CHAPTER 57 : SIBLING QUARREL

1.3K 124 4
                                    


Yumi berjalan dengan riak air muka yang serius,kesatria yang menjaga kawasan mereka lalu hanya memerhatikan sahaja. Ikhwan berdiri di hadapan pintu besar hospital,Yumi menghampirinya dan memberi salam hormat.

"Drop that..." ujar Ikhwan dan berjalan memasuki ruang halaman hospital.

Yumi mengekori tanpa bertanya dan pada masa yang sama,Aminudden sudah berada di bilik di mana Hikari ditempatkan. Remaja itu hanya memerhatikan gadis yang terlena,Aminudden menarik nafas pendek kemudian dihelakan.

"Poor her..." satu suara menegur dan Aminudden menoleh.

"Aunt Reena..." ujar Aminudden melihat Reena masuk ke bilik itu,sambil bunga dalam tangannya kemudian dimasukkan dalam pasu mini.

"Bunga ros biru?" Aminudden terkejut.

"Bunga ros biru mampu menyembuhkan pesakit lebih pantas,bauan yang dikeluarkan itu membuatkan kita tenang bukan?" jelas Reena memberikan sekuntum bunga ros biru pada Aminudden.

"Not sure I can keep...." kata Aminudden menggaru kepalanya,kemudian Reena sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sahaja.

"Just take it...and try smell it..." ujar Reena pula.

"Emm...smell nice...I feel calm a bit..." kata Aminudden tersenyum.

"Right?...." soal Reena.

"Yeah right Doctor Reena Al'Solleh..." jawab Aminudden tersengih.

"Amboi....." Reena mengusap kepala anak saudaranya.

Pada masa yang sama Yumi masih berjalan mengekori Ikhwan dari belakang,dia hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa berkata apa-apa. Dia memerhatikan Ikhwan dari belakang,Yumi tertanya-tanya bagaimana Ikhwan mempunyai kekuatan seperti sekarang ini?

"Pain make us strong...." Ikhwan berkata dengan tiba-tiba.

"Huh?...." Yumi terdiam tidak tahu apa yang dia patut katakan.

"People changed for that pain...and we have make a choice..." ujar sang raja naga.

"But if we take a wrong path...we'll regret it for sure..." tambah Ikhwan lagi.

"What do you mean sir?" soal Yumi tidak faham.

"Penderitaan boleh buatkan kita ambil jalan singkat...dan jalan itu sentiasa gelap.." kata Ikhwan sayu memandang Yumi.

Ikhwan dan Yumi berbalas pandangan agak lama,pada masa yang sama sepupunya juga seorang doktor menyedari keadaan itu. Nurul hanya mendiamkan diri,dia hanya menunggu sahaja dari jauh. Ikhwan merenung Yumi agak lama,kemudian tangannya mengusap kepala Yumi.

"Eh...?" Yumi tersentak.

"How older are you?..." soal Ikhwan dengan tiba-tiba.

"Umur sensitif la bang..." satu suara menegur mereka berdua,Ikhwan dan Yumi menoleh serentak.

"Iris...." kata Ikhwan tersenyum kelat,Yumi tergamam melihat penampilan Iris.

Yumi tergamam kerana penampilan Iris dengan riak muka yang redup,lembut dan rambut putih yang beralun apabila Iris berjalan.

"Kenapa nak sensitif? Ouh...lupa kamu tu dah 28 belum kahwin lagi..." jawab Ikhwan dengan selamba,dan dahi Iris berkerut.

"Brother...did you try pick a fight with me?" soal Iris menahan geram.

"Hmm...apa yang kau rasa?..." soal Ikhwan semula.

Iris mengepalkan penumbuknya dan Ikhwan tersenyum tidak rasa bersalah,Yumi pula terasa tidak sedap hati dan berundur ke belakang sedikit. Melihat dua orang itu berbalas pandangan,Iris mula berang dan Ikhwan tersenyum sahaja.

"That's enough...." satu suara menegur sambil menepuk tapak tangan.

Ikhwan dan Iris serentak menoleh ke arah suara yang menegur,Yumi turut berbuat demikian dan kelihatan Nurul sedang mencekak pinggang. Mengerut dahi merenung pasangan kembar itu,Ikhwan sekadar tersenyum dan Iris pula mendesah.

"Korang nak gaduh kat luar boleh? Sini hospital,hormat sikit..." kata Nurul mengerutkan dahi.

"Aku okay je...ni ha Iris..." kata Ikhwan tersenyum selamba.

"Hey abang yang cari pasal okay,jangan salahkan orang lain!..." kata Iris pula.

"Dah..dah...jangan nak jadi macam budak-budak.." kata Nurul lagi kemudian sedar kehadiran Yumi.

"Wan...dia anak doktor Shirou Kanzaki kan?" soal Nurul pada Ikhwan,Yumi tersentak dan Iris hanya kehairanan.

"Ya...dia la,yang terbaring di wad VIP tu adik dia..." jawab Ikhwan sambil menyilangkan tangannya.

"Puan kenal ayah saya?" soal Yumi merentap lengan Nurul.

"Ya...dia pernah berkhidmat di hospital ni.." jelas Nurul menahan sakit,Ikhwan menjentik percikan api pada tangan Yumi.

Yumi melepaskan rentapan tangan pada lengan Nurul,Ikhwan melangkah dan membelakangkan Nurul. Iris hanya memerhatikan dari tepi,Yumi mengusap telapak tangannya akibat serangan Ikhwan.

"Soalan boleh tunggu nanti,sekarang kau nak jenguk adik kau ke tak?" soal Ikhwan nada suaranya berubah dingin,Nurul menghela nafas lega dan Iris tersengih.

♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓

Hikari sedikit demi sedikit mula membuka matanya,Aminudden yang sedang melayari laman sosial sedar dan terus menyimpan telefon pintarnya. Dia mendekati Hikari mula sedar,gadis itu menyentuh dahinya yang cedera itu.Reena turut sama berada di bilik itu,dia hanya membiarkan sahaja.

"Ha...dah sedar,thank god..." Hikari mencari suara itu,kemudian dia menoleh ke satu arah dan terkejut.

"Awak?...." Hikari tersentak melihat wajah Aminudden berada tidak jauh darinya.

"Awak okay? Ada sakit mana-mana?" soal Aminudden tersenyum.

"Err...okay rasanya,tapi sebelum tu saya di mana?" soal Hikari pula.

"Awak berada di hospital besar Green City negara Mentari..." Reena mencelah dan menghampiri Hikari.

Hikari hanya mendiamkan diri melihat wanita itu menghampirinya,keadaan kepalanya diperhatikan sambil disentuh oleh Reena. Hikari menjeling ke arah Aminudden,remaja itu hanya mengangguk tanda semuanya baik sahaja.

"Mujurlah tiada kecederaan serius,kakak awak memang melakukan tindakan bijak.." ujar Reena.

"Huh? Apa maksud puan?..." soal Hikari tidak faham.

"Kakak awak teleport awak ke negara ni...untuk mendapatkan bantuan.." jelas Aminudden.

"Kakak saya macam mana?..." soal Hikari mula risau.

"Jangan risau....dia selamat..." satu suara menegur sebaik pintu bilik wad itu terbuka.

"Uncle...." Aminudden tersenyum melihat bapa saudaranya muncul.

Nurul turut menyusul dan Iris mengekori dari belakang,Ikhwan hanya tersengih membalas senyuman anak saudaranya. Yumi pula memasuki bilik tersebut,dia tergamam melihat keadaan adiknya yang sedang diperiksa oleh Reena.

"Hikari!..." Yumi terus mendapatkan Hikari.

"Nee-san..." ujar Hikari tersenyum.

Reena hanya tersenyum dan membiarkan dua beradik itu melepaskan rindu,kemudian dia menghampiri Nurul dan yang lain. Ikhwan dan Aminudden pula awal-awal lagi sudah beredar,tidak mahu mengganggu kerja Reena dan Nurul.

"Bagaimana?" soal Nurul.

"Tiada apa yang serius,kecederaan tidak teruk.." jawab Reena.

"Akak ada kelulusan doktor,kenapa tak kerja je kat hospital..." soal Iris.

"Akak lebih suka berada di barisan paling depan..." jawab Reena.

"Akak ni...sama je macam abang Ikhwan tu.." kata Iris mengherotkan bibirnya.

"Well...Iris pun sama gak kan..." kata Nurul pula mencelah dan Iris mengembungkan pipinya tanda protes.

"Haha...mana tidak tumpah kuah ke nasi kan..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now