Bonus Raya : AIDILFITRI DAN UCAPAN

1.2K 97 10
                                    

Malam sebelum raya....

Lemang sedang dibakar manakala dodol pula dikacau dengan lembut oleh Ikhwan,Raffie pula memeriksa keadaan lemang dan Yusri bermain batu seremban. Ikhwan dan Raffie terus membaling abang mereka dengan buluh lemang yang kosong,Yusri jatuh tergoleh dan Ikhwan serta Raffie berbalas tepuk tangan.

Rumina yang sedang menganyam ketupat bersama Alisa hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anak-anaknya,melihat keadaan Yusri yang geram dengan tindakan dua orang adiknya sehingga Reena datang menenangkan keadaan.

"Ouh ya...tengok anak-anak ibu tu..mana anak kamu dua orang lagi?" soal Rumina memandang ke arah Razeedah,Alisa hanya fokus pada menganyam ketupat sahaja.

"Emm...entah bonda..dari tadi tak nampak..." ujar Razeedah dan Rumina hanya menggelengkan kepala,Sheema ketika itu baru tiba bersama Iris.

"Asalamualaikum...ibu,maaf lambat..jalan jem..." kata Iris melambai ke arah Alisa,kemudian memerhatikan telatah Ikhwan bersama Raffie gelak ketawa melihat Yusri dinasihati oleh Reena.

"Ai....Iris biasa kan kamu teleport je ke sana sini...ni gatal nak guna kenderaan kenapa?" soal Rumina menyindir dengan muka tiada perasaan.

Iris mengembungkan pipinya akibat sindiran bondanya dan Sheema serta Razeedah hanya ketawa kecil sahaja,Alisa masih mendiamkan dirinya tidak berbicara sepatah sekalipun dan masih menganyam ketupat.

"Err...bonda...tu Alisa memang macam ni ke dari tadi?" soal Sheema dan Rumina hanya tersenyum sahaja memandang Alisa.

"Huh?...." Alisa sedar mata semua memandangnya,terhenti menganyam ketupat.

"Ada sesuatu pada muka saya ke?" soal Alisa kehairanan.

"Tak..tak ada apa..." jawab Razeedah dan Sheema serentak.

Pada masa yang sama di lokasi yang berlainan yang berada dalam kawasan Green City,Luqman dan Aminudden melompat dari bangunan ke bangunan yang lain. Bunga api diletupkan ke udara dan juga jalanraya di bandar begitu sibuk,malah bangunan membeli dibuka dua puluh empat jam sempena aidilfitri.

"Sure today busy...." ujar Aminudden.

"Yup..biasa la eok kan raya..lagi-lagi yang baru nak balik last minit..." kata Luqman memandang ke bawah.

"Sebab tu la buatkan jalanraya begitu sesak..." kata Aminudden pula.

"Sebab tu juga kita lompat-lompat ni.." Luqman berkata dengan muka selambanya.

Sedang mereka berdua melompat dari bangunan ke bangunan,kelihatan dua susuk tubuh berdiri memandang ke bawah. Jamel dan Zeo sedang berbual sambil ketawa,lantas Luqman dan Aminudden pergi ke arah mereka berada.

"Uncle Jamel! Uncle Zeo!..." sapa mereka berdua sebaik mendarat di hadapan Jamel dan Zeo.

"Putera Luqman? Putera Aminudden? Apa yang korang buat di sini?" soal Jamel terkejut dengan kehadiran dua beradik.

"Saja ambil angin uncle...and uncle berdua ni buat apa pula di sini? Tak bersiap untuk raya ke?" Soal Aminudden selepas menjawab soalan Jamel.

"Hmm....aku ingat nak tolong tapi auntie Jane korang tak bagi...suruh aku pergi jauh-jauh..aku pelik apa salah aku ya?" ujar Jamel menggaru kepalanya.

"Oi..kau tak payah nak buat cerita la..kita ada tugasan perhatikan bandar sebagai Guardian..haih kau ni...Jane dengan Luna ada kat kawasan jalanraya.." kata Zeo mengangkat kening,Jamel hanya tersengih memandang dua beradik itu.

"La..itu cerita betul dia? Ceh!.." Aminudden menghela nafas pendek,Luqman sekadar ketawa kecil kemudian dia memeriksa pada telefon pintarnya.

"Hampir nak jam 12 tengah malam..." kata Luqman dan Aminudden menoleh dengan muka terkejut.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now