CHAPTER 77 : TRUE ENEMY

1.1K 113 3
                                    


King tergamam dan terpaku menyedari kehadiran Ikhwan di sebelahnya,namun Ikhwan hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa. Apa yang menakutkan baginya,bagaimana Ikhwan boleh berada di sebelahnya sedangkah semasa dia ingin duduk tiada orang pun di kerusi itu?

Peluh mengalir di pipi dan kakinya menggigil,Ikhwan pula hanya duduk menyandar serta menyilangkan tangannya memandang ke arah remaja tersebut.

"Jadi kau la leader the chess?" Soal Ikhwan dengan nada biasa.

King tidak menjawab dan hanya membalas pandangan Ikhwan,dia tertanya-tanya apa yang Ikhwan inginkan daripada dia.

"Bertenang aku bukan nak apa-apakan kau..." Jelas Ikhwan dengan bersahaja.

"Jadi apa yang tuan inginkan?" Soal King.

"Ouh kau boleh bercakap? Ingatkan bisu..." Ikhwan membalas.

King mengetap gigi geram namun dia sedar lelaki yang sedang duduk di sebelahnya,bukan sembarangan orang jadi dia hanya mampu menahan dirinya untuk melakukan apa-apa tindakan bodoh.

"Aku hanya ingin berbual dengan kau..." Ujar Ikhwan dan pada masa itu,di atas pokok di mana bersebelahan mereka berada. Felicia dan Noir hanya memerhatikan King,di atas dahan pokok tersebut.

"Berbual?" Soal King.

"Yeah...macam bagaimana kau mampu kuasai 70% dari akademi yang original milik negara Mentari? Apakah tujuan utama kamu semua?" Soal Ikhwan nadanya berubah dingin,King terasa pernafasan menjadi berat.

"Apa yang berlaku?..." King terasa hairan kenapa dia sukar nak bernafas.

Tidak lama kemudian dia kembali bernafas dengan normal,Ikhwan mendecih dan King menoleh ke arahnya dengan renungan tajam.

"Jawab soalan aku...." Arah Ikhwan dengan nada yang dingin.

"Saya tak tahu..." Jawab King.

"Bagaimana kau tidak tahu sedangkan kau adalah leader mereka...." Ikhwan menyoal lagi

"Kami hanya dapat arahan mengetuai urusan The Chess di akademi...tanpa kami sedar sudah menguasai 70 peratus penguasaan akademi..." Ikhwan hanya merenung King sebaik dia membuat penjelasan.

Agak lama Ikhwan merenung King,anak matanya berubah warna biru membuatkan King tersentak. Akhirnya Ikhwan bangun dari kerusi,Felicia dan Noir terus turun lalu mendarat di sebelah kiri Ikhwan.

"Spirit Animal?" King tersentak dengan keadaan itu,air liur ditelan kemudian mengalihkan pandangan.

"Baiklah terima kasih..." Ujar Ikhwan.

"Apa maksud tuan?" King tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Macam aku yang kata tadi,aku jumpa kau hanya sekadar ingin berbual...dan..." Ikhwan menghentikan kata-katanya.

"Dan..?" King menunggu kata-kata Ikhwan seterusnya.

"Aku benci penipu...." Ujar Ikhwan dan beredar,Felicia dan Noir hanya merenung King sebelum beredar.

King memerhatikan Ikhwan dan Felicia serta Noir berlalu pergi,sehingga tidak kelihatan kemudian dia sedar seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Semasa berbual dengan Ikhwan,dia bagaikan sedang direnung oleh seekor naga yang ingin menelannya bila-bila masa sahaja.

"Jadi apa keputusannya?" Soal Noir.

"Panggil Assassin origin..jumpa aku..." Arah Ikhwan.

"Nampaknya sesuatu yang serius bakal berlaku...." Felicia menduga dan Noir mengangguk.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now