CHAPTER 37 : NEW MISSION

1.4K 130 0
                                    

Reezal dan Hawie tercengang kemudian Yusri serta Raffie menelan air liur,mendengar penjelasan Ikhwan dan Akira dalam talian sebentar tadi. Aminudden dan Alia hanya mampu terkejut,Siddiq mendiamkan dirinya kemudian cuba mendengar dengan lebih teliti.

Ikhwan hanya memberi reaksi tenang,dia tidak hairan jika cerita itu membuatkan Hawie terkejut. Reezal menoleh ke arah rakannya,Hawie menelan air liur kemudian mengepalkan penumbuknya dan terus menghentak meja.

"Damn it! Kenapa aku tak sedar!" bentak Hawie kecewa.

"Hawie...." Reezal hanya mampu bersimpati.

"Bertenang...." ujar Ikhwan.

"Ya betul tu..kita boleh selesaikan sama-sama..." sokong Yusri dan Raffie mengangguk setuju.

Hawie hanya merengus kasar dan segera beredar,namun dihalang oleh Ikhwan ketika cuba menuju ke arah pintu bilik tersebut.

"Tuan nak ke mana?" soal Ikhwan dengan nada yang tenang.

"Ke tepi...aku perlu pulang ke Neo Johor.." ujar Hawie dengan muka yang marah.

"Lepas tu?" soal Ikhwan lagi.

"Aku nak selamatkan tuan putera!..." ujar Hawie lagi.

"Bagaimana? Kau tahu ke tempat persembunyian organisasi tu?" soal Reezal pula dan Hawie terdiam mati akal.

"Aku akan cari dengan usaha aku sendiri!..." kata Hawie pula.

"Pada masa tuan sedang mencari..putera muda sudah mati masa itu.." ujar Ikhwan lagi dan kata-katanya membuatkan Hawie berang.

"Oi Wan..." Reezal mula risau perasaan Hawie.

"Kau...!" Hawie mencekak kolar Ikhwan.

Reezal dan Yusri serta Raffie terkejut dengan tindakan Hawie,Ikhwan menggelengkan kepala ke arah mereka tanda dia boleh tenangkan Hawie. Suasana menjadi keruh dengan kata-kata Ikhwan,Hawie pula tidak dapat menahan perasaan.

"Tuan datang sini dengan family bukan? Adakah tuan ingin pulang begitu sahaja?" soal Ikhwan.

"Jadi apa yang kau nak katakan budak?" soal Hawie dan Ikhwan sekadar tersenyum licik

"Kau...." Menyedari senyuman licik Ikhwan membuat Hawie semakin berang.

"Tuan mampu sentuh saya ke?" kata-kata dengan nada dingin kedengaran,membuatkan Hawie tersentak dengan renungan tajam Ikhwan.

Hawie terus melepaskan tangannya dan berundur ke belakang,menjauhkan jaraknya daripada Ikhwan dan bahunya disentuh oleh Reezal. Hawie menoleh ke belakang dan Reezal menggelengkan kepalanya,Raffie dan Yusri sekadar berpandangan tersenyum.

"Kalau kau berniat cuba mencederakan adik aku,baik kau abaikan..kau tak setanding dia.." jelas Reezal dan Hawie terkejut menoleh ke arah Ikhwan yang berdiri di hadapannya.

"Baiklah..maafkan saya..." ujar Hawie faham dengan situasi mereka hadapi,Reezal tersenyum lega kerana rakannya memahami.

"Jadi...." Hawie merenung ke arah Ikhwan.

"Huh?" Ikhwan sekadar menunggu kata-kata Hawie seterusnya.

"Apa yang kau rancang?" soal Hawie lagi.

Ikhwan sekadar tersenyum mendengar soalan Hawie,Reezal dan Yusri serta Raffie diam memberi laluan pada adik mereka memberi penjelasan. Ikhwan kemudian memalingkan badannya dan menuju ke arah pintu,Reezal dan Hawie kehairanan dengan tindakan Ikhwan. Sang naga menekan pada mesin kunci pintu,lalu terbuka pintu dan Aminudden terjatuh di hadapan Reezal serta Hawie.

"Huh?... Aminudden? Alia?" Reezal terkejut dengan keadaan itu.

"Hehehe....hai ayah....hehe.." sapa Aminudden mengangkat tangan dalam keadaan terbaring.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now