CHAPTER 35 : WOLVES IN SHEEP CLOTHING

1.3K 128 0
                                    

Reezal masih bertentangan mata dengan pemuda misteri,renungan Reezal yang dingin itu menikam tepat pada lelaki itu. Lelaki itu berpenampilan ringkas dengan jaket kulit hitam,baju t-shirt putih sebelah dalam serta seluar jeans berwarna biru gelap.

Reezal bangkit serta menyusun kembali kertas yang diperiksa sebentar tadi,lelaki itu sekadar berdiri sambil tersenyum memerhatikan Reezal. Kemudian sang raja berjalan meninggalkan mejanya,lelaki itu mendepakan kedua tangannya.

"Hey buddy its been a while...huh?" lelaki itu memberi kata-kata sapaan namun terhenti,apabila Reezal meluru dengan pantas dan memberikan sepakan berputar.

Ikhwan sedang berjalan sambil memeriksa kertas kerja,dia sedang dalam perjalanan ke bilik raja untuk berjumpa abangnya iaitu Reezal. Alisa pula turut menemaninya dan pada masa sama,satu bunyi kuat dan pintu terkuak kuat.

"Musuh?.." soal Ikhwan dan Alisa membuat langkah berjaga-jaga.

DUSSHHH...!!!

KRAKKK...!!!

"Gahakkk!! Tujahan pengenalan yang dingin..adoi!!" ujar lelaki itu sambil menghempas dinding dengan keadaan terbalik.

Ikhwan dan Alisa berpandangan kemudian kelihatan Reezal keluar sambil mengemaskan bajunya,lelaki yang tercampak ke dinding itu pula melekat dengan keadaan terbalik.

"Sama dingin seperti selalu....adeh..." kata lelaki itu masih lagi terbalik posisinya.

"Ada apa kau datang ni?..." soal Reezal dingin merenung lelaki itu terkial-kial cuba bangun.

"Can you at least help me..." kata lelaki itu meregangkan ototnya,Ikhwan dan Alisa menghampiri mereka berdua.

"Abang? What the heck is going on?" soal Ikhwan sambil memberikan kertas kerja.

"Nothing serious...cuma bagi salam kenal pada kawan lama..." jawab Reezal selamba.

"Salam kenal you ass...." rungut lelaki itu pula.

"Okay who the heck are you?.." soal Ikhwan.

"Hawie Al'Hazzif...rakan kolej..." ujar Reezal memberikan pengenalan pada Ikhwan mengenai lelaki dipanggil Hawie itu.

"Hawie?..." Ikhwan mengerutkan dahinya.

"Yeah..greeting,saya Hawie rakan lama Reezal...sama-sama belajar kolej di Neo Johor,sama course...sama satu serumah..." ujar Hawie tersengih.

"Bukan satu katil..." Reezal menyampuk selamba.

"Oi..!" Hawie bengang dan Ikhwan sekadar tersenyum melihat gelagat abang kandungnya dengan rakannya itu.

"Baiklah bang...kertas kerja tu jangan lupa periksa..kalau ada silap beritahu..dan saya minta diri dulu..." ujar Ikhwan bersalaman dengan Hawie kemudian beredar,Alisa sempat tunduk hormat sebelum menyusuli suaminya.

Reezal sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya,kemudian Hawie memerhatikan Ikhwan dan Alisa pergi sehingga tidak kelihatan bayang.

"Itu Ikhwan? Budak yang sama aku jumpa masa parent kau datang melawat?" soal Hawie sambil meletakkan jari telunjuk pada dagunya.

"Haah...." ujar Reezal kemudian melangkah ke arah berlawanan dengan Ikhwan.

"He's grew a lot...and his power pressence..." ujar Hawie kagum.

"That's why I put my faith to him..." kata Reezal dengan nada yang mendatar.

"Waaa......" Hawie kagum kemudian bersiul.

"What?..." Reezal menjelingnya.

"Those words....coming from you,it is something new..." Hawie tersengih dan Reezal sekadar mendesah lembut.

"I just say from theory..." kata Reezal lagi.

"Wooo....thats true?" usik Hawie.

"Huh..aku....hurm?" Reezal belum sempat bersuara,Yusri dan Raffie berada di tengah jalan mereka.

"Yusri? Raffie? Somethig wrong?..." soal Reezal.

"Maaf abang...kami ingin berbicara dengan kawan abang..." ujar Yusri dingin dan Reezal menyedari sesuatu tidak kena.

"Saya?...." Hawie kehairanan.

"High Council Neo Johor Hawie Al'Hazzif..." Raffie bersuara.

"Awak datang sini berseorangan?" soal Yusri pula.

"Huh? Saya datang ke sini dengan family..." jelas Hawie kehairanan sekali lagi.

"Benar? Bukan dengan tentera?.." soal Raffie pula dan Hawie tersentak.

"What with this all about?..." soal Reezal mula hilang sabar.

Raffie memandang ke arah Yusri dan mengangguk,Yusri faham dan mengeluarkan sebuah gadget dan mengaktifkan keyboard visual. Reezal kehairanan dan tidak lama lepas itu,Yusri memaparkan kamera yang menunjukkan di mana sekumpulan tentera berada di kawasan barisan sempadan bersembunyi.

"Huh?...." Reezal terkejut.

"Ini adalah visual kamera pada waktu sekarang..." ujar Raffie memandang ke arah Reezal.

"Tapi apa kena mengena dengan saya?" soal Hawie tidak faham.

"Awak tidak tahu atau buat tidak tahu?...." soal Yusri dan menekan lalu kamera itu zoom lebih dekat,menunjukkan satu lambang yang membuatkan mereka terkejut.

"Neo Johor Knight Squad?...Ini tentera barisan hadapan perang...." Reezal terkejut dan memandang ke arah Hawie,kemudian mencekak kolar lelaki itu.

"APA MAKSUD SEMUA INI HAWIE?!..." Soal Reezal berang dengan matanya merenung Hawie.

"Aku tak tahu apa-apa!..." Hawie mempertahankan dirinya.

"JANGAN NAK BUAT ALASAN! ITU ADALAH SKUAD BAWAH ARAHAN KAU!!..." Bidas Reezal mengetap giginya.

Suasana menjadi dingin dan seseorang melangkah ke arah mereka,Raffie dan Yusri memerhatikan keadaan di antara Reezal serta Hawie dari tepi.

"That's enough...." Ikhwan muncul dengan tiba-tiba sambil menarik tangan Reezal secara lembut.

"Ikhwan....." Reezal terkejut.

"Bukan tuan Hawie yang bawa mereka...tadi baru sahaja saya berjumpa dengan Shafiza.." ujar Ikhwan menggelengkan kepalanya tanda minta semua bertenang.

"Kau ada bukti katakan Hawie tidak bersalah?..." soal Raffie tidak puas hati dengan tindakan Ikhwan.

"Buat masa ini tiada...tapi kamu tidak pelik ke skuad elit Neo Johor bergerak tanpa ketua?.." soal Ikhwan menunjukkan ke arah monitor visual itu.

"Yelah...warna uniform bagi ahi biasa..adalah warna hitam,dan jika ketua warna biru dan hitam...tapi sini tak ada nampak pun...." ujar Hawie terkejut.

"Ya....ini adalah teori,seseorang dari dalam Neo Johor cuba nak mencipta fitnah...." ujar Ikhwan dan semua memandangnya.

"Untuk apa?...." soal Hawie kehairanan.

"Untuk musnahkan hubungan baik antara Mentari dan Neo Johor..." ujar Ikhwan lagi.

"Apa?..." Hawie mula risau.

"Ada gunting dalam lipatan..." ujar Yusri.







TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt