CHAPTER 73 : GHOST SQUAD

1.3K 119 5
                                    


Luqman meregangkan ototnya dan kini dia berada hospital,berita baik baginya kerana Siddiq sudah mula sedar.

Namun

Nazryn masih lagi belum sedarkan diri,Nurul sendiri tidak tahu apakah sebabnya.

Nazrul menyentuh bahunya,dia tahu apa yang bermain di kepala rakannya.

"Jangan risau sangat,Nazryn ni kuat...dia mesti bangun nanti..." Nazrul tersengih menampakkan giginya berkilat itu.

Luqman sekadar tersenyum kelat mendengar pujukan rakannya,Siddiq pula sedang berbual mesra dengan Laila. Seperti biasa Laila akan membantu di hospital bila di hujung minggu,Layla hanya memerhatikan dua orang remaja itu.

"Risau ke?..." Nazrul menyoal.

"Risau? Mungkin.. Tapi tengok pada budak tu,tak ada la teruk sangat..." Jelas Layla menyandar pada dinding.

"Awak tak balik ke dari hari tu?" Soal Intan pada Aqirah sedang duduk memerhatikan keadaan abangnya yang masih tidak sedarkan diri.

Aqirah tidak menjawab dan sekadar menundukkan kepala,Intan memeluk sahabatnya itu dengan bertujuan untuk memberi semangat.

Luqman tersenyum kelat dan memandang ke arah Siddiq yang diperiksa oleh jururawat,Laila hanya memerhatikan dari tepi sahaja. Ini kerana shift dia sudah tamat tengahari tadi,Siddiq hanya memerhatikan jururawat tersebut sehingga jururawat itu beredar.

"Kenapa kau pandang nurse tu sampai macam nak tanggal mata kau?" Soal Luqman berjalan menghampiri.

"Hurmm...D,besar gak.." Mendengar jawapan Siddiq membuatkan Luqman geram.

"Baik kau koma balik!" Luqman mengkarate belakang leher Siddiq.

"ADOI!"

Aminudden pula masih belum sedar dari pengsan,mungkin kerana hentakan dulang titanium tadi amat kuat. Falcon atau nama sebenarnya,Flare menggelengkan kepala melihat keadaan Aminudden yang masih tidak sedarkan diri.

"Woi Aminudden...bangun la..." Flare mengejutkannya.

Aminudden menggerak-gerakkan matanya masih tertutup,Flare mula hilang sabar dengan keadaan itu dan terus mematuk dahinya.

"ARGH!!"

Jeritan Aminudden mengejutkan Luqman dengan yang lain,Alia yang sedang duduk di sebelah turut terkejut. Flare yang berada dalam tubuh Aminudden tersengih puas sambil mengangguk-angguk.

"Hehehe...."

"Kurang asam kau burung tua! Kau patuk aku? Kau ingat aku popcorn ke apa ha?..." Ujar Aminudden dengan geram.

"Kau apa hal Am?" Soal Luqman.

"Yelah tiba-tiba je bangun lepas tu menjerit cam orang gila pulak..." Intan mencelah.

"Flare patuk aku... Kurang ajar tul!" Keluh Aminudden.

"Flare?" Nazrul kehairanan.

"Itu nama spirit beast dia..." Azren memberi jawapan.

"Ouh...." Layla yang mendengar mengangguk faham.

"Tapi apa beza tahu nama spirit beast?" Soal Nazrul.

"Itu penting...." Aminudden yang terdengar soalan itu mencelah,dan semua mata memandang ke arahnya kecuali Aqirah yang dipujuk oleh Intan.

"Penting?..." Soal Nazrul lagi.

"Ya...itu tanda spirit beast menerima kita,macam abang aku..dia ada dua spirit beast dan juga tahu nama kedua spirit beast...dengan tahu nama spirit beast memberi kita menggunakan seluruh potensi kuasa spirit beast kita..." Jelas Aminudden panjang lebar.

Semua tercengang dengan penerangan Aminudden,Luqman sekadar mencebik dan mengangguk kepalanya. Alia terdiam apabila mendengar penjelasan Aminudden,Aila pula mengangguk faham dengan penerangan Aminudden.

"Kau tahu jugak hal ni..." Luqman berkata sinis.

"Aku tahu semuanya..kecuali nombor..." Jawab Aminudden.

"Tapi aku pelik,dalam exam kau mampu capai 90 markah dalam math?" Luqman menyoal lagi.

"Jangan tanya aku tak nak ingat...." Jawab Aminudden dan Siddiq pula sekadar mendengar perbualan mereka berdua sahaja.

"Dia benci matematik..." Ujar Nazrul.

"Tapi dia mampu capai 90 markah ke atas..." Tambah Layla kagum.

"Itu namanya si bodoh yang genius..." Ujar Siddiq dengan tersengih.

"Aku benci math je okay,subjek lain aku minat ya..." Jawab Aminudden.

"Strategi peperangan..?" Soal Luqman dengan selamba.

"Aku lebih suka di barisan hadapan..." Jawab Aminudden lagi dengan bangga.

Sedang mereka berbual dengan tiba-tiba,pintu bilik wad terbuka dan kelibat Ikhwan kelihatan. Luqman dan Aminudden kehairanan,Ikhwan melangkah masuk dan seseorang mengekorinya.

Apa yang membuatkan mereka tambah terkejut,individu itu memegang tangan Ikhwan. Seorang gadis berambut perak,dan dua bilah pedang tersisip kemas di belakang pinggang gadis tersebut.

"Nampaknya kamu dah bangun Siddiq,baguslah...." Ujar Ikhwan tersenyum.
"Err... Terima kasih Sixth,sudi datang ziarah saya...." Siddiq menunduk hormat.

"Your welcome...huh? Kenapa kamu semua pandang aku macam tu?" Soal Ikhwan apabila semua memandangnya tidak berkerdip mata masing-masing.

"Uncle siapa sebelah uncle?" Soal Intan dan gadis kecil itu menyorok belakang Ikhwan dengan segera.

"Huh? Ah..dia? Ouh ya..kenalkan,ahli dari unit Ghost.. Code 00 Felicia.." Ikhwan berkata sambil menyentuh bahu gadis itu,telinga musangnya bergerak memerhatikan semua remaja yang memandangnya.

"Waa....dia salah seorang ahli unit Ghost? Unit yang menjadi bualan semua kesatria?.." Soal Azren.

"Yeah...buat masa ni ahli mereka baru lima orang...." Jawab Ikhwan tersenyum memandang gadis kucing yang memeluk pinggangnya.

"Felicia... Say hi...don't afraid.." Ujar Ikhwan dengan lembut menolak gadis kucing bernama Felicia ke hadapan.

"Err... Urm..saya dari unit squad Ghost,code 00 Felicia...selamat berkenalan...." Felicia menunduk hormat.

"She can talk?" Soal Aminudden.

"Memang la.. Dia kan half human,half animal bengong..." Luqman berkata sambil mengetuk lembut kepala adiknya.

"Mana la aku tahu..aku belum pernah jumpa..." Jawab Aminudden.

"Oi yang akak Chloe tu siapa? Senget la kau ni...." Balas Luqman sambil menggelengkan kepalanya.

"Haah... Hampir lupa... Hehe..." Ujar Aminudden.

"Itu pun boleh lupa...makan kau ingat pula..." Luqman menyindir.

"Makan rutin harian,memang la aku ingat..." Balas Aminudden selamba.

"Ada saja jawapan..."

"Mesti la..."

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now