CHAPTER 52 : SECOND VS FIFTH

1.3K 120 2
                                    

Please put your earphone on media for immersive experience


BOOOMMMMM!!

KRAANNGG!!!!

Farhan merempuh keluar dari bangunan usang mengelak tembakan kilat Luqman,langkah larian dipercepatkan dan membalas tembakan Luqman. Anak matanya kemerahan memandang ke arah Luqman,dia tersenyum menyedari Luqman boleh mendesak dia ketika dalam Wyvern mode level 1.

"Waa...budak tu boleh saingi kekuatan abang dalam bentuk Wyvern tahap satu.." puji Fara yang menyaksikan perlawanan itu.

Apa yang dikatakan oleh Fara adalah benar kerana,bagi Farhan bentuk Wyvern dalam tahap satu sesiapa mampu menyainginya sudah hebat bagi pahlawan tahap seperti Luqman.

"Dia juga salah satu naga elemen..kenapa nak hairan..." ujar Wyvern dengan tiba-tiba.

Luqman mengecas kilat hitam kemerahan dan menarik penumbuknya ke belakang,cahaya kilat bersinar dan dihayunkan ke arah Farhan yang sedang berlari.

"THUNDER SLASH!"

"Huh?" Farhan menoleh ke belakang,kemudian segera berhenti dan memalingkan badannya ke arah serangan tersebut.

"Heh...HMPH!!" Farhan menepis mudah serangan Luqman dengan sebelah tangan.

"Tch!..." Keluh Luqman.

Luqman mendepakan tangannya dan Farhan kehairanan,tidak tahu apa strategi Luqman seterusnya namun tidak lama kemudian muncul puluhan bulatan magik. Farhan tersengih kemudian menyeru Wyvern Fang,Luqman terus melancarkan serangannya.

TUUSSS!

TUUSSS!

TUUSSS!!

"Heh.." Melihat puluhan dagger meluru ke arahnya,Farhan sekadar tersengih dan bersiap sedia menghunuskan pedangnya.

"Hiargh!..."

TANGG!!

KTANG!

TANG!!

"Tch!..." Luqman hanya mendesah melihat semua serangannya ditangkis mudah oleh Farhan.

Farhan menangkis serangan dagger yang terakhir,kemudian mendongak ke atas melihat Luqman yang terapung di udara. Luqman mengatur nafas dan Farhan tersengih,Ikhwan menyedari aliran angin berubah dengan tiba-tiba.

Ikhwan membesarkan matanya melihat gaya Farhan menghunuskan pedangnya,Alisa dan Fara kehairanan tidak tahu sebab reaksi Ikhwan sebegitu.

"Kenapa ni bang?" soal Alisa.

"LUQMAN ELAK!!..." teriak Ikhwan memberi amaran.

"Huh?" Luqman dan Aminudden kehairanan.

"Sacred Sword Style....." Farhan mengatur langkah dan tekanan udara berubah kencang.

"What the?...." Luqman terkejut.

"CUTTING THE SPACE!!..." Hayunan pedang dilakukan dengan pantas,Luqman tersentak dan mengambil nasihat bapa saudaranya.

Iaitu....

ELAK!

Luqman mengelak dengan sedaya-upayanya dan kemudian potongan angin dari pedang Farhan,melalui atas beberapa inci dari wajahnya dan Luqman berpusing beberapa kali ke belakang lalu mengimbangkan badannya.

Aminudden pula hanya tergamam melihat cara serangan Farhan,tenang dan tepat serta padat daya serangan milik naga angin itu.

"Good...nice one kid..." puji Farhan menyarung semula pedangnya.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now