CHAPTER 12 : IN HOSPITAL

1.5K 139 7
                                    

Lana terkedu mendengar apa yang diceritakan oleh anak muridnya,kemudian dia hanya mampu menekup mukanya. Dia tidak tahu apa yang berlaku,dia telah diculik dan dikawal oleh Agnes.

"Guru tak tahu pun apa yang berlaku..." ujar Lana.

"Its okay...itu bukan salah guru..." Ikhwan tersenyum.

Selama tujuh tahun dia hilangkan diri,tidak dia diculik oleh Agnes. Lalu tubuhnya dikawal sewenang-wenangnya oleh Agnes.

"Tapi..." Lana mula bersuara kembali.

"Huh? Aduh!" Ikhwan kehairanan kemudian kepalanya diketuk dengan tiba-tiba oleh Lana.

"Kamu pukul kuat sangat!!" Keluh Lana menunjuk penumbuknya.

"Aik guru sendiri yang suruh kan?" Kata Ikhwan bersahaja.

"Awak nak bunuh guru kamu sendiri ke?" Lana berkata lagi dan Ikhwan tersengih.

"Eh...bukan ke masa mula-mula saya jumpa guru,kata guru saya tidak mampu mencederakan guru?" Usik Ikhwan tersengih.

"Err...." Lana terdiam dan wajahnya merah padam malu dikenakan oleh anak muridnya sendiri.

"Tapi..." Ikhwan tersenyum.

"Ikhwan?" Lana menunggu kata-kata anak muridnya.

"Saya rindukan guru...jujur katakan saya menangis semasa guru hilang..." ujar Ikhwan jujur.

Lana terkedu dengan kata-kata anak muridnya,Ikhwan menggaru pipinya tersenyum. Dia teringat kembali wajah kecil Ikhwan semasa berusia 20 tahun,degil dan agresif.

Anak murid pertamanya dan terakhir,dia tidak pernah mengajar sesiapa kecuali Ikhwan.

"Yeah...I miss you too..." kata Lana.

"Stare....." Ikhwan menyedari sesuatu dan menoleh ke arah pintu.

"Alisa?" Ikhwan terkejut Alisa menjengah kepalanya,merenung ke arah dia.

"Hmm? Siapa dia?" Soal Lana kepada Ikhwan yang sedang menarik Alisa berjumpa dengannya.

"Kenalkan guru...ini Alisa,Alisa Darweez...isteri saya..." ujar Ikhwan dan Lana tercengang.

"I-isteri?" Lana menyoal dan tersengih.

"Alisa..kenalkan guru saya,Lana Al'Ibrahim...dia ibu kepada Siddiq dan isteri pada Lee Al'Ahmad.

"Apa khabar guru? Selamat berkenalan.." ujar Alisa menunduk hormat pada Lana.

"Yeah..same here..." ujar Lana masih terkejut.

"Jadi..." Ikhwan dan Alisa memandangnya serentak sebaik Lana menegur.

"Kamu dah berkahwin...jadi.." Lana cuba meneka.

"Yeah..kami sudah ada anak,usia dia lebih kurang dua bulan.." jelas Ikhwan dan Lana terkejut.

"Kenapa guru?" Soal Ikhwan lagi melihat Lana menekup mukanya.

"Tak..tak ada apa-apa..." balas Lana.

Namun dalam fikirannya,dia masih terkejut dengan kenyataan itu.

Masa betul-betul bergerak laju...

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

Luqman menghela nafas pendek,dia masih ditahan wad. Atas arahan ayah dia,Luqman mengingati semula kata-kata bapa saudaranya.

Sehingga kamu benar-benar pulih,baru dilepaskan...

"Hantu punya pak cik,dia yang sebabkan aku cedera macam ni.."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now