CHAPTER 20 : WORRIED

1.5K 127 7
                                    

Azren menghela nafas lega,kerana berjaya memujuk Intan. Dia hanya ketawa kecil mengingati semula dia memujuk Intan,ego tunangnya memang tinggi menggunung. Azren kadang-kala tertanya-tanya,adakah dia mampu mengawal keadaan jika sudah berkahwin nanti.

Sedang dia berjalan sepasang mata memerhatikannya,kemudian jalannya dihalang oleh seseorang dan dia terkejut dengan kehadiran orang tersebut.

"Azren Al'Said..." individu itu ialah Ikhwan berdiri di hadapannya merenung tajam tepat pada anak mata Azren.

"Sixth?" Azren terkejut dan seperti merasai daya bunuh yang kuat.

"Ikut aku..." ujar Ikhwan lenyap.

"Huh? Eh?!" Azren terkejut kemudian Ikhwan muncul di hadapannya semula begitu rapat.

Ikhwan merenung tajam ke arahnya,Azren tersengih dan tertanya-tanya apakah salah dia kali ini. Bahunya disentuh oleh Ikhwan,Azren terkejut dan dengan pantas dia sudah berada di lokasi jauh dari istana.

"Err...Sixth...did I do something wrong?" Soal Azren gugup.

"Its not about you..." ujar Ikhwan.

"Huh? Then?" Soal Azren lagi.

"Avesta...keluar kau sekarang.." ujar Ikhwan dingin.

Tanpa menunggu lama satu cahaya keluar daripada tubuh Azren,dan menjelma satu imej gergasi di hadapan Ikhwan. Avesta naga hitam berkepala tiga,Ikhwan merenungnya tajam.

"Err...hi..raja naga...hehe.." kata Avesta kepala tengah.

"Bila kau pilih hos baru kau?" Soal Ikhwan dingin.

"Dua tahun lepas,dan selepas beberapa bulan tuan berkahwin..." jawab Avesta di kepala sebelah kiri.

"Jadi Azren...kau ada balik dua tahun lepas?" Soal Ikhwan memandangnya.

"Err...." Azren menguis kedua jari telunjuknya.

"Ada ke tak ada?" Soal Ikhwan lagi.

"Ada...." jawab Azren.

"Ouh...." kata Ikhwan menyalakan api birunya,Azren dan Avesta serentak terkejut.

"Sepatutnya Intan kena tampar kau dengan kuat sampai masuk wad..." kata Ikhwan matanya menyala cahaya berwarna biru.

Azren dan Avesta tersengih paksa,namun Ikhwan hanya menggelengkan kepalanya dan beredar. Avesta kembali masuk dalam tubuh Azren,langkah Ikhwan terhenti.

"Lagi satu..." kata Ikhwan membelakangkan Azren.

"Huh?..." Azren memandang ke arah Ikhwan yang membelakangkannya.

"Jangan simpan masalah kau dengan sendirian..." ujar Ikhwan terus hilang ditelan cahaya.

"Apa maksud dia tu?.." soal Azren menggaru kepala.

"Dia tahu apa masalah kau la apa lagi...." ujar Avesta dengan tiba-tiba.

"Alamak...." Azren menekup kepalanya.

Luqman menarik nafas panjang,kemudian dinaikkan kedua tapak tangannya paras dada. Nafas dihembus dengan mendatar,ki ditumpukan dan Iris memerhatikan daripada tepi.

"Bagus...keep it like that..." ujar Iris dengan tenang.

Luqman mengangguk faham kemudian dia menghayunkan penumbuknya ke hadapan,dan ditarik semula kemudian hayunan penumbuk sebelah kiri pula dilepaskan. Iris memerhatikan sahaja daripada tepi,dia diminta oleh Ikhwan supaya membantu Luqman mengawal ki dengan lebih baik.

"Abang aku ni memang suka menyusahkan orang la.." rungut Iris sendirian.

Luqman melakukan hayunan tangan berulang-kali,dan menyeret kakinya separa sfera. Serentak berpusing lalu dihayunkan penumbuknya sekali lagi,dia kehairanan kenapa ibu saudaranya tiba-tiba ingin melatihnya.

"Err...auntie? Can't I asked you a question..?" Soal Luqman.

"Yeah...what's it?" Iris membalas sambil tersenyum.

"Kenapa auntie tiba-tiba saja yang latih saya? Uncle Ikhwan mana?" Soal Luqman.

Iris hanya menyilangkan tangannya pada tubuh,kemudian menghela nafas pendek dan memandang Luqman.

"Apa yang auntie ajar,adalah apa yang akan uncle ajar...jadi perkara ni bukan masalah besar..." balas Iris lagi dan Luqman sekadar mengangguk sahaja.

"Ouh...." Luqman sekadar mengangguk faham dan Iris berjalan menghadapnya.

"Kami tak nak kehilangan awak Luqman...faham?" kata-kata Iris membuatkan Luqman kehairanan.

"Apa maksud auntie? Luqman tak faham..." soal Luqman mengerutkan dahinya.

Iris tidak menjawab dan dia segera beredar meninggalkan Luqman yang terpinga-pinga,pemuda itu sekadar mengusap belakang kepalanya dan menghela nafas pendek.

♎♎♎♎♎♎♎

Luqman bersiar-siar di kawasan istana,kelihatan para kesatria sedang berlatih magis dan bertarung. Dia meletakkan lengan pada palang,lalu memerhatikan gerak-geri para kesatria Mentari.

Semasa dia kecil bapanya,iaitu raja sekarang ini Reezal Al'Solleh memberi pilihan sama ada menjadi putera biasa. Ataupun menjadi seorang putera yang membantu para kesatria di medan kecil,ketika itu dia kecil lagi namun dia memilih untuk yang kedua.

"Did I choose the wrong choice...?" Soalnya sendirian.

"Pilihan tu tak salah...tapi hati kau tu.." satu suara menegur.

"Huh?.." Luqman mengangkat kepala dan menoleh ke arah suara tersebut.

"Huh? Master Raven..." Luqman terkejut dengan kehadiran Raven.

"Tuan putera runsingkan sesuatu ke?" Soal Raven tersenyum dan menurunkan cermin mata hitamnya.

"Its nothing..by the way,master dari mana ni?" Soal Luqman menukar topik.

"Visiting my brother grave..." jawab Raven tersenyum kelat.

Luqman mengangguk dan kembali memandang ke arah kesatria yang sedang berlatih itu,kemudian tidak lama selepas itu kelihatan Siddiq muncul menghampiri para kesatria yang sedang berlatih. Siddiq seperti berbual mengenai sesuatu,nampaknya hubungan Siddiq dan para kesatria amat baik.

"That kid..." suara Raven menegur kesunyian.

"Huh?" Luqman menoleh ke arahnya.

"Siddiq lebih murah tersenyum,selepas ibunya telah kembali..." ujar Raven tersenyum.

Luqman tidak menjawab ataupun memberi pandangan,dia mengingati semula bayang hitam yang mengawal Lana. Dia tertanya-tanya apakah benda itu,kuasa itu sama seperti daya kuasa milik Horrus.

Siapa Horrus ni?

Musuh atau kawan?

Apa motif dia?

Semakin lama difikir,semakin serabut otak dia dibuatnya. Raven sedar apa yang berlaku,namun atas permintaan Ikhwan dia terpaksa merahsiakannya.

"Putera muda..." Raven memanggil Luqman.

"Master Raven?" Luqman memandangnya.

"How bout we lunch together?" Raven memberi cadangan.

"Sure...I'm starving..." balas Luqman dan Raven sekadar tersenyum sahaja.

Lantas Raven dan Luqman menuju ke arah kafeteria istana,pada masa yang sama Raven berbalas pandangan dengan Ikhwan daripada jauh. Mereka berdua sekadar mengangguk faham apa yang perlu dilakukan,Alisa hanya memandang Ikhwan sayu dan mengerti suaminya merisaukan Luqman.

Manakala ketika itu di bilik makmal akademi,Akif seperti sedang risaukan mengenai sesuatu.

"Aku kena selesaikan formula tu!...."





TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now