CHAPTER 4 : DAILY CONVERSATION

1.8K 155 5
                                    

Bunyi hujan turun masih kedengaran,namun tidak selebat lima hari yang lepas. Ya hari ini sudah masuk hari kelima,jikalau hujan berterusan festival Mentari di akademi akan dibatalkan. Luqman menghela nafas pendek,musim luruh juga musim hujan.

Luqman berada di balkoni ruang legar istana,memandang luar keadaan bumi hijau yang ditimpa hujan. Dia hanya memerhatikan keadaan langit,awan yang mendung serta gelap dengan kilat sabung menyabung dan guruh berdentum.

"Haaa...." sekali lagi keluhan dilepaskan.

"Ai..mengeluh je.." satu suara menegur dan Luqman menoleh.

"Auntie Iris.." ujar Luqman.

"Hi..dari tadi auntie nampak Luqman muka masam kenapa.." soal Iris.

"Yelah..kalau hujan berterusan,kemungkinan festival akan dibatalkan..." jelas Luqman.

"Wha? Itu teruk..." kata Iris.

"Kan...saya betul-betul excited.." ujar Luqman.

Iris sekadar menggelengkan kepala,tersenyum melihat reaksi anak saudaranya. Tiba-tiba dia terasa kepalanya dipegang,apabila ditoleh melihat si pelaku dia tersenyum.

"Hi big bro..." sapa Iris pada Ikhwan.

"Yo my twin.." ujar Ikhwan pula.

Guruh berdentum namun tidak kuat,diselangi kilat menyabung tanda hujan lebat sebentar sahaja lagi.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶

"Sudah lima hari hujan..risau pula.." ujar Ikhwan memandang luar,Iris dan Luqman menoleh ke arahnya.

Mereka bertiga kini berada di bilik berehat,Ikhwan masih memandang luar dari tingkap luas terbentang itu. Hujan masih turun dan walaupun tidak lebat,namun tetap mengganggu kerja harian para umat manusia.

Ikhwan memerhatikan keadaan luar,diintai pada langit kemudian dia menghela nafas pendek. Langit masih lagi gelap dan awan mendung,rata seluruh ruangan udara.

Guruh berdentum sekali-sekala kedengaran,namun tidak kuat dan Ikhwan menyedari kehadiran Aila. Dia sekadar tersenyum sahaja,Luqman menoleh ke belakang dan terkejut.

"Aila!..." Luqman segera bangun mendapatkan Aila.

"Hey..awak okay? Guruh takutkan awak?" Soal Luqman lagi dan Aila menggelengkan kepala.

"Saya okay..guruh ada juga,tapi tak sekuat beberapa hari yang lepas.." ujar Aila.

Ikhwan menyedari sesuatu kemudian menarik nafas panjang,lalu dihelakan perlahan-lahan.

"Luqman.." Ikhwan memanggil nama Luqman.

"Ye uncle?" Sahut Luqman menoleh ke arahnya.

"Kau bawa Aila balik ke biliknya....sekarang...." ujar Ikhwan duduk sambil kakinya disilangkan.

"Baik uncle..." jawab Luqman memimpin Aila beredar pergi.

Ikhwan dan Iris memerhatikan Luqman bersama Aila,beredar sehingga tidak lagi kelihatan bayang mereka. Iris memahami maksud abangnya,kemudian dia memandang ke arah Ikhwan semula.

"Brother..its almost began.." ujar Iris.

"Yeah I know that..." kata Ikhwan berubah posisi dari menyandar ke membongkok ke depan.

"Kak Reena ada tengokkan..tapi buat masa ni keadaan masih selamat lagi.." kata Iris dan Ikhwan mengangguk.

"Akak dengan abang hampir bergaduh mengenai hal ini.." kata Ikhwan tersenyum kelat.

"Fallen...apa sebenarnya rahsia di sebalik semua ini..." ujar Iris menyandar ke bahu kiri kerusi.

"Sebenarnya...." Ikhwan memberi penerangan dan Iris terkejut.

"No way...you has to be joking right.." kata Iris tersenyum pahit.

"Abang tak pernah bergurau bab seperti ini...." jelas Ikhwan.

Kemudian dua kembar itu terus mendiamkan diri,tiada lagi kata-kata seterusnya.

🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶

"Hujan tak henti-henti! Susah nak buat aktiviti luar!!" Bentak Aminudden.

"Oi slow sikit volume tu..kita kat dalam restoran ni..." kata Luqman menongkat pipi sebelah kirinya.

Aminudden sekadar merengus tidak puas hati,kemudian air pepsi yang ada di meja disedut minum. Mukanya masih bengang,apa yang membuatkan dia bengang ketika dalam perjalanan disimbah air di jalan oleh kenderaan yang melalui sebelahnya.

Mujur Luqman sempat menahan Aminudden,kalau tidak teruk kenderaan itu dibakar olehnya. Alia hanya mampu mendiamkan diri,dia kenal bagaimana Aminudden bila marah.

"Grrr..." Aminudden merengus lagi.

"Oi..." satu suara menegur,belum sempat Aminudden menoleh satu ketukan kepala mengenainya.

"ADOI!!" Aminudden mengerang sakit,menekup kepalanya dengan kedua tangannya.

"Uncle Arjuma!" Serentak dua gadis itu bersuara.

"What the hell you think your doing?!' Aminudden mula bengang.

"Kau tu apa hal muka macam jamban tak siap?!" Arjuma menggenggam penumbuknya.

"Err..." Aminudden hanya mengetap gigi.

"Bukan kau sorang je berdepan dengan krisis..hujan ni rahmat dariNya..jadi mulut tu jaga kalau tak nak kena sambar petir..." ujar Arjuma selamba melangkah masuk ke dapurnya.

"Setan banyak kat luar kena rejam,jangan kau jadi salah seorang.." tambah Arjuma lagi.

"Hehehe..." Alia sekadar ketawa kecil.

"Shut up old hag.." sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya,dulang terbang melanggar kepalanya dengan tiba-tiba.

Aminudden jatuh dari tempat duduknya,dan kakinya ke atas. Para pelanggan yang lain terkejut,Alia dan Aila berpandangan.

Luqman tergamam campur terkejut,melihat keadaan itu dan menoleh ke arah dari mana terbangnya benda tu.

"Old hag? Aku sebaya pak cik kau la setan! Umur aku baru 27 tahun!!" Arjuma pula yang bengang kali ini.



TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now