CHAPTER 82 : LUQMAN GOES BERSERK

1.4K 125 0
                                    

Please put your earphones for immersive experience

Music
~Suddenly by One Ok Rock

"BAIKLAH PARA SAHABAT SEMUA!! SEBENTAR LAGI KITA AKAN MENYAKSIKAN PERTARUNGAN SEPARUH AKHIR!!..." Laungan si pengacara bergema seluruh kawasan.

"Siapa yang akan mara ke peringkat akhir bertemu dengan kumpulan The Chess?..." Pengacara berkata dengan teruja.

"Kumpulaannnn..Lightning Flame atau...kumpulannnn Chaos Break?!..."

"Pertarungan kali adalah secara lima lawan lima...." Pengacara itu memberi penerangan.

Aminudden memusingkan bahunya tanda meregangkan otot,kemudian tulang jari-jemarinya dibunyikan. Luqman di sebelah sekadar menghela nafas pendek,dia teringat kata-kata bapa saudaranya dua hari yang lalu.

"Tahap kuasa kilat merah tu kau sampai tahap mana?" Soal Ikhwan.

"Tahap? Maksud uncle?" Soal Luqman dan Ikhwan menekup dahi.

"Dengar sini Luq,kuasa kilat merah kau dari Razor dan ia merbahaya jika guna secara berlebihan..." Jelas Ikhwan.

"B-baik uncle..." Jawab Luqman terkejut.

"Pastikan jangan melebihi tahap ketiga..."

Pesanan Ikhwan terngiang-ngiang dalam kepalanya,Aila memegang bahu Luqman tanda menenangkannya. Alia pula masih merajuk dan Aminudden sekadar menghela nafas pendek,Azren sekadar memerhatikan keadaan sahaja.

"Chaos Break... Naib juara tahun lepas,ketua Shazer menguasai elemen kilat..manakala gadis rambut hijau itu adalah Trisha mahir segala magis...dia jenis supporter..." Jelas Azren dan Luqman serta yang lain mendengar sahaja.

"Good I'll take the leader with Aila..." Luqman mencelah dan Aila mengangguk.

"Tiga lagi yang mengenakan topi,Feng menguasai elemen angin biar saya yang uruskan...lagi dua kembar Rey dan Fey...boleh abang Aminudden dan kak Alia uruskan?" Azren berkata menoleh ke arah pasangan itu.

"Yeah leave it to us..." Ujar Aminudden tersengih.

"Hmph!" Alia sekadar mendesah sahaja.

"Alia would you just let it for this tournament? For once?" Aminudden mendesah menggelengkan kepala.

"Urgh... Fine..." Alia menghela nafas pendek.

Ikhwan yang sedang berada di atas bumbung stadium,memerhatikan pertarungan yang bakal berlaku. Alisa juga turut bersama,Farhan berdiri di sebelah Ikhwan dan Fara pula di sebelah Alisa.

"Apa yang kau fikirkan Wan?" Soal Farhan.

"Aku rasa tidak sedap hati..." Jelas Ikhwan.

"Semua ahli kumpulan sedia?!..." Sebaik sahaja pengacara itu memberi isyarat,Luqman dan yang lain bersiap sedia.
"MULAKAN PERTARUNGAN!!!....."

Sebaik sahaja pengacara itu memberi kata-kata,Luqman dan Aila menuju ke arah Shazer serta Grisha. Manakala Azren berlaga kuasa dengan Feng,Aminudden menyalakan api merahnya begitu juga Alia. Rey dan Fey menunggu serangan mereka berdua,Aminudden tersengih lalu memadamkan api merahnya dan terus bergerak pantas ke arah kembar itu.

"Apa?" Rey terkesima

"Woorah!!" Aminudden terus menghayunkan penumbuknya.

DUSSHH!!!

"Urgh!!" Rey tercampak.

"Abang!" Fey cuba mendapatkan abangnya,namun Alia sudah berada di belakangnya.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now