CHAPTER 71 : HAIKAL THE JOKER

1.2K 122 3
                                    


Nazrul meregangkan ototnya di tengah gelanggang,di hadapannya pula pencabarnya hanya memerhatikan sahaja. Para penonton yang terdiri daripada pelajar,bersorak riuh dengan meriah.

Luqman dan Aminudden pula duduk di tempat rehat,sambil matanya fokus pada monitor. Azren pula meletupkan jari-jemarinya,Intan pula sekadar memerhatikan tunangnya.

Alia dan Aila turut fokus pada monitor,Hikari yang duduk di sebelah Alia tidak bersuara. Layla dan Laila pula berbual rancak,seperti tidak risau dengan Nazrul.

"Go Nazrul! Go!" Haikal berkata di tepi gelanggang,Nazrul mengeluh nafas berat.

"Perosak mood la mamat ni..." Nazrul berkata.

"Ladies and gentleman! Hari ini kita akan mulakan pusingan kedua dalam School Rumble Team Competition!..." Pengacara memberikan kata-kata pembukaan.

"Hari ini dua kumpulan baru,bakal bertembung!...sebelah kiri adalah Karl dari kumpulan Green! Manakala Nazrul dari kumpulan Lightning flame!..." Pengacara itu menambah lagi.

Para pelajar yang menyaksikan itu bersorak kuat,Nazrul hanya menggaru kepalanya dan pencabarnya Karl sekadar mendiamkan diri.

"Apa tengok-tengok? Ada hutang ke?.." Nazrul selamba menyoal.

"Ahli kumpulan kau semua hebat-hebat belaka...." Karl berkata tersengih.

"So? Dah tu kenapa?.." Nazrul menyoal lagi.
"Tak ada la...kau paling lemah.."

Sebaik Karl mengatakan pendapatnya,Nazrul dengan pantas menumbuknya sehingga terpelanting jauh. Semua penonton terkejut namun Luqman dan Aminudden menonton dengan tenang.

"First hit! Nazrul memulakan serangan pertama,sampai jauh Karl tercampak..." Pengacara memberi ulasan.

Nazrul menahan geram dan melepaskan tumbukannya,di mana tangannya sudah tersarung zirah penumbuk kepala beruang.

Karl yang terbaring di hujung gelanggang kembali bangun,mengusap perutnya akibat terkena tumbukan daripada Nazrul.

"Ergh....kau..." Karl cuba bangkit dengan susah payahnya.

"Kau pernah dengar tak pepatah peribahasa,terlajak perahu boleh berundur terlajak kata badan.." Belum lagi ayatnya dihabiskan,Nazrul hilang dari pandangan mata kasar.

Karl terpinga-pinga mencari ke mana Nazrul menghilang,dan Nazrul muncul kembali di hadapan Karl lalu terus menghayunkan penumbuk kanannya.

"Binasa!.."

DUSSHH!!

"Argh!!..." Karl terpelanting ke luar gelanggang.

Nazrul kekal dengan berposisi menumbuk,zirah penumbuk kepala beruang berasap pada mulut zirah. Luqman sekadar tersengih sahaja,kini Nazrul menuruni gelanggang dan Haikal tercengang.

"Kau nak tengok sampai esok ke? Naik la atas gelanggang..." Nazrul berkata sebaik sedar tindakan Haikal merenungnya.

"Eh..? Ouh...ah! Okay-okay..." Haikal dengan segera mendaki tangga,Nazrul menggelengkan kepalanya sahaja

"Baiklah sekarang untuk pusingan seterusnya,player seterusnya adalah Haikal versus Diana..." Pengacara itu memberikan kata-kata.

Haikal segera berhenti dan meregangkan badannya,menggeliat kesedapan sambil menghela nafas rendah. Dia memandang ke arah pencabar seterusnya,seorang wanita berambut perak dan panjang serta lurus.

Haikal bersiul kagum melihat kecantikan wajah pencabar dia,Luqman menekup muka menyedari reaksi Haikal. Aminudden mengusap dagunya turut bersiul,Luqman menjeling ke arahnya.

"B...." Aminudden berbisik sambil mengangguk,Luqman menggelengkan kepala.

"Hey beauty...wanna going out with me?.kaching!" Haikal berkata sambil mengenyitkan matanya.

"Euw...gross..." Diana membuat muka jelik.

"Pfft! Hahaha...." Luqman dan Aminudden serentak ketawa.

"Diorang ni...." Layla tersengih bengang, Laila hanya menahan ketawa.

Aila dan Alia berbalas pandangan,kemudian berbalas senyum lalu memiat telinga masing-masing.

"Adoi!.." Serentak dua beradik itu menjerit.

"Haih...." Intan menggelengkan kepala,Azren sekadar tersenyum.

"Gross? Muka macam ni? Oi... Oi.." Haikal mula tersengih menunjukkan urat pada dahinya.

Diana tidak lagi berkata-kata dan mengacukan pistol yang disisipkan pada pinggangnya,Haikal menarik tubuhnya ke belakang mengelak peluru yang dilepaskan dari muncung pistol Diana.

"Wooo....that dangerous lady,awak nak bunuh saya ke?" Haikal berkata selepas mengangkat tubuhnya semula.

"Hmph!..." Diana menyambung tembakannya.

Blam!

Blam!

Blam!

"Yes she wanna kill meee...." Haikal berlari keliling gelanggang mengelak terkena tembakan.

"Aku kena fikir sesuatu...hmm?" Haikal yang sedang berfikir sedar sesuatu.

Diana menarik senjata jenis mesingan,atau lebih tepat gatling dan Haikal tersengih cuak.

"OH MY GODDDD....." Haikal membuat reaksi mulut 'o'

Diana menembak dengan senjata gatling secara berterusan dengan peluru yang tidak habis,Haikal semakin laju lariannya dan Stella serta Elizabeth berpandangan.

"Oi kau buat lawak ke pe?" Soal Nazrul bengang

"Bila masa aku buat lawak?" Soal Haikal menoleh ke arah Nazrul.

"Oi...jangan lari la! Lawan!" Nazrul menjerit.

"Kau gila? Aku tak nak badan aku jadi sarang tebuan!!..." Jerit Haikal memandangnya.

"Dia dah tukar bazooka..." Nazrul berkata dengan muka selamba.

"Huh? Erk?" Haikal menoleh ke arah Diana yang bengang.

"Habis la kau...." Nazrul berkata dengan selamba.

"Mati la!!..." Diana menjerit sambil menghalakan meriam bazooka.

"OH MAK KAU....!!"

DOOMM!!

Meriam bazooka dilepaskan dan Haikal terus berhenti lariannya,Nazrul kehairanan dengan tindakan rakannya. Haikal memejamkan matanya dan menumpukan aturan nafas.

"Huu...." Haikal membuka tapak tangannya,aliran angin diletakkan pada tangannya.

"Hah!" Haikal menolak peluru bazooka itu ke atas dengan pantas.

"Huh?" Luqman dan Aminudden serta yang lain tercengang.

Diana terkejut dengan tindakan Haikal,peluru bazooka itu meletup sebaik naik ke atas ruang langit lalu meletup.

"Huh?..." Diana yang pada mulanya terkejut, sekali lagi kaget apabila Haikal hilang dari pandangannya.

"Hehe...sorry cik adik,saya tak boleh kalah..." Haikal bergerak dengan pantas di hadapannya.

"Huh? Cih...!" Diana mengacukan pistolnya.
"To slow,One Wave!!"

DUSSH!!

Tumbukan padu mengenai perut si gadis,lalu tercampak berguling dan tidak sedarkan diri. Haikal menarik penumbuknya,kemudian memandang ke arah Nazrul.

"Huh?" Nazrul kehairanan.

"Hehe...." Haikal tersengih menyeringai sambil giginya bersinar.

"Urgh...." Nazrul bengang.





TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now