CHAPTER 8 : AN AMBUSH

1.7K 143 9
                                    

Aku berdiri memerhatikan keadaan sungai yang semakin penuh,hujan pula lebat tidak henti. Guruh pula berdentum dan kilat menyambar kuat,mujur ada raincoat kalau tidak basah kuyup.

Nampaknya cuaca pada tahun ini agak teruk untuk musim luruh,sentiasa hujan dan tidak menentu sehinggakan festival tidak dapat diteruskan. Malah kena tangguh sehingga musim hujan berhenti,siapa boleh ramal bila musim hujan akan berhenti?

"Serius betul muka..cuba senyum sikit..." satu suara menegur.

"Huh..kau rupanya..." aku menoleh dan Ikhwan berjalan tenang ke arah aku.

"Yo!" Sapa Ikhwan tersenyum.

"Huh! Bagaimana aku nak senyum,kau tengok la keadaan empangan ni.." kata aku lagi.

"It can't be help...musim hujan,kita kena pantau dari semasa ke semasa.." ujar Ikhwan tersenyum kelat.

"Kau tak basah pun? Huh? Ouh..." Ikhwan tidak kena hujan sedikit pun,kerana aura kuasanya.

"Kau ni manja betul tak nak kena air..." ujar aku.

"Abang pun apa kurangnya..guna raincoat..." balas Ikhwan tersengih.

"Ouh ya..mana Alisa?" Soal aku.

"Ada di istana...jaga Hariq.." jelas Ikhwan.

"Ouh...Hariq dah empat bulan ya?" Soal aku dan Ikhwan sekadar mengangguk.

"Abang Raffie..aku dah jumpa guru.." ujar Ikhwan nada suara berubah.

"Lana?" Soal aku dan dia mengangguk.

"Ya dia berada dalam kawalan orang lain,berkuasa Darkness..." jelas Ikhwan.

"I see...she being controlled by someone else...?" Aku berkata sendirian.

"Seperti budak Neo-Black Cobra itu katakan,mereka nak serang empangan ni.." tambah Ikhwan lagi.

"Jadi sebab tu kau datang?" Soal aku lagi.

"Yup..huh? Budak-budak tu ada di dalam ya?" Soal Ikhwan menyedari Luqman memerhatikannya.

"Yeah..." ujar aku.

"Don't fallen to darkness..." kata Ikhwan dengan tiba-tiba.

"Kau cakap dengan aku ke?" Soal aku lagi.

"Huh? Nah...just mumbling myself.." kata Ikhwan selamba.

"Kau ni takutkan aku je la.."

"Hehe...Sorry brother.."

BOOOMMM!!!

"Huh?" Kami berdua tersentak dan segera melihat ke bawah.

Keadaan dinding empangan kelihatan berasap,seperti ditembak oleh sesuatu. Serangan hendap?

"Enemy.." ujar Ikhwan memandang ke arah satu tempat.

"Huh?" Aku mengamati ke arah yang Ikhwan tujukan.

Aku mula geram dan mengaktifkan kilat,lalu mengangkat tangan ke arah langit. Awan mendung bercahaya,kemudian dengan mengejut kilat menyambar kawasan aku tuju.

KRAASSHH!!

TUUZZMM!!

Panahan kilat itu tempat mengenai sasaran,dan kelihatan seorang wanita keluar dari kawasan gelap.

"Siapa tu?" Soal aku.

"Susan Hawkins dia salah seorang ahli Neo-Black Cobra.." jawab Ikhwan sambil menyilangkan tangannya.

"Nampaknya Agnes ada di sini juga..." ujar Ikhwan.

"Huh? Siapa Agnes tu? Oi!" Ikhwan tidak menjawab soalan aku,dan hilang umpama kilat.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now