CHAPTER 14 : HORRUS THE SPIRIT FALLEN

1.4K 138 0
                                    

Seluruh kawasan bergegar dengan kuasa spirit Fallen milik Luqman,Ikhwan memerhatikan dengan sabar. Aminudden mengaktifkan api birunya,Luqman terus meluru ke arahnya dengan laju.

"Heh!" Aminudden sekadar menunggu sahaja.

"Hoarrr!!!" Luqman yang hilang kawalan itu menghayunkan tangannya.

"Huh? Eishh!!.." Aminudden segera mengelak serangan Luqman.

Keadaan tanah yang terkena serangan itu cair,seolah-olah terkena asid yang bahaya. Aminudden berundur dengan berpusing,melakukan back-flip beberapa kali.

"Huh! That's was closed.." kata Aminudden menghela nafas pendek.

Kirin tidak dapat bergerak,dan memandang ke arah Razor yang seperti patung tugu. Mengeras dengan tiba-tiba,dia risaukan keadaan Luqman.

"Ha!! Hora!!.." Luqman menyerang secara bertubi-tubi.

Aminudden mengelak dan menepis,dia tidak boleh cederakan abangnya. Itu sudah dalam perjanjian dia dan bapa saudaranya,mindanya mula mengingati semula apa yang Ikhwan rancangkan.

"Latihan pertempuran?.." soal Aminudden memandang ke arah Ikhwan.

"Yup..." jawab Ikhwan sambil membaca fail.

"Tapi kenapa tiba-tiba pula,dengan abang saya pula tu..maksud saya memang dah biasa perkara macam ni..tapi jarang uncle yang suruh..." kata Aminudden kurang faham.

"Sesuatu mengganggu uncle.." ujar merapatkan jari-jemarinya dan kedua lengannya ditongkat pada meja.

"Let me guess..something bad will happen?" Soal Aminudden dan Ikhwan sekadar tersenyum.

Aminudden menghela nafas pendek,kemudian dia berjalan menuju ke arah Ikhwan. Kerusi diambil dan duduk,Ikhwan hanya tersenyum sahaja.

"Fallen..kau pernah dengar nama ni?.." soal Ikhwan menyandar pada kerusi.

"Fallen?...dark spirit beast ke?" Duga Aminudden dan Ikhwan menggelengkan kepala.

"Fallen mereka tidak ramai,sebab spirit beast ini semakin hilang..kerana itu adalah takdir mereka..." jelas Ikhwan.

"Apa maksud uncle?" Soal Aminudden tidak faham.

"Fallen,spirit beast yang disumpah..mereka dilahirkan dengan sumpahan tersebut..." jelas Ikhwan lagi.

"Sumpahan?..." Aminudden kehairanan dan masih tidak dapat menangkap apa yang Ikhwan cuba jelaskan.

"Fallen adalah spirit beast yang abnormal..mereka dijangkiti penyakit maut...tiada satu pun mampu diselamatkan..." jelas Ikhwan mengingati air muka Karma.

"Jadi disebabkan itu dipanggil sumpahan...?" Aminudden menduga dan Ikhwan tersenyum.

"Jadi uncle nak maksudkan..." Aminudden membesarkan anak matanya,dia menyedari maksud bapa saudaranya.

Ikhwan sekadar mengangguk dan mengalihkan pandangan ke luar,Aminudden menundukkan kepala ke lantai dan meraup wajahnya.

Aminudden menghela nafasnya sebaik tamat imbas kembali,masa seminit berlalu di harus tamatkan dalam masa 3 minit. Dia menarik tangan Luqman,lalu ditekap tapak tangannya ke perut Luqman. Nafas ditarik perlahan-lahan,laluan udara diaturkan dengan cermat.

"Rasakan ni!!" Aminudden lantas tanpa membuang masa melakukan serangan.

"Grr..hngh!" Luqman melepaskan tekanan tenaga yang amat kuat,kawasan tanah menjadi retak.

Aminudden tidak dapat melakukan serangannya,terpaksa berundur dan Luqman sudah berada di belakangnya. Aminudden mendesah lalu menyeru pedangnya,membuatkan Luqman yang hilang kawalan itu berundur. Aminudden menyedari sesuatu dan memandang ke belakang.

"I see...abang aku dah cool down.." ujar Aminudden sambil menyilangkan tangannya.

"Kenapa tu?" Soal Alia dan Aila masih risau,Intan sekadar memerhatikan sahaja.

"Something not right..." ujar Ikhwan sendirian.

"Huh?" Aila terdengar apa yang dikatakan oleh Ikhwan.

"Siapa kau?" Soal Aminudden menghadap Luqman yang menunduk kepalanya.

Luqman sekadar mendiamkan diri,Ikhwan pula sudah menyedari sesuatu dan menggunakan teknik telepati.

"Am...itu bukan Luqman..." ujar Ikhwan.

"Saya tahu uncle...dia di kawal oleh orang lain..." jawab Aminudden.

"Apa yang saya patut lakukan sekarang uncle?.." soal Aminudden lagi dan Ikhwan sekadar mendesah.

"Uncle?.." Aminudden menunggu jawapan bapa saudaranya.

"Cuba berkomunikasi dulu dengan orang yang mengawal tubuh Luqman..." kata Ikhwan memberi cadangan,Aminudden sekadar menghela nafas pendek.

"Salam kenal putera kedua..." ujar Luqman yang dikawal oleh seseorang itu.

"Huh?..." Aminudden dan Ikhwan serentak terkejut.

"Apa yang berlaku?" Alia menyoal namun Ikhwan sekadar mendiamkan diri,Aila pula masih lagi risau dan Intan pula memandang ke arah Alisa.

"Semua akan okay..." ujar Alisa memujuk Intan yang sedang risau itu.

"Er...emm..." pujukan Alisa tidak cukup kuat untuk menghilangkan kerisauan Intan.

"Siapa kau?" Soal Aminudden lagi.

"Izinkan saya perkenalkan diri,nama saya Horrus...salah seorang pengguna Spirit Fallen..." jawab lelaki yang mengawal Luqman itu.

"Apa tujuan kau sebenarnya? Mengawal badan abang aku...ikut suka hati kau je.." kata Aminudden merenung lelaki itu dengan tajam.

"Bertenang tuan putera...saya bukan nak bermusuh dengan pihak Mentari,malahan saya tidak berani sekalipun..." kata Horrus tersenyum.

"Kau dah kawal tubuh saudara aku tanpa kebenaran..." satu suara menegur dan Aminudden menoleh ke arah suara itu.

Ikhwan sudah melangkah masuk ke dalam bilik latihan visual,tanpa disedari oleh Aminudden. Horrus terkejut dengan kehadiran Ikhwan,jelas aura yang kuat di sekeliling kawasan kelihatan.

"Alamak...final boss..." kata Horrus tersenyum risau.

"Juga kau curi masuk ke dalam istana sebelum ni...kau memang ada keberanian..." ujar Ikhwan air mukanya dingin,sedingin air beku.

"Uncle..." Aminudden menelan air liur.

"Maafkan saya,tapi saya perlukan Luqman..." kata Horrus mengawal tubuh Luqman lari.

Aminudden terkejut kerana Horrus melepasi Ikhwan,Horrus tidak membuang masa untuk melarikan diri. Namun Ikhwan hanya tenang,dan bergerak pantas lalu berada di hadapan Horrus yang mengawal tubuh Luqman itu.

"Aku dah bagi amaran...kau degil..." kata Ikhwan membesarkan matanya,penumbuknya dikepal dan ditarik.

"KELUAR DARIPADA TUBUH ANAK SAUDARA AKU!!!...." Jerit Ikhwan seiring penumbuk dilepaskan.

Lokasi berubah di satu kawasan hutan tidak jauh dari istana,seorang pemuda berambut putih perak memejamkan matanya. Sebaik sahaja dibuka matanya,kesakitan bagaikan ditumbuk beribu kali terasa.

"Gahakkk!! Ha..ha..." Horrus melutut kesakitan,darah keluar dari mulutnya.

"So this is the power of Dragon King?..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora