CHAPTER 22 : AILA DROP SKILL

1.5K 127 0
                                    

Aku menggaru kepala pening,kerana ditarik menyertai kelab persatuan pelajar. Tetapi geram juga apabila memikirkan akademi ini,adalah milik kerajaan milik negara ini dijadikan hak milik orang lain sesuka hati.

Siapa The Chess ni?

Nama sahaja sudah buatkan tangan aku menggigil,bukan takut tapi menggigil nak hayun penumbuk pada muka ketua The Chess.

Apa yang aku tahu dari maklumat diberi oleh Stella,70 peratus dalam akademi dikuasai oleh kumpulan ini.

Lagi 30 peratus masih berjaya Stella kawal,namun sudah mula goyah kerana The Chess ini dari golongan kaya. Sebab itulah Stella dan Elizabeth meminta bantuan aku,serta Haikal dan yang lain.

"Luqman?" Teguran Aila mengejutkan aku dari terus mengelamun.

"Awak okay tak ni? Dari tadi diam je.." soal Aila lagi.

"Saya okay...cuma..." belum sempat aku menghabiskan ayat,beberapa orang pelajar menghalang laluannya.

"Hey boss dia abang budak yang kalahkan Razed tu.." ujar salah seorang pelajar yang menghalang laluan aku.

"Apa pulak masalah kali ini..." kata aku sendirian menggosok belakang kepala.

"Ouh..." kata seorang pelajar yang berdiri di sambil menyilangkan tangannya.

Lima orang pelajar yang tidak dikenali,menghalang laluan jalan aku dan Aila. Seorang pelajar berambut pendek,lurus sikat ke belakang.

"Kau Luqman Al'Reezal?" Soal pelajar itu,aku sekadar mengangkat sebelah kening.

"Jika ya...kenapa?" Jawab aku tenang.

"Adik kau kalahkan budak aku..jadi aku nak bagi pengajaran pada abang dia pula..." kata pelajar itu.

Aku sedikit terkejut kemudian akhirnya ketawa,lima pelajar itu terkejut dengan reaksi aku. Aila pula hanya mendiamkan diri,kerana dia tahu aku di tahap mana.

"Kesian...takut sampai ketawa.." kata salah seorang daripada lima pelajar itu.

"Takut? Aku ketawa kerana korang perangai sebijik macam budak kecik.." jelas aku menghela nafas lega.

"Apa berani kau..." kata pelajar rambut pendek itu,geram.

"Kenapa? Salah ke aku cakap?" Aku menambah dan lima pelajar itu kehairanan.

"Salah seorang rakan kau dikalahkan,dan kau nak balas dendam dengan orang yang berkaitan dengan si pemenang? Hello bro..ini bukan zaman pengakap la..." jelas aku tersengih.

"Kurang ajar kau...serang geng!" Pelajar rambut pendek itu berteriak dan rakannya yang lain meluru ke arah aku.

Empat lagi pelajar yang bersama,terus meluru ke arah aku. Namun belum sempat aku berbuat apa-apa,Aila sudah meluru ke hadapan.

"Apa?" Salah seorang daripada mereka terkejut,Aila segera mengilas tangannya lalu kakinya disepak dan pelajar itu berpusing merempuh dinding sebelah.

"Tak guna kau perempuan!" Seorang lagi pelajar cuba menangkapnya.

Aku sekadar tersengih kerana terkejut dengan tindakan Aila,tanpa membuang masa Aila mengelak dan melakukan daya tekanan mencampakkan pelajar itu jauh ke belakang.

Sekarang tinggal dua pelajar,dan mereka mengangguk untuk menyerang serentak. Aku mula risau dan menghasilkan kilat,namun tindakan aku terbatal apabila Aila menggelengkan kepala tanda tidak memerlukan bantuan.

"HAH..!!" Dua pelajar itu meluru ke arah Aila.

Aila sekadar menghela nafas pendek,dia mengambil beberapa tapak ke belakang.

"Eh..? Gaya tu..." aku terkejut dan mengenali gaya tersebut.

Aila berhenti sejenak dan terus bergerak pantas,dengan gerakan sepantas kilat Aila sudah berada di belakang dua orang pelajar.

"Hmmph!!"

DUUSSH!!!

BAAKKK!!!

Serangan yang dilakukan oleh Aila amat pantas,dan gerakannya sukar untuk diduga. Tapi akhirnya keempat-empat pelajar telah berjaya dijatuhkan,pelajar rambut pendek itu terkejut hilang kata-katanya. Aila menoleh ke arah pelajar tersebut,aku tertanya-tanya apakah tindakan seterusnya.

"Wind arts...." Aila merendahkan badannya sedikit,aku sekali lagi terkejut.

BRAAKKK..!!!

"Urghh....!!" Gerakan Aila bagaikan kilat,dengan pantas serangannya sudah mengenai pelajar terakhir.

"One SWING..." kata Aila dingin sambil menurunkan kakinya.

Aku sekadar tersengih melihat teknik Aila,pertama sekali teknik yang digunakan adalah Double Counter.

Double Counter
~serangan dimulakan dengan mengambil nafas,dan beberapa tapak ke belakang lalu terus bergerak pantas ke belakang musuh.

Teknik kedua pula adalah teknik serangan menggunakan kaki,teknik diberi nama One Swing.

One Swing
~serangan mutlak dan jitu memberi kecederaan yang teruk pada musuh,juga menggunakan kaki kiri atau kanan.

Apa yang mengejutkan itu adalah teknik kedua adalah kepunyaan uncle Yusri,teknik kedua pula adalah milik miss Alisa. Bila dia belajar teknik itu,jarang aku nampak dia bersama miss Alisa.

"Kenapa?" Aila kehairanan kerana aku merenungnya.

"Bila awak belajar teknik itu semua?" Soal aku tanpa selindung.

"Emmm..seminggu lepas?" Jawabnya.

"Dua-dua sekali?" Soal aku lagi.

"Emm..." jawab Aila mengangguk.

Sedang aku mengusap belakang kepala,aku sedar satu lambang melekat pada salah seorang pelajar. Aku segera menghampiri dan mencangkung untuk memerhatikan lambang tersebut,kemudian tersenyum dan kembali bangun.

"Luqman?" Aila kehairanan.

"Nampaknya kita yang mulakan layangkan bendera perang..." ujar aku tersengih dan Aila kurang faham dengan maksud aku.

"Kita balik dulu...kemudian jumpa kak Stella untuk bincangkan hal ni..." ujar aku beredar meninggalkan kawasan itu,dan disusuli Aila.








TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now