Bonus : DUGAAN DUA BERADIK DI BULAN PUASA

1.3K 113 4
                                    

"Panas....." ujar Luqman menghalang mukanya dari terkena sinaran cahaya matahari.

"Yeah..bro aku rasa sama...haus pulak tu.." kata Aminudden sambil duduk mencangkung,kedua tangannya diletakkan pada lututnya. 

Luqman dan Aminudden meronda sekitar kawasan bandar,musim panas telah tiba dan paling menyakitkan hati adalah bulan ramadhan turut tiba seiring dengan kepanasan musim tersebut. Walaupun musim panas adalah bermulanya cuti musim tersebut,mereka masih lagi mengeluh mengenainya.

"Kalau kau tak tahan balik la.." kata Aminudden dan mukanya berpeluh,sambil menelan air liur melihat seorang kanak-kanak menikmati aiskrim.

"Aku tak nak sia-sia kan masa..." ujar Luqman mengesat peluhnya yang mengalir.

"Haa....mesin vending...aku nak beli satu.." ujar Aminudden menuding ke arah mesin vending,Luqman menepuk telapak tangannya.

"Puasa bro...dugaan..." Luqman memujuk adiknya itu.

"Aku bosan la bro...." kata Aminudden mengerutkan dahinya.

"Yang kau ikut aku pasal?" soal Luqman dan Aminudden tersengih lalu dahinya timbul urat menahan geram.

"Kau tanya pasal apa? Pasal apa? First! Kau heret aku keluar paksa ikut kau keluar dari istana,SECOND! Kau kacau masa tidur aku...faham?" jelas Aminudden panjang lebar dan Luqman tiada jawapan.

"Hehe..tidur masa bulan mulia ni tak elok bro..." bidas Luqman dan Aminudden uratnya timbul  sekali lagi.

"Aku tidur masa lepas solat zohor la bebal...." kata Aminudden lagi dan Luqman terdiam sekali lagi.

Luqman terus mendiamkan diri tidak mahu mengurangkan pahala adiknya,iaitu dari berterusan marah kepadanya. Dia menyilangkan tangan pada belakang kepala lalu tubuhnya disandarkan pada belakang dinding terbiar,Aminudden pula hanya bangkit dari cangkungannya.

"So kita nak buat apa ni?" soal Aminudden dingin dan Luqman sedikit tersentak mendengar nada Aminudden menyoal.

"Well......" Luqman mencari buah fikiran,jika salah jawapan nahas dia.

"Perhatian pada semua unit! Bank Saga sedang dirompak,mereka menahan tebusan bersama..! Mana-mana unit yang berdekatan sila berikan bantuan!!......"

Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian tersengih,mereka berdua hilang daripada pandangan tanpa sempat sesiapa sedar.

Pada masa yang sama di satu bank yang sedang berlaku kejadian rompakan,para perompak menahan tebusan yang terdiri para kakitangan dan pelanggan di bank itu. Salah seorang itu keluar dari pintu depan bank,bersama seorang tebusan dan ketika itu beberapa polis bersembunyi di sebalik kenderaan mereka.

"Biarkan kami lepas jika nak perempuan ini selamat!!..." Jerit perompak itu dan beberapa rakannya pula sedang menunggu isyarat daripadanya.

"Turunkan senjata kamu...atau kami lakukan kekerasan..." ujar salah seorang polis itu menggunakan pembesar suara.

Tindakan polis itu memberi amaran itu hanya membuatkan perompak itu menembak ke udara,dan tebusan itu menjerit ketakutan serta reaksi para polis menahan geram menggenggam erat senjata mereka masing-masing.

"Tak dengar ke?!...Lepaskan kami...dan perempuan ni akan selamat!!" jerit perompak itu lagi.

"Damn it...." kata polis itu.

"Apa plan kita sekarang kapten?" soal seorang lagi anggota polis yang bersamanya,kapten polis terasa serba-salah diantara menyelamatkan tebusan atau menangkap perompak?

"Die!!...." jerit perompak menembak mesingan riffle miliknya ke arah kapten polis itu.

Saat kapten polis itu dalam ambang maut,seseorang muncul mendarat di hadapannya dengan pantas lalu menangkap peluru tersebut. Kapten polis itu terkejut melihat seorang pemuda berambut putih,muncul serta menyelamatkannya.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now