CHAPTER 99 : NOAH ARK

1.3K 113 3
                                    


Luqman menguap panjang dan dilihat jam menunjukkan jam 6 pagi,tanda hampir masuk waktu subuh. Lantas dia turun dari katil dan capai tuala,mandi pagi memang aktiviti kebiasaan baginya.

Manakala di bilik Aminudden pula dia baru selesai mandi,sedang dia menghadap cermin kedengaran pintunya terselak oleh Ikhwan.

"Ouh dah bangun...." Ujar Ikhwan melihat Aminudden hanya dengan tuala.

Ikhwan menutup semula pintu dan Aminudden masih tergamam,kemudian sedar dan dikemam mulutnya.

"UNCLE!!!...." Jerit Aminudden.

"Amboih siapa pula menjerit pagi-pagi ni?" Yusri yang masih terlena terkejut.

"High pitching...." Raffie berkata selepas selesai mandi.

"Kenapa dengan anak aku sorang ni?" Razeedah kehairanan.

"Hmm... Ada-ada je la pagi-pagi buta ni..." Reezal menggelengkan kepalanya.

"Aminudden?" Alia kehairanan dan Aila pula hanya menggelengkan kepalanya.

Subuh mula berlalu dan matahari terbit dari timur,Ikhwan meregangkan tubuhnya dan memanaskan badannya. Pagi ini suhu masih lagi sejuk,festival mentari berlalu dengan pantas. Sekarang Luqman telah graduate dan tinggal Aminudden sahaja,dia tersenyum melihat dua orang anak saudaranya itu membesar.

Dia mengapungkan badannya kemudian terus terbang laju ke arah langit,Alisa sedar perkara namun dia hanya membiarkan sahaja suaminya itu. Ikhwan terbang meluncur laju di ruang udara,akhirnya kelihatan sebuah pulau terapung di hadapannya. Farhan dan Amien kelihatan di pintu masuk pulau tersebut,Ikhwan mendarat dan berjalan ke arah mereka berdua.

"Mana Zharief?" Soal Ikhwan.

"Tu...." Farhan menuding ke satu arah.

Kelihatan seorang lelaki rambut paras bahu,sedang mendongak ke atas memeriksa patung tugu naga. Ikhwan tersenyum dan menghampiri individu itu,sebaik dia menyedari kehadiran Ikhwan dia tersenyum.

"Its been a while,salah satu 10 Heavenly Spirit Beast...Salamander..the Dragon flame Zharief Al'Mazlie.. Heh..." Ikhwan menghulurkan tangannya.

"Yeah... Ruler of Flame,King of Dragon... Ikhwan Syah Al'Solleh..." Jawab Zharief membalas salaman tangannya.

"So apa yang membuatkan kau melawat sini? Jarang kau muncul...." Soal Ikhwan.

"Kau tahu kan mengenai lagenda Noah Ark...?" Soal Zharief pula.

"Yeah... Kapal yang pernah muncul seribu tahun lepas?" Soal Ikhwan menduga dan Zharief tersenyum.

"Yup.. Rupanya kapal tu cuma ada di atas ruang udara negara...." Jelas Zharief.

"Eh bagaimana pula boleh terjadi? Sebab aku kerap terbang kenapa aku tidak jumpa?" Soal Ikhwan memeluk tubuh.

"Sebab ada pelindung lutsinar,camouflage heh..." Zharief berkata dengan tersengih.

Ikhwan berfikir sejenak dan Farhan serta Amien dipanggil,diterangkan segala-galanya dan membuatkan Farhan serta Amien terkejut. Zharief hanya tersenyum melihat reaksi mereka.

"So maybe we should take a look..." Cadang Ikhwan dan Farhan bersetuju.

"Yeah agreed..." Amien sebulat suara.

"Follow me..." Zharief mula terapung,Ikhwan dan Farhan serta Amien turut berbuat perkara yang sama.

Mereka berempat terbang meluncur merempuhi angin dengan laju,ruang udara sunyi-sepi seolah-olah makhluk yang mendiami ruang udara tiada.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now