CHAPTER 33 : MORNING CHAOS

1.5K 125 0
                                    

Aminudden menumpukan perhatian dan matanya dipejamkan,Ikhwan memerhatikan dari tepi aura kuasa menyelubungi tubuh remaja itu. Tangannya dirapatkan kemudian digerakkan umpama gerakan tai chi,Ikhwan hanya memerhatikan dengan senyap.

"Hup!..." Aminudden menghalakan tapak tangan ke hadapan,tekanan udara dapat dirasakan sebaik remaja itu berbuat demikian.

Langkah demi langkah dilakukan dan Aminudden memusingkan kedua belah tangannya,Alia pada masa yang sama menguap panjang sebaik sahaja bangun dari tidurnya. Dia perhatikan Aila sedang membaca novel,sudah jam berapa ketika ini?

"Alia...pagi,cepat subuh hampir tamat..." kata Aila sebaik menoleh sambil tersenyum,Alia hanya mengangguk.

"Hah!..." Aminudden mempraktikkan pukulannya pada kayu tinju.

PAKK!

DUSSH!

KRASH!

Setiap hayunan yang dilakukan oleh Aminudden begitu padu serta jitu,Ikhwan yang perhatikan latihan anak saudaranya sekadar mengangguk puas hati. Aminudden membuka tapak tangannya dan satu tamparan dilakukan,kuat dan impak angin terhasil.

"Lagi kuat..." kata Ikhwan dan Aminudden mengangguk serta kembali berlatih.

PAKK!!

DAKK!!

KRAK!!

Aminudden berlatih untuk memenuhi masa terluang supaya tidak lalai,keamanan tidak mungkin kekal kerana akan ada orang yang dengki dengan kejayaan negara mereka. Sebab itu Aminudden kekal berlatih,juga meminta Ikhwan supaya melatihnya tanpa henti.

"Huh!.." Hayunan kaki dilakukan.

PAKKK!!!

"Hah!!.." Libasan tangan pula dipraktikkan.

Pada masa yang sama seseorang ingin memasuki bilik latihan khas mereka,pin nombor ditekan dengan berhati-hati manakala Aminudden masih kekal berlatih. Aminudden berlatih dengan penuh fokus tanpa memikirkan benda lain,penumbuk dikepal dan api mula menyala seperti ingin meletup.

"Alamak...nak kena order baru la kayu tinju tu..." ujar Ikhwan menyedari kekuatan tumbukan yang bakal dilakukan oleh anak saudaranya.

"Sorreeaaahhh!!!!...." Satu tumbukan padu dan kuat dilepaskan pada kayu tinju itu.

DUUSSYUMMM!!!

PRRRAAAKKK!!!!

Kayu tinju itu tercampak dan menghempas dinding sebelah pintu,saing apa pintu automatik terbuka dan wajah Luqman terpampang. Mukanya berpeluh kerana sebaik pintu terbuka dia nampak benda melayang hampir mengenainya.

"Ah...Luqman..." Ikhwan baru menyedari kehadiran Luqman.

"Huuu........" Tangan Aminudden masih dihalakan ke hadapan,berasap dan api pula terpadam.

"Huh? Abang? Bila kau sampai?" soalan Aminudden itu membuatkan Luqman timbul urat pada dahi.

"BILA KAU SAMPAI!!? KAU TAHU TAK KAU HAMPIR NAK BUNUH AKU?!!..." Jerit Luqman menghampiri Aminudden.

"Tak kena kan? Panjang umur kau tu bang,syukur sikit..." jawab Aminudden dengan selambanya.

"Grrr.....berani kau.." ujar Luqman menundukkan kepalanya.

"Huh?..." Aminudden kehairanan.

"AKU AKAN RENJAT KAU HABIS-HABISAN!!!..." Jerit Luqman sambil tangannya diselubungi kilat.

"CARI GADUH KE? BRING IT ON..!!" Aminudden menyalakan api merahnya.

"WORAHH!!..." Luqman menghayunkan penumbuk kilatnya.

"SOOREEAHH!!.." Aminudden pula turut menumbuk dengan api merahnya.

BOOOMMMM....!!

KABOOMMM!!!....

Ikhwan hanya menjadi pemerhati sambil menggelengkan kepalanya,sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Patut ke dia hentikan? Ataupun berikan masa sebelum hentikannya?

"THAT'S ENOUGH..!!" Aila dan Alia muncul meluru melepasi Ikhwan,sang raja naga hanya bersiul.

"Huh? Aila?..." Luqman kaget.

"Alia?..." Aminudden tidak terkecuali.

"Hentikannya! Alia!.." Aila berkata tegas.

"Okay! Hmm! Phoenix Arts!.." Alia mengaktifkan api merahnya.

"Ou ouh..this isn't good..." ujar Aminudden.

"Huh?..." Luqman kehairanan.

"BURNING BURST..!!!" Seraya Alia menghalakan tapak tangannya,percikan api terhasil dan keluar seperti api bergerak umpama peluru berpandu meluru ke arah dua orang beradik itu.

"Alamak...." Luqman hanya mampu tergamam,dan cahaya mula terang menyimbah wajahnya.

"This must be hurt..." ujar Aminudden.

BRRAAMMMM...!!!

"Uhh.....sakit tu..." kata Ikhwan masih menyilangkan tangannya melihat keadaan itu.

Siddiq dan Laila yang berjalan menyusuri kaki lima istana,terhenti langkah mereka apabila merasa gegaran yang agak kuat. Layla pula yang sedang berlatih menggunakan lembingnya,turut terhenti dan Raffie serta Yusri berbalas pandangan wajah masing-masing lalu tersenyum.

"Mereka memang bertenaga.." ujar Reezal sambil menghirup kopi bersama isterinya.

"Pagi-pagi dah kecoh,apa saja la mereka tu.." Razeedah berleter dan Intan yang turut bersama hanya mampu ketawa sahaja.

Alisa segera bergegas menuju ke arah bilik latihan,dan Ikhwan menoleh ke arahnya serentak dia masuk ke dalam bilik tersebut. Alisa sedikit terkejut kerana Luqman dan Aminudden,duduk melutut dalam keadaan sedikit hangus dileteri oleh Aila dan Alia.

Ikhwan hanya ketawa kecil sambil tersengih,melihat gelagat empat remaja itu dan Alisa pula sekadar mampu menekup muka sambil menggelengkan kepala.

"Haih....."


TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now