CHAPTER 100 : THEY NEVER CHANGE

1.4K 110 0
                                    


PAKK!

KRAK!!

TAKK!!

Luqman dan Aminudden berlaga tinju,setiap lagaan terhasil tiupan angin yang amat kuat. Luqman memusingkan badan dan melibaskan sepakan,Aminudden berundur beberapa tapak kemudian melakukan tumbukan melangit.

PRAKK!!

ZUOSSH!!

Aila dan Alia memerhatikan sahaja dari tepi,dua beradik itu bertempur di luar bilik latihan visual. Kilat ungu terhasil di kaki Luqman,Aminudden menyalakan api birunya dengan marak.

"ANKLE DROP..!"

"UPPERCUT!!..."

BRAMM!!!

BOOOMMM!!

ZUWOOSH!!

Angin kencang bertiup sekali lagi,membuatkan rambut dua gadis itu beralun. Luqman dan Aminudden berbalas renungan,kemudian mereka tersengih dan meluru antara satu sama lain. Sebaik sahaja penumbuk mereka hampir berlaga,gegaran kuat berlaku dan mereka hilang keseimbangan lalu terduduk.

"Apo kono eh jang? Bahasa apa aku guna ni?" Aminudden berseloroh.

"Hoh? Besar gilerrr...." Luqman mendongak menyedari kapal sebesar istana melepasi ruang udara mereka berada.

Alisa dan Fara hanya tergamam melihat keadaan itu,Laura pula hanya menelan air liur melihat kapal gergasi melintasi ruang udara istana. Malah kapal tersebut mendarat kawasan terletak tidak jauh belakang istana.

"Apa benda tu? Bapak besar..." Yusri berkata dengan tergamam.

"Bapak kau aku!" Solleh muncul dari belakang Yusri.

"Ayahanda,kapal tu ayahanda kenal?" Soal Yusri menuding jari ke arah laut.

Solleh memandang ke arah di mana Yusri menunjuk,dia tergamam melihat kapal gergasi tersebut. Yusri kehairanan melihat reaksi ayahnya,manakala Reezal yang berada di puncak istana hanya memerhatikan kapal gergasi tersebut.

"Itu Noah Ark...bagaimana kapal tu boleh berada di kawasan perairan kita?" Solleh menyoal.

"Mana saya tahu,tiba-tiba je mendarat dekat situ..." Jawab Yusri lagi.

Solleh memandang ke arah kapal dengan penuh tanda tanya,kapal lagenda dalam sejarah yang dia baca semasa ketika masih remaja.

"Hey dad,can you explain to me? Ayah kenal kapal tu?" Soal Yusri.

"Itu nama kapalnya adalah Noah Ark,kapal tu sepatutnya hilang seribu tahun yang lepas pada zaman pengasas kita...kapal itu mampu menjatuhkan ribuan armada,dan juga mempunyai pertahanan yang sempurna..." Solleh memberi penerangan dan Yusri agak terkejut.

"Kapal itu sukar dicari sepanjang seribu tahun,tapi ia mendarat di hadapan kita hari ini... What the heck is going on?" Ujar Solleh sendirian.

Sedang Solleh berfikir dia menyedari seseorang berada di atas kapal tersebut,dan membuatkan dia terkejut dengan keadaan itu. Ikhwan dan Farhan serta Amien,Zharief dan Akif muncul di atas kapal tersebut.

"Holy sh..." Solleh terus terbang ke arah kapal tersebut dan mendarat di belakang Ikhwan.

"What the heck is going on son? Kenapa Ikhwan berada di atas kapal ni?" Soal Solleh.

"Kami temui kapal ini berada di ruang udara,dan saya mengambil keputusan untuk bawanya turun...lagipun kapal ini memang milik kita bukan..?" Jelas Ikhwan dan Solleh sedikit tergamam kemudian menghela nafas pendek.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now