CHAPTER 62 : BAD NEWS?

1.2K 121 5
                                    


Luqman melompat dari bangunan tinggi ke bangunan tinggi yang lain,dia melompat dengan pantas kemudian berhenti di satu tempat. Hujung bandar Green City dan dia memerhatikan luar bandar,kampung yang lama masih ada dan dikekalkan.

Original Village
kampung lama semasa pemerintahan 100 yang lepas sebaik bangunnya empat bandar,namun kampung ini dikawal bawah arahan Ikhwan kerana satu peristiwa.

"Eh....tak sangka kampung rembulan masih wujud,malah dibaiki lagi..." ujar Luqman sendirian.

Angin bertiup agak kencang kerana Luqman berada di kawasan paling tinggi,dia menarik nafas panjang kemudian menggeliat dan memeriksa waktu. Luqman menggosok belakang kepala sebaik menyedari sudah masuk jam lima petang,tanpa sebarang kata-kata dia melompat turun ke bawah.

Sebaik hampir ke darat Luqman menghasilkan medan kuasa magnet,dan berjaya membuatkan dia seperti terapung buat sementara waktu. Akhirnya dia mendarat dengan selamat,Luqman tersengih kagum sebelum dibaling oleh sesuatu dan mengenai kepalanya.

"Adoi! Sakit!..." Luqman mengerang dan menoleh ke belakang lalu terkejut.

"Kau apahal main terjun-terjun depan aku ni?" soal Arjuma menahan geram.

"U-uncle Arjuma!..." Luqman tersentak apabila menyedari Arjuma berada di hadapannya.

"Nasib baik aku tak da sakit jantung...." kata Arjuma dan seorang gadis muncul di belakangnya.

"Abang? Kenapa ni? Eh,putera muda..." ujar gadis itu.

"Miss Rebecca...hello..." sapa Luqman dan gadis dipanggil Rebecca itu sekadar tersenyum.

"Ni ha...budak ni tiba-tiba je mendarat abang..." ujar Arjuma mengerutkan dahi.

"Haih abang ni...bukan sengaja pun,dia pun tak tahu abang ada kat mana..." kata Rebecca menyebelahi pihak Luqman.

Arjuma mengerutkan dahinya sebaik mendengar balasan Rebecca,kemudian dia memandang ke arah Luqman yang tersengih risau.

"Sayang sebelahkan budak ni? Abang ni suami kamu bukan?" kata Arjuma tidak puas hati.

"Ya...tahu tapi bukan perkara serius kan..." ujar Rebecca.

Luqman mula menelan air liur kerana dia membuatkan suami isteri itu bertikam lidah,dia melangkah beberapa tapak ke belakang dengan berhati-hati. Luqman segera memusingkan badan dan terus berlari meninggalkan mereka berdua.

"Hoi budak kau...huh?" Arjuma memandang ke arah Luqman berada,namun remaja itu sudah melarikan diri.

"Hmm...dia dah pergi..." kata Rebecca dan Arjuma mula bertambah bengang mengetap gigi.

"LUQMAN AL'REEZAL!!!..."

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Luqman berlari sepantas yang boleh sehingga tidak dapat dikesan oleh Arjuma,wap keluar dari mulut Luqman sebaik dia berhenti di satu taman. Dia mengambil tempat duduk di kerusi panjang yang masih kosong,kemudian mengambil nafas panjang kerana termengah-mengah berlari sebentar tadi.

Suasana di taman ketika agak meriah dengan kanak-kanak berkejaran,manakala ibu-bapa mereka memerhatikan anak masing-masing. Dia tersenyum melihat keadaan keamanan sekarang,kemudian seseorang duduk di sebelahnya dan Luqman menoleh serta terkejut.

"Yo..." sapa orang itu.

"King...." Luqman terus berubah serius.

"No need for doin that face..." kata King mengangkat tangan tanda dia tidak bersenjata.

"What did you want?" soal Luqman merenungnya.

"Haih...dinginnya...aku cuma nak berbual je..." jawab King sambil membetulkan cermin mata hitamnya.

"Tiada apa yang kita boleh bualkan...orang macam kau hanya muslihat sahaja..." satu suara mencelah dan mereka berdua serentak menoleh.

King terkejut apabila Ikhwan berdiri merenungnya sambil menyilangkan tangan,Luqman turut terkejut kerana dia tidak dapat rasa langsung daya aura bapa saudaranya. Anak mata hitam kemerahan merenung tepat pada anak mata King,lantas King bangun dari kerusi panjang tersebut.

"Apa yang kau nak dari anak saudara aku?" soalan Ikhwan tidak dijawab,King segera beredar namun Ikhwan dengan pantas membaling pedang yang dihasilkan dari api di hadapannya.

"Aku ada cakap kau boleh berambus ke?" nada Ikhwan berubah dingin.

Luqman menelan air liur dan King mula menggigil merasai aura menakutkan daripada sang raja naga,Luqman segera memegang tangan bapa saudaranya dan Ikhwan hanya memandangnya sahaja.

"Uncle...jangan..nanti timbul masalah.." kata Luqman.

King mengambil kesempatan menghilangkan diri dan Ikhwan sedar tindakannya,dia hanya menghela nafas pendek kemudian mengetuk kepala Luqman.

"Again? Apa salah saya?" soal Luqman tidak puas hati.

"Kacau je la kau ni...aku baru nak soal siasat budak tu.." jawab Ikhwan mendesah.

"Soal siasat?" soal Luqman dan tangan mengusap perlahan kepalanya.

"Aku syak The Chess ada terlibat dengan organisasi haram..." jelas Ikhwan memandang ke satu arah,sebelum dia mengangguk seolah-olah berbicara dengan seseorang.

"Apa maksud uncle?" soal Luqman tidak faham.

"Kemungkinan ada organisasi nak jajah negara kita,mulanya dari akademi..." jelas Ikhwan lagi.

"APA?!..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now