CHAPTER 28 :TROUBLE AGAIN?

1.4K 133 0
                                    

Luqman menggeliat panjang kemudian dia menguap,rambutnya serabai dan menoleh ke arah katil adiknya. Aminudden sudah tiada di katilnya,jam di meja sebelah diambil dan diamatinya betul-betul. Luqman membesarkan matanya terkejut,kerana jam sudah hampir tujuh setengah lantas dia bangun dengan segera.

Dia mandi dengan pantas dan sebaik selesai,dia terus menyalin pakaian akademi musim sejuknya dan terus menyambar baju kot tebalnya. Sebaik pintu terbuka wajah Aila terpacul di hadapan wajahnya,nasib baik dia sempat berhenti kalau tidak sudah pasti sesuatu akan berlaku.

"Ha..ha...Aila kenapa awak berdiri di hadapan pintu saya?" soal Luqman berpeluh-peluh.

"Err..saya nak kejutkan awak..sebab dah lewat.." kata Aila dan Luqman terus keluar melepasinya,gadis itu kehairanan.

"Apa yang awak nak tunggu lagi? Kita dah lewat ni..." kata Luqman pula menoleh ke arahnya,dan Luqman sedang berlari setempat.

"Ah! Baiklah!" Aila segera mengejar Luqman yang kembali berlari.

"LUQMAN JANGAN BERLARI DALAM ISTANA!!" Laung ibunya Razeedah.

"BAIK!!.." Balas Luqman namun tetap berlari,Reezal yang sedang menguruskan kertas kerja sekadar tersenyum sahaja.

"Argh!!...Lambat! Lambat!! Huh?" keluh Luqman sebelum terdiam sebaik terserempak oleh seseorang yang dia tidak ingin bertemu.

Aila yang tiba di belakang Luqman,turut berubah air muka sebaik menyedari kehadiran orang itu di hadapannya. Gadis itu tersenyum dan anak matanya berwarna oren cerah,merenung lembut ke arah Luqman.

"Selamat pagi Luqman...." ujar gadis itu tersenyum.

"Ey....Eyra?"

Pada masa yang sama Aminudden awal-awal lagi sudah tiba di hadapan pagar utama akademi,Alia dan Intan turut bersamanya. Kelihatan Stella dan Elizabeth yang menjaga pagar kali ini.

"Pagi putera...puteri..pagi Alia.." sapa Elizabeth tersenyum.

"Pagi kak Stella,Elizabeth.." jawab Aminudden kembali,Alia dan Intan sekadar menyapa dengan mengangkat tangan.

"Mana abang sulung kamu berdua? Biasa kamu berdua saing sekali dengan dia?" soal Stella memandang sekitar kawasan,tidak nampak kelibat Luqman.

"Saya cuba kejutkan dia,tapi faham la dia macam mana..." kata Aminudden menghela nafas pendek,Alia sekadar mendiamkan diri dan Intan menyedari sesuatu.

"Abang....abang!" Intan menarik lengan baju Aminudden.

"Kenapa?" soal Aminudden kehairanan.

"Itu...." Intan menuding ke satu arah.

Aminudden memandang ke arah yang dituding oleh adiknya,kemudian terkejut dan Alia kehairanan dengan apa yang berlaku. Stella dan Elizabeth berpandangan,Intan mengusap belakang kepalanya tersengih.

Kelihatan daripada jauh Luqman berjalan diiringi dua orang gadis,Aila dan sebelahnya adalah gadis berambut blonde Eyra Naziera puteri negara Neo-Johor. Air muka Aila jelas menunjukkan ketidakselesaannya,terhadap kehadiran Eyra Naziera dan Luqman pula hanya mampu menekup mukanya sahaja. Aminudden menggosok kepalanya,lalu menarik Intan dan Alia beredar.

"Jumpa nanti kak Stella! Elizabeth!" kata Aminudden terus beredar pergi.

"Tapi kenapa Am?" soal Alia kehairanan.

"Alia..nanti saya jelaskan..." ujar Aminudden.

"Abang Amin,kak Alia jumpa masa rehat nanti.." ujar Intan menuju ke arah yang berbeza.

Pada masa yang sama Luqman pula berada dalam masalah,dia sedar reaksi Aila berubah dingin semuanya kehadiran Eyra. Stella dan Elizabeth hanya memerhatikan keadaan itu,sehingga Luqman serta Aila dan Eyra melepasi mereka berdua.

"Oi blonde..." Stella berkata dingin dan Eyra berhenti melangkah.

"Ha? Saya ke?" soal Eyra menoleh ke arah Stella.

"Yeah kamu...siapa kau? Kau pelajar akademi ini..." ujar Stella dingin dan Elizabeth hanya menggaru kepalanya,Luqman dan Aila turut berhenti.

"Luqman...Aila..kamu pergi masuk kelas..." kata Stella lagi dan Luqman mengangguk,Aila pula sudah mendahului Luqman.

"Jadi apa yang puteri Neo Johor buat di sini?" soal Stella menoleh ke arah Eyra semula.

"Ah....maaf ini..." ujar Eyra memberikan sesuatu pada Stella,Elizabeth hanya memerhatikan daripada tepi dan mula faham.

"Jadi kamu adalah pelajar pertukaran yang pengetua mention tu? Lambat..." ujar Stella merenung tajam sambil memberikan semula kad pengenalan bagi pelajar pada Eyra.

"Err....maaf! Saya betul-betul tak sengaja!..." kata Eyra memohon maaf.

"Ikut saya..." ujar Stella sebaik menutup pintu pagar secara automatik.

Eyra sekadar mengangguk dan menyusul mengekori Stella dan Elizabeth,menuju ke arah bilik guru semestinya dan dua orang sedang memerhatikan dari atas bangunan. Siddiq dan Aqirah berpandangan,kemudian mereka tersenyum kelat.

"Masalah lama datang balik.." kata Siddiq dan Aqirah setuju.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶

"Alamak...." Luqman mula tercengang dan Aila pula air mukanya berkerut,tapi kenapa muka mereka berdua begitu?

Ini kerana Eyra Naziera berdiri di sebelah guru kelas mereka,sambil tersenyum dan kedua tangan dirapatkan serta diletakkan bawah perut.

"Baiklah pelajar semua kita ada pelajar baru program pelajar pertukaran...dia merupakan puteri dari negara Neo Johor..." kata guru kelas bagi kelas Luqman berada.

"Woo....cantik juga.." kata Haikal tersengih.

"Hmm....masalah..." Nazryn berkata sendirian dan menjeling ke arah Luqman yang kerisauan.

"Tuan puteri..apa kata puteri kenalkan diri..." ujar guru kelas itu tersenyum.

"Baiklah terima kasih..." Eyra menarik nafas kemudiannya.

"Nama saya adalah Eyra Naziera Al'Hazama dan seperti guru kelas beritahu saya adalah puteri sulung dari lima puteri dan puteri Neo Johor....tapi saya harap kamu melayan saya sebagai seorang kawan...bukan sebagai puteri..." jelas Eyra tersenyum manis,kebanyakan para pelajar lelaki terpikat.

"Baiklah Eyra kamu boleh duduk di hadapan Luqman.." ujar guru itu menunjukkan tempat duduk kosong,betul-betul berhadapan Luqman.

"Betul kata aku..masalah.." ujar Nazryn dan Natasha kehairanan.

Eyra mengangguk faham sambil tersenyum dan melangkah menuju ke arah tempat yang dimaksudkan,sambil melemparkan senyuman seiring kenyitan mata pada Luqman. Aila mengepalkan penumbuknya menahan geram,Luqman menekup mukanya dan Haikal pula tidak faham dengan apa yang berlaku.

Kelas Pertarungan

Luqman duduk bersebelahan Haikal dan Nazryn,manakala Aila memilih duduk dengan Natasha berbanding hari biasa. Luqman pula pening memikirkan bagaimana untuk memujuk Aila,apa yang sepatutnya dia harus lakukan. Sambil matanya menyaksikan latihan pertempuran rakan sekelasnya,Haikal dan Nazryn memerhatikan tindak-tanduk Luqman.

"Kau okay tak Luqman?" soal Nazryn.

"Huh? Apa?" Luqman tersentak dari terus mengelamun.

"Kau ni kenapa Luqman? Diam je dari tadi..." kata Haikal pula dan Nazryn mengangguk setuju.

"Aku...." belum sempat Luqman memulakan kata-katanya,mereka diganggu dengan bunyi tamat pertempuran.

"Baiklah! Siapa seterusnya? Sebelum saya panggil?" soal guru yang bertanggungjawab menguruskan kelas itu.

"Guru boleh saya cuba?" satu suara yang amat Luqman kenal kedengaran.

"Eyra?" Luqman kehairanan.

"Seorang lagi?" soal guru itu memandang ke arah para pelajar sekali lagi.

"Aku tak rasa sedap hati..." ujar Luqman sendirian.

"Saya.." Aila bangun dan berdiri dari tempat duduknya,Eyra tersenyum sahaja dan Natasha pula kehairanan tidak faham apa yang berlaku.

"Ah...sudah....." Luqman mula risau.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now