CHAPTER 48 : NAZRUL SHOCKING

1.4K 115 1
                                    


Nazrul mendongak dan tergamam campur terkejut,namun apa yang buatkan dia terkejut sebegitu sekali?

Apa yang dia sedang lihat?

Rupanya hari ini dia dijemput oleh Luqman,supaya datang ke rumahnya atau lebih tepat istana diraja Mentari. Ikhwan yang sedang bersantai di atas bangunan tingkat teratas istana,menyedari kehadiran Nazrul dari tempat dia sedang bersantai.

"I-istana?" Nazrul tersengih sambil tergerak-gerak mulutnya.

"Nazrul..!" Luqman muncul bersama Sugar.

"Luqman...kau ni siapa?" soal Nazrul dan belum sempat Luqman menjawab,Sugar mencelah dengan tiba-tiba.

"Luqman adalah putera sulung keluarga diraja Mentari dan anak kepada raja sekarang,Reezal Al'Solleh....raja generasi ke-6...." jelas Sugar dan Nazrul ternganga,Luqman tersengih menggaru belakang kepalanya.

"Masuk dulu...aku akan terangkan..." jelas Luqman.

Nazrul mengekori Luqman dan Sugar masuk melalui pintu pagar utama istana,Nazrul melihat keadaan istana dengan penuh perasaan yang kagum. Setiap askar yang mengawal istana penuh dengan displin,kepalanya terhenti apabila dia ternampak Jamel dan langkahnya turut terhenti.

"Kenapa Naz?" soal Luqman menoleh ke arah Nazrul berhenti dengan tiba-tiba.

"Kenapa dia ada di sini? Bukan ke dia Instructor Jamel?" soal Nazrul menuding ke arah Jamel yang sedang berbual dengan Raven.

"Dia salah seorang 10 GUARDIAN...yang jaga bandar ni..." jelas Luqman dengan selamba,kemudian kehadiran Akif menambahkan kejutan pada Nazrul.

"Luqman...Sugar huh? Hey Nazrul...Luqman panggil kamu datang ke?" soal Akif selamba,Elizabeth turut muncul menghampiri Akif.

Nazrul tertanya kenapa professor Akif turut berada di sini?

Malahan vice-president student council juga ada bersamanya?

"Apa yang berlaku sebenarnya..?" soal Nazrul tersengih dan terus pitam.

"Nazrul? Oi!!" Luqman kehairanan.

♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓

Pandangan yang gelap mula beransur-ansur jelas,dia mula dapat visinya semula dan kemudian bangun dengan berhati-hati. Kepalanya dipegang dan tertanya-tanya,adakah apa yang dia nampak sebentar adalah mimpi semata-mata?

"Kau dah bangun nampaknya..." sapa satu suara,kemudian dia toleh dan terkejut.

"Kenapa buat muka macam tu?" soal Aminudden menyilangkan tangannya menyandar belakang kerusi.

"Kau...pun putera gak?" soal Nazrul.

"Hah? Abang aku tak ceritakan pada kau sebelum datang sini?" Aminudden kehairanan dan Nazrul terkebil-kebil.

"Haih...abang aku ni pun satu hal la...patut dia terangkan semua..." Omel Aminudden sendirian,kemudian bunyi pintu terbuka menarik perhatian mereka berdua.

Ikhwan muncul bersama Alisa dan Alia,sekali lagi membuatkan Nazrul terkejut dan tersengih. Tidak lama lepas itu Aila turut muncul,bersama Luqman dan Nazryn serta Aqirah. Nazrul bertambah pening kepalanya dan sekali lagi ingin pitam,namun Ikhwan terus bergerak di hadapannya dengan pantas.

"Huh?" Nazrul terkejut.

"Enough..don't pass again!.." ujar Ikhwan mengangkat tangannya.

KUKK!!!

Ketukan kuat pada Nazrul membuatkan dia mengerang kesakitan,Aminudden tersenyum kelat dengan tindakan bapa saudaranya. Luqman dan Aila berpandangan,Alisa menekup muka manakala Aqirah menekup mulut. Nazryn pula kagum dengan keadaan itu,Alia pula menggelengkan kepalanya.

Nazrul memegang kepalanya kesakitan diketuk oleh Ikhwan,namun itu berjaya memulihkan dari terus pitam sekali lagi. Alisa hanya menggelengkan kepala sahaja,Aila dan Alia pula mendiamkan diri sahaja.

"Kau Luqman...tak ada apa nak cakap ke?" soal Ikhwan membelakangkan Luqman ketika itu.

"Err...hehe..." Luqman menggosok belakang kepala,Nazryn dan Aqirah pula menggelengkan kepala melihat sikap putera mereka.

Akhirnya Luqman memberikan penjelasan mengenai segala-galanya,siapa dia dan juga Aminudden serta yang lain. Nazrul hanya termangu dan penjelasan itu memberi jawapan untuk semua persoalan dalam kepalanya.

"Maaf la aku tak berikan detail...sebab memang tak berkesempatan.." ujar Luqman tersenyum.

"Tak berkesempatan konon...padahal boleh pula layan PPG dia seharian..." Ikhwan mencelah dan Nazrul memandang ke arah Luqman yang tersengih itu,Nazrul hanya membuat muka blur.

♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓ ♓

Nazrul mengekori Luqman yang berjalan bersebelahan Aminudden,dia memerhatikan gelagat dua beradik ketika itu. Aila dan Alia pula menemani Ikhwan dan Alisa,Nazryn dan Aqirah berjalan di belakang Nazrul.

Akhirnya mereka tiba di satu tempat dipanggil bilik latihan visual,Nazrul kagum dengan kemudahan yang ada pada istana. Luqman tersenyum melihat reaksi sahabat baru mereka,Aminudden melangkah masuk ke dalam bilik kawalan bagi bilik latihan visual dan Luqman serta Nazrul menyusul.

"Yo...guys,why took so long?" soal Siddiq memusingkan kerusi menghadap mereka.

"Ada orang pengsan la..." kata Nazryn selamba,Nazrul menjelingnya dan Aqirah sekadar ketawa kecil.

"Ha?" Siddiq kehairanan campur tersengih.

"Sudah...bagaimana? Selesai?" soal Luqman dan Siddiq mengangkat ibu jari.

Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian tersengih,Nazryn menyilangkan tangan dan Aqirah sekadar tersenyum. Nazrul pula kehairanan dengan reaksi dua beradik,pintu menghubung ke dalam ruang latihan visula terbuka.

"Huh?" Nazrul menyedari Luqman menuju ke arah pintu tersebut.

"Nazrul jom.." pelawa Luqman tersenyum.

"Apa? Kenapa?" soal Nazrul.

"Training...." kata Luqman selamba.

Nazrul pada mulanya was-was kemudian memandang ke arah Aminudden,hanya anggukan kepala sahaja oleh Aminudden dan Nazrul menghela nafas berat. Dia mengekori Luqman memasuki kawasan bilik visual itu,sekali lagi dia kagum kerana medan pertempuran lokasi sudah ditetapkan.

FIELD CHANGE

: ABANDON CITY

"Waa....what kind technology did you have prince?" soal Nazrul memandang ke arah Luqman.

"Drop that 'prince' thing,just call me by name..." kata Luqman pula,Nazrul hanya mendiamkan diri.

"If you asked me about that stuff...me myself still don't get it..." sambung Luqman lagi,Nazrul hanya mengangguk sahaja.

"Let go to showdown shall we?" ujar Luqman lagi.

"Sure...let's go.." balas Nazrul.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now