CHAPTER 98 : LUQMAN's GRADUATE

1.4K 124 1
                                    


Luqman menggeliat panjang sebaik kembali semula ke dunia asalnya,Ikhwan hanya bersahaja melambungkan artifak itu. Z turur ada sedar Ikhwan yang asyik melambungkan artifak itu,terus dia merampas artifak tersebut.

"Oi agak-agak la,kau ingat ini bola ke pe?" Z berkata dengan bengang.

"Untung aku nak carikan artifak tu..." Jawab Ikhwan dengan muka selamba.

Z merengus mendengar alasan Ikhwan,dia terus menghilangkan diri dengan melakukan teleportasi. Luqman kehairanan dan mencuit lengan Ikhwan.

"Kenapa Luq?" Soal Ikhwan.

"Apa function artifak tu?" Soal Luqman.

"Ouh.. Artifak tu sebenarnya alat mengurung satu kuasa atau seseorang yang kuat dan jahat...." Jelas Ikhwan.

"Maksud uncle orang itu amat kuat? Sehingga uncle sendiri tak boleh nak tangani?" Soal Luqman lagi.

"Yeah something like that..." Jelas Ikhwan dan beredar,Luqman terdiam mendengar jawapan Ikhwan.

"Seseorang yang lebih kuat dari uncle? Wujud ke orang tu?" Soal Luqman dalam hati.

Luqman membiarkan tanggapan itu berlalu pergi,dia tidak mahu memikirkan terlalu banyak masalah.

ⓝⓔⓧⓣ

Sebulan berlalu dan masa bergerak pantas,Luqman dan Aila telah graduate saing dengan Nazryn. Eyra dan Hazad mengambil keputusan untuk sambung tahun kelima,Aminudden pula sama dengan Luqman. Tahun ketiga adalah tahun penamat baginya,belajar rajin-rajin bukan stail dia.

"Tahniah bang!" Aminudden melagakan penumbuknya pada penumbuk Luqman.

"Thanks,tinggal kau je..." Balas Luqman.

"Tahun depan la jawapannya..." Jawab Aminudden tersengih.

"Alia kamu tengok-tengokkan boyfriend kamu ni..." Luqman menoleh ke arah Alia yang berada di sebelah Aminudden.

"Jangan risau,serahkan pada saya je.." Alia menjawab sambil tersenyum.

"Mana kak Aila?" Soal Alia dan Luqman hanya menggaru pipinya.

"Ada.. Dia tengah bergambar dengan Natasha dan para junior tahun kedua dan pertama..." Jawab Luqman menuding jari arah timur.

Aminudden dan Alia berpandangan kemudian memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Luqman,mereka berdua terkejut kerana Aila dan Natasha dikerumuni oleh ramai pelajar.

"Oi abang bebal,kau pergi la sana..kang ada yang ambil kesempatan menyesal!" Aminudden berkata dengan geram.

"Err... Kena pergi ke ni?" Soal Luqman dan Aminudden serta Alia menekup muka.

"PERGI JE LA!!" Serentak pasangan itu menjerit serentak.

Luqman terus terkocoh-kocoh pergi menghampiri Aila yang bersama Natasha ketika itu,Alia menghela nafas pendek memerhatikan keadaan itu kemudian dia menoleh ke arah Aminudden.

"What?" Soal Aminudden.

"Saya bersyukur awak tak lembab macam abang awak,kalau dalam bab cinta..." Jawab Alia.

"Ouh?...okay.." Aminudden dan Alia menoleh ke arah bertentangan,masing-masing muka merona merah.

"Hey Alia.." Aminudden menegur dan gadis berambut merah itu menoleh ke arahnya.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu