CHAPTER 45 : AMINUDDEN VS NAZRUL

1.5K 120 0
                                    

Imej Nazrul pada media di atas

"Baiklah sekarang kita kena pilih orang yang berkebolehan untuk kumpulan kita..." Aminudden berkata dengan tersengih.

"So kena berapa orang?" soal Luqman pula.

"Jadi dia kata berapa pun tak kisah kan.." Siddiq menyoal.

"Rasanya macam tu..." kata Nazryn pula.

"Tapi mereka benarkan lima pemain sahaja sekali perlawanan.." Aqirah mencelah,Intan mengangguk setuju.

Aila dan Alia sekadar menjadi pendengar dan Ikhwan pula hanya mendiamkan diri sahaja,dia membelek telefon miliknya tanpa menghiraukan apa yang dibincangkan oleh Luqman bersama rakan-rakannya.

"Uncle ada cadangan?" soal Luqman menoleh ke arah Ikhwan.

"Hmm? Ada tapi kena tunggu kejap.." jawab Ikhwan tersenyum.

Luqman dan Aminudden berpandangan,mereka kehairanan dengan kata-kata Ikhwan. Apa rancangan bapa saudaranya kali ini? Tiba-tiba bunyi pintu dibuka menarik perhatian mereka,Jamel muncul disusuli Layla dan Leila kemudian seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali.

"Lambat betul la kau sampai!" Ikhwan berkata.

"Kau yang bagi teks tiba-tiba suruh cari candidate! On the spot pulak tu!.." Jamel bengang dengan kata-kata Ikhwan.

"Hehehe..." Ikhwan sekadar tersengih.

"Uncle mereka bertiga tu..." Luqman mencelah.

"Maaf tak beritahu..uncle minta Jamel cari beberapa orang yang sesuai yang boleh menyertai kamu semua..." jelas Ikhwan dengan memandang ke arah Jamel.

"Boleh jelaskan apa yang berlaku?" soal Layla menyilangkan tangannya.

"Erm...Siddiq?" Laila menghampiri Siddiq.

"Laila...awak pun kena panggil dengan master Jamel?.." soal Siddiq dan Laila mengangguk.

Pelajar lelaki itu sekadar menyeluk tangannya pada saku seluar,dia mendiamkan diri dan memerhatikan setiap orang yang berada di situ. Dia tidak faham apa yang berlaku,Jamel menjeling ke arahnya dan tersenyum sinis.

"Jadi Jamel ni siapa pula?" soal Ikhwan menoleh ke arah pelajar lelaki itu.

"Hoi kau kenalkan diri..." Jamel menegur pelajar lelaki itu.

"Maaf...nama saya Nazrul Al'Bahar..kelas 3-C...salam perkenalan.." pelajar itu memberi pengenalan diri sambil menunduk hormat pada yang berada di situ.

"Ouh Nazrul rupanya..." kata Jamel mencebik sambil mengangguk perlahan.

"Jangan cakap kau main heret dia je.." Ikhwan muncul di sebelahnya dengan tiba-tiba,Jamel tersentak tambah menelan air liur.

"Hehehe...." Jamel tersengih dan Ikhwan tersenyum riang sambil menyalakan api birunya.

DUSSH!!

"Ayarkk!!..." Jamel tercampak melekat ke dinding.

"Baiklah nama kamu Nazrul? Kamu tidak menyertai pertandingan itu?" soal Ikhwan.

"Memang nak sertai tapi tiada siapa nak mengajak saya.." jawab Nazrul.

Ikhwan mengangguk faham dan memandang ke arah Luqman,mengerti dengan maksud bapa saudaranya Luqman tersenyum mengangguk memberi kebenaran Nazrul boleh menyertai mereka.

"Tapi kamu boleh berlawan? Apa jenis Spirit Beast kamu?" soal Ikhwan.

"Wild Bear...saya berlawan cara tinju tangan.." jelas Nazrul dan Ikhwan tersenyum.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now