CHAPTER 17 : MYSTERIOUS TEENAGER

1.5K 122 0
                                    

Asap tebal dan habuk terhasil,tanah merekah dan retak dengan teruk sekali. Aminudden mendarat di hadapan Alia,asap yang tebal mula menipis dan sedikit demi sedikit kelihatan susuk tubuh seseorang.

Akhirnya asap mula hilang,Alia dan Aminudden terkejut. Kerana Yami menerima kecederaan yang agak teruk,malah dia melindungi Hikari kerana Hikari hanya cedera ringan.

"Wah...lindungi kawan huh?" Kata Aminudden mengusap belakang kepalanya.

"Yami...." Alia merasa simpati.

"Ha...ha..." Yami menahan sakit,memegang sebelah tangannya berdarah.

"Yami!.." Hikari terus mendapatkan Yami,kemudian dia mengaktifkan bulatan magis teleportasi.

Yami dan Hikari terus menghilangkan diri,Aminudden dan Alia sekadar memerhatikan sahaja. Aminudden sedar air muka Alia,kemudian dia mencapai tangannya.

"Am...." Alia terkejut dengan tindakan Aminudden.

"Chill out...everything will be okay..." jelas Aminudden.

"Bukan itu yang saya risaukan..." ujar Alia dan Aminudden kehairanan.

"Apa maksud awak?..." soal Aminudden.

"Mereka seperti bukan sengaja ingin menyerang saya...tapi mungkin diupah..." jelas Alia.

"Diupah? Siapa pula yang nak menculik awak?" Soal Aminudden menggaru kepalanya.

Alia menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu,Aminudden menggosok belakang kepala dengan kasar. Mula rasa bengang dengan semua yang berlaku,Alia sekadar mendiamkan dirinya.

"Argh...! Satu persatu masalah datang!.." rungut Aminudden

"Amin..." Alia hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

Pada masa yang sama,Aila yang masih berada di bilik Luqman menjaganya. Ikhwan,Alisa dan Intan sudah beredar,Ikhwan meminta Aila supaya menjaganya.

"Luqman...." kata Aila pendek.

Dia menghampiri Luqman,menyisir rambutnya yang lurus itu. Wajah Luqman diusap perlahan,dia tersenyum sendirian. Namun dia takut,ya takut akan Luqman tidak akan bangun.

"Kau nampak risau miss Aila.." ujar satu suara menegur.

"Yeah..saya risaukan dia.." kata Aila memandang sayu ke arah Luqman.

"Fallen...apa sebenarnya mereka? Saya rasa simpati pada putera Luqman..." ujar suara itu.

"Terima kasih Lupus..." ujar Aila.

"Its not big deal..sesiapa sahaja kawan miss Aila,adalah kawan saya.." ujar suara itu dipanggil Lupus.

Lupus adalah Spirit Beast jenis serigala,berwarna putih salji dan mampu mengawal elemen angin serta kilat. Namun atas sebab Luqman melarangnya berlawan,dia jarang tunjukkan kuasanya.

"Ergh..." Luqman mula sedar.

"Luqman?..." Aila memegang tangan Luqman dengan erat.

Suasana gelap mula jelas,dan di sisinya kelibat Aila tersenyum sambil matanya berkaca. Luqman kehairanan dan bangun,mengesat air mata Aila yang hampir jatuh.

"Hey kenapa menangis ni?.." soal Luqman.

"Awak tak sedarkan diri,saya risau.." ujae Aila tersekat-sekat nadanya.

"Maaf buatkan awak risau.." kata Luqman.

"Asalkan awak dah okay,itu sudah cukup..." ujar Aila tersenyum.

Luqman sekadar tersenyum mengusap belakang kepala,terasa bersalah kerana buatkan Aila risaukannya. Pada masa yang sama,Ikhwan dan Alisa berjalan menuju ke sebuah bilik rahsia.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now