CHAPTER 70 : SECRET EVIL ORGANIZATION

1.3K 114 7
                                    


Hospital Besar Green

Siddiq terkebil-kebil apabila dia sedar,menyedari dia berada di atas katil. Tidak lama imej Phantom bermain di mindanya,sambil ketawa terbahak-bahak membuatkan dia terbangun. Dia menyedari sesuatu yang serius.

"Adedededeh......"

Sakit terasa di seluruh tubuh,bagaikan dicucuk jarum yang begitu banyak.

Siddiq memerhatikan tangannya yang dicucuk jarum,kemudian dia pandang ke sebelah. Air gula yang disangkut sudah separuh,akhirnya baru sedar di mana dia sedang berada.

Ktang!!

"Huh?..." Siddiq terkejut dengan bunyi bising tersebut.

Seorang jururawat wanita tergamam,namun tidak lama jururawat itu terus berlari keluar dari bilik wad itu.

Siddiq memandang ke arah sebelah,terkejut kerana Nazryn terbaring tidak sedarkan diri.

Seorang doktor muncul dan Siddiq mengenalinya,doktor wanita itu hanya mencekak pinggang tersenyum lega.

"Syukur kamu dah bangun..." Ujar doktor itu.

"Doktor Nurul...." Siddiq masih kurang faham,lalu memandang ke arah Nazryn.

"Rakan kamu stabil,cuma masih belum sedar...ini membimbangkan kami.." Nurul berkata sambil memeriksa denyutan nadi pada mesin.

"Kawan saya akan okay ke doc?.." Siddiq menyoal dan Nurul tersenyum kelat.

"Buat masa ni dia seperti koma..." Jelas Nurul dan Siddiq terkejut lalu menundukkan kepalanya.

Nurul yang memerhatikan Siddiq sekadar tumpang sedih,dia teringat kata-kata Ikhwan tempoh hari kepadanya.

Tolong selamatkan Nazryn,aku tak nak Aqirah kehilangan abangnya...

Nurul menarik nafas panjang sebelum dihelakan pendek,kemudian menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haih... Always get in to trouble..." Nurul merungut sendirian dan beredar.

"Macam mana?.." Soal Ikhwan yang muncul dengan tiba-tiba sebaik Nurul keluar dari bilik wad.

Nurul menjerit dan tangannya bergerak menghayunkan ke arah muka Ikhwan,namun Ikhwan sempat mengelak dan meletakkan jari pada bibirnya.

"Hey...sini hospital la..yang kau menjerit apahal?.." Ikhwan menyoal kehairanan.

"Salah siapa buat aku menjerit naga tak guna!.."

"Sh...! Diam la..hospital la woi..."

"Urgh!..."

Nurul menahan marah dengan muka selamba abang sepupunya,biarpun dia lebih tua tapi kerana ibunya adalah adik kepada Rumina iaitu ibu Ikhwan. Jadi pangkat Ikhwan apabila panggilan adalah abang. Ikhwan tersengih selamba sambil menyentuh bahu Nurul.

"Huh?..."

Sekelip mata dia berada di atas tingkat bumbung hospital,dia melutut kerana pertama kali merasai kuasa teleport.

"Bagi la amaran kalau nak buat tu bengap!..."

"Hehe...sorry.."

Nurul menghela nafas pendek,kemudian memejamkan matanya sejenak. Ikhwan hanya mengangkat kening sebelah kiri,kehairanan dan mencebik.

"Tu kau fokus pe pulak?.." Ikhwan menyoal,sengaja.

"Fokus macam mana nak sepak muka kau tu...." Nurul berkata geram.

Ikhwan tercengang dan membulatkan matanya terkejut,Nurul menjelingnya dengan muka selamba. Ikhwan menundukkan kepalanya sambil tangannya disilangkan,Nurul menunggu reaksi sepupunya.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now