CHAPTER 85 : ITS OUR VICTORY!

1.5K 134 37
                                    

Please put your earphones for the immersive experience

Aminudden menghunuskan pedang yang 'dikirim' oleh Ikhwan dari pulau terapung,entah kenapa Aminudden merasakan keyakinan kembali tinggi sebaik menghunus pedang bilahnya berwarna biru itu.

Aura putih bagaikan wap dari ais menyelubungi bilah tersebut,Knight tidak mahu berfikir apa lagi dan terus meluru ke arah Aminudden.

"Hmph!" Knight melibas pedangnya namun Aminudden menahan dengan kemas.

TANGG!!

KTANG!!

ZTANG!!

Lagaan demi lagaan berhasil dengan kuat,percikan api turut terhasil namun Aminudden dan Knight terus berlawan pedang. Libasan demi libasan dilakukan dan apa yang mengejutkan Knight,kerana Aminudden menggunakan pedang seolah-olah pakar. Knight berpendapat Aminudden bukan pemedang,tapi kenapa dia mampu menghunuskan pedang tanpa sebarang masalah?

"Ha....." Aminudden mengambil dua langkah,Knight tersentak.

Aminudden melibaskan pedangnya dan Knight segera menahan kuasa libasannya,sehingga menyebabkan dia terseret jauh ke belakang. Knight hanya mampu terkial-kial,Akif yang bersama Jamel hanya tersenyum puas.

"Jadi itu la pedang baru putera Aminudden?" Soal Elizabeth kagum dan Stella hanya mendiamkan diri.

Aminudden menghayunkan pedangnya beberapa kali,manakala sarung pedang masih dalam genggaman. Knight kagum dengan Aminudden kerana dia mampu bermain dengan gaya sebelah tangan.

"Jadi ini la sebab kenapa uncle latih aku bermain pedang... Thanks uncle!!..." Aminudden sambil terus meluru ke arah Knight dengan pantas.

"Apa?" Knight terkejut dengan kepantasan Aminudden.

"Hmph!!...." Aminudden terus menghayunkan pedangnya.

TANG!!!

TANG!!

KTANGG!!

ZTANGG!!

"What's wrong bro? Mana keangkuhan kau sebentar tadi?!" Aminudden melibas dengan pantas sehinggakan Knight terpaksa bertahan.

Ikhwan yang memerhatikan pertarungan itu,sekadar tersenyum simpul dan beredar.

"Eh Wan? Tak tengok sampai habis ke?" Soal Arjuma.

"Aku sudah tahu keputusannya..." Jelas Ikhwan dan Alisa mengekori dari belakang,Farhan dan Fara juga menyusul.

"Hmm.. Fine I guess its time for leave this place..." Arjuma sekadar tersengih dan hilang dimamah cahaya.

Layla memusing pedangnya dan terus melibaskan dengan kuat ke arah Phantom,dan Phantom menahan namun tidak terelak daripada tercampak jauh. Layla menarik nafas pendek,kemudian dengan pantas sudah bergerak di belakang Phantom.

"What the?" Phantom tersentak dengan keadaan itu.

"Hmmph!!" Layla melibas sekuat hati.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now