EXTRA : LOVE STORY?

1.2K 101 0
                                    


1 tahun sebelum perkahwinan...

Haikal dan Stella

"Haa....penatnya..." Haikal mengeluh dan meletakkan dagunya pada meja.

"Bagusnya menjadi orang muda.." Omel Haikal sendirian.

"Haha...kau cakap macam kau tu dah tua..." Nazrul tersenyum kelat.

"Haa.. Tapi betul la dah penat..."

Dia memandang ke arah luar tingkap,burung-burung berterbangan serta menyanyikan kicauan merdu. Haikal mengangkat kepalanya,dia kini berada di tahun keempat. Haikal menoleh ke luar kaki lima hadapan kelasnya,dia terkejut apabila Stella baru sahaja melepasi kelasnya.

"Student Council President,and final year..must be hard for her..." Nazrul menegur di sebelahnya.

"Yeah...." Balas Haikal.

"Kau dah luahkan perasaan ke belum?" Soalan Nazrul membuatkan Haikal menelan air liur.

"Hehe..." Haikal hanya tersengih,Nazrul sekadar menghela nafas pendek.

"Dia tua setahun daripada kau,pelik gak citarasa kau ni...ramai junior bagi luahan perasaan..." Nazrul bangun dan mengangkat beg.

"Yeah...tapi tak ada yang sama dengan Stella...." Haikal membalas.

"Hmm?" Nazrul kehairanan.

"I guess love is complicated..." Haikal berkata dengan tersenyum kelat.

Nazrul hanya mendiamkan diri sahaja,bahu Haikal ditepuk dan berlalu pergi. Sebaik menyedari keadaan kelas yang lengang,Haikal segera keluar dari kelasnya. Sedang dia berjalan pandangannya tertumpu pada padang akademi,sekumpulan pelatih sedang menjalankan aktiviti kelab.

"Haikal?" Satu suara menegurnya dan Haikal menoleh ke arah suara tersebut.

Stella berdiri di hadapannya dengan dokumen tebal di tangan,Haikal membesarkan matanya kerana dia tidak terfikir akan terserempak dengan Stella.

Dua individu itu langsung tidak bergerak,masih berbalas renungan dan entah bagaimana dokumen yang berada dalam tangannya terlepas lalu terjatuh.

Haikal terkejut dan melihat Stella yang terkial-kial mengutip helaian dokumen yang berselerak,senyuman terukir di bibir Haikal lalu dia menghampiri gadis tersebut.

"Let me help..." Haikal berkata sambil menolong mengutip helaian kertas.

"Ah...terima kasih.." Balas Stella dan mukanya sedikit merah.

Pada masa yang sama Aminudden dan Alia yang melalui kawasan tersebut,Alia mencuit bahu Aminudden lalu menuding jari pada satu arah.

"Biarlah...." Aminudden berkata dengan berbisik,Alia hanya mengekorinya.

"Baiklah kertas terakhir,ini dia..." Haikal berkata sambil tersenyum.

"Ah.. Terima kasih..." Stella berkata membalas senyumannya.

"Kalau macam prez,saya minta diri dulu..." Haikal segera beredar.

"Nanti!.." Stella tiba-tiba menghalang.

"Err... S-Stella?" Haikal terkejut.

"Kerja saya akan habis sekejap lagi..." Stella berkata sambil menundukkan kepalanya.

"Yes...." Haikal mengangguk perlahan.

"Boleh temankan saya minum petang di kafe nanti?" Soal Stella memandang tepat ke arah anak mata Haikal.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now