwan lagi dan Farhan serta Amien hanya berpandangan kemudian tersengih.

Pada masa yang serang lelaki usia sekitar 50-an berjalan secara berhati-hati,memeriksa sekitar kawasan untuk melarikan dan lelaki itu terus berlari dengan pantas. Namun dia sudah terlambat apabila Felicia mendarat di hadapannya,lelaki itu terkejut dan Recca muncul dari belakangnya.

"Going somewhere principal?"

🔥🔥🔥🔥🔥🔥

Luqman mengekori Ikhwan dan Farhan dari belakang,Aila turut menyusul dan Aminudden bersama Alia. Alisa pula berjalan bersebelahan Fara,Laura dan Amien juga ada bersama.

"Uncle nak bawa saya ke mana?" Soal Luqman.

"Ikut je la... Jangan banyak tanya.." Jawab Ikhwan.

Akhirnya langkah mereka terhenti di hadapan bilik,Luqman terasa satu kuasa yang amat kuat. Avalon sedikit terkejut apabila dia merasai daya kuasa tersebut,Ikhwan hanya tersenyum sahaja.

"Kau rasa bukan? Avalon?" Soal Ikhwan.

"Heh...tak sangka kau simpan 'ia' rupanya...." Avalon berkata dengan sinis.

Ikhwan membaca sesuatu dan bulatan magis yang mengunci,lenyap dan pintu terbuka asap keluar dari celah pintu. Aminudden dan yang lain termasuk Luqman menelan air liur,meremang bulu roma mereka terasa.

"Ni siapa letak efek asap ni? Oi author!" Ujar Ikhwan sambil menggaru dan mendongak ke atas.

"Uncle cakap dengan siapa?" Soal Luqman dan Aminudden.

"Tak ada siapa la... Meh masuk..." Ikhwan melangkah masuk ke bilik tersebut.

Luqman melangkah masuk bersama Aminudden,Aila dan Alia memandang sekeliling bilik. Fara dan Farhan hanya pergi ke sebelah pintu,menyandar dinding tidak mahu masuk campur. Amien sekadar menyilangkan tangan ke belakang leher,Laura menyusul dari belakangnya.

"Luqman ini ada satu benda yang kau patut miliki..." Ikhwan menoleh ke arah Luqman,sambil tangannya menunjukkan ke satu arah.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now