CHAPTER 68 : KING OF DARKNESS

1.3K 123 2
                                    


"Hebat kau Aminudden.." Puji Haikal tersengih namun Aminudden hanya diamkan diri.

Luqman tidak berkata apa dan dua beradik itu terus beredar,Haikal memandang ke arah Nazrul. Azren hanya tersenyum kelat sambil mengangkat bahu,Intan terus menyusul dua orang abangnya itu.

Aila dan Alia turut menyusul,Hikari bingkas bangun mengekori. Layla dan Laila hanya memerhatikan sahaja,sedang Luqman melangkah dengan tiba-tiba jalannya dihalang.

King dan Queen berdiri memandang mereka,Aminudden seperti ingin ke hadapan namun Luqman menghalangnya.

"Apa hal ni?...'' Soal Aminudden kehairanan.

Luqman menggelengkan kepala,tanda meminta Aminudden bersabar. Akhirnya Aminudden mendesah dan bertenang,Alia mengusap belakang badannya.

"Jadi apa kau nak?..." Luqman menyoal.

"Dinginnya..aku tak buat apa-apa..lagi.." Balas King tersenyum sinis.

"Mana kawan kau?..." Luqman menyoal merenungnya tepat ke mata King.

"Apa maksud kau?" King menyoal tidak faham.

"Kawan kau yang bertanggungjawab atas kecederaan kawan kami..." Aminudden mencelah dan King serta Queen memandangnya pula.

"Woo...itu tuduhan yang tidak berasas...kau ada bukti ke?" King berkata sinis.

"Bukti? Kami tak perlukannya..." Aminudden menjawab sambil tersenyum sinis,King kehairanan.

"Aku akan pastikan aku belasah korang kat final nanti kaw-kaw...." Aminudden menambah.

King mengerutkan dahi dan mengetap gigi,Queen sekadar mendiamkan diri sahaja dan menyedari Aila memandangnya.

"Dia tu..."

"Menarik..." King tersenyum sinis dan cermin mata hitamnya dibetulkan.

"Better you watch yourself.." Luqman berkata memberi peringatan.

"Jangan fikir nak serang kami lagi..." Aminudden pula mencelah.

King mengetap gigi dan kemarahannya sudah memuncak,Queen menyentuh bahunya dengan tiba-tiba. King tersentak dan Aminudden serta Luqman hanya memerhatikan sahaja.

"Queen?..." King kehairanan.

Queen hanya menggelengkan kepala kemudian beredar,King merenung ke arah Luqman kemudian Aminudden dan terus menyusuli Queen. Aminudden mengetap gigi dan tangan membara api merah.

"Boleh aku letupkan diorang tu?!..." Aminudden berkata bengang.

"Oi bertenang...nanti lain masalah yang datang..." Haikal berkata dan Hikari sekadar memerhatikan Queen.

"Maafkan saya...boleh saya beredar awal?.." Hikari mencelah dan mereka memandangnya.

"Awak nak balik sekarang?.." Aminudden menyoal dan Hikari tersenyum mengangguk.

Luqman dan yang lain memerhatikan Hikari melakukan teleport,hilang bersama cahaya dan Aminudden hanya menghela nafas pendek. Tidak lama kemudian Stella dan Elizabeth muncul,Luqman tersenyum ke arahnya.

"Good job guys...." Stella berkata sambil tersenyum,Aminudden sedar sesuatu dan menghampirinya.

"Kak...potong rambut ke?.." Aminudden menyoal dan Stella agak terkejut.

"Haah...rambut panjang leceh la.." Balas Stella menyisir rambutnya,Elizabeth hanya tersenyum sahaja.

"Man...akak lebih cantik rambut panjang.." Aminudden memuji dan Stella menarik pipinya.

"Amboi nak mengorat kakak la tu..." Stella berkata tersengih.

"Adui.. Adui... Adui..bukan la orang puji ikhlas ni..." Aminudden berkata sambil memegang tangan Stella yang sedang menarik kedua pipinya.

"Mana minah jepun tu?.." Soal Stella.

"Dia ada hal katanya..." Aminudden menjawab.

◈◈◈◈◈◈◈◈◈◈

Hikari muncul teleport di hadapan Ikhwan,Alisa dan Fara turut sama berada bersama. Hikari menunduk hormat pada mereka bertiga,kemudian dia melangkah menghampiri Ikhwan.

"Saya dapat rasakan kehadiran Agnes di akademi..." Hikari memulakan kata-kata.

"I see....anything else?" Ikhwan menyoal.

"That girl called queen...saya dapat kesan kuasa yang hampir sama dengan Spirit Fallen daripadanya..." Hikari memberi lagi maklumat.

"Apa? Teruk ni..." Fara mengurut dagu.

"Bukan kuasa Fallen..." Ikhwan berkata dan Alisa menoleh ke arahnya.

"Kuasa itu dipanggil Dark Beast..kuasa yang sama dengan Zahhak..." Ikhwan memberi penjelasan,Fara terkejut dan Alisa mengerutkan dahi menundukkan kepala.

"Bagaimana dengan keadaan kuasa tersebut Hikari?..." Ikhwan memandang ke arahnya.

"Masih dalam keadaan normal. Tidak memberi ancaman buat masa ni..." Jawab Hikari tenang.

"Tapi..." Alisa mula gusar.

"Kenapa?...." Ikhwan menyoal dan Fara serta Hikari menoleh ke arahnya.

"Bagaimana Dark Beast ni boleh wujud? Mereka berlainan dengan Fallen?" Soal Alisa dan Ikhwan menarik nafas panjang kemudian dihembus keluar.

"Dark Beast adalah serpihan kuasa King of Dark Lord...." Jawab Ikhwan dan mereka bertiga terkejut.

"Beribu tahun dulu semasa zaman pengasas,Iskandar Syah bersama Karma dan empat lagi naga elemen berdepan dengan raja segala kegelapan..kuasanya mampu menghancur satu negara...mengawal demon dengan sesuka hati..." Ikhwan memberikan penerangan,Alisa terkedu dan Fara menelan air liur. Hikari pula tenang mendengar penjelasannya.

"Peperangan berlaku berlarutan agak lama dan para rakyat menderita ...seluruh dunia terpaksa bersatu menumpaskannya..." Tambah Ikhwan lagi.

"And then....?" Soal Fara.

"Tak ada satu pun mampu membunuhnya,dia seolah-oleh kebal dan tidak boleh dibunuh...sehinggalah..."

"Sehinggalah?..." Fara menyoal lagi.

"Iskandar seal him...far away from this place..." Ikhwan menyambung.

Pada masa yang sama Farhan dan Amien Khazo berada di hadapan gua yang agak besar,mereka berdua berpandangan menelan air liur manakala Wyvern dan Seth tidak bersuara diam seribu bahasa.

"So sini la tempatnya?..." Amien Khaizo menyoal.

"Ya...sini la terkurungnya Raja Segala Kegelapan dan Kejahatan yang mutlak.."

"Jadi pengasas dan rakan seperjuangannya kurung dia di sini?.." Soal Amien Khaizo.

"Yeah....." Jawab Farhan pendek.

Suasana menjadi sunyi sepi,hanya tiupan angin kencang yang kedengaran. Alisa tergamam dan Fara pula menelan air liur,Hikari sekadar mendiamkan diri sahaja.

"So master...." Hikari mencelah dan Ikhwan serta yang lain memandang ke arahnya.

"What his name?..." Soal Hikari.

"Marvus Nightwing..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now