CHAPTER 41 : NEW DEAL

1.3K 124 3
                                    


Putera negara Neo Johor yang diculik oleh organisasi yang tidak bertanggungjawab,berjaya diselamatkan oleh skuad yang diketuai oleh Ikhwan. Namun masalah tidak habis begitu apabila Luqman mula terasa kesan dari kuasa Fallen,masalah bertambah berat apabila Horrus dan seorang rakannya muncul.

Mujur Ikhwan muncul tepat pada masanya menghalang kemaraan Horrus,Luqman yang masih menahan sakit sekadar mampu mendiamkan diri. Horrus merasakan tekanan yang kuat datang dari lelaki yang digelar raja naga itu,rakan perempuan itu menghampiri Horrus dan Ikhwan sekadar mendiamkan diri.

Sedang mereka berbalas pandangan,Ikhwan hanya dengan selamba mengeluarkan telefon visual pintar miliknya. Horrus dan rakannya berpandangan tidak faham,Luqman hanya memerhatikan sahaja kerana tubuhnya sedang kesakitan.

"Hello Akira?" Ikhwan mula berbicara.

"Yes?....ehem..yeah...okay.." lokasi berubah di mana Akira berada,Hazama hanya menunggu berita sahaja.

"Yes saya faham shisou...nanti saya akan pulang.." kata Akira.

"Ba-bagaimana?" soal Hazama dan Akira hanya tersengih serta menunjukkan isyarat keamanan.

"Syukur ya tuhan...." ujar Hazama berdoa pada yang Esa.

Ikhwan menyimpan semula telefon miliknya dan dia memandang ke arah Horrus,renungan mata Ikhwan yang tajam membuatkan Horrus dan rakannya tersentak. Seolah-olah seekor naga merenung dan ingin menelan mereka hidup-hidup,naga itu menunjukkan taring lalu mengaum dengan kuat dan mereka berdua melutut dengan tiba-tiba. Ikhwan sekadar memerhatikan mereka sahaja.

"Apa yang kau nak dari anak saudara aku?" soal Ikhwan dan Horrus bangun serta membantu rakan perempuannya.

"Juga siapa kau?..." soal Ikhwan lagi memandang ke arah perempuan itu.

"Nama saya Sillica...tuan..." ujar gadis itu.

"Baiklah jawapan untuk soalan nombor satu aku?" soal Ikhwan sambil memandang ke arah Horrus.

"Maafkan saya...kami tidak berniat nak cederakan anak saudara awak..." ujar Horrus cuba menenangkan Ikhwan dari api kemarahan.

"Aku nak jawapan bukan? Bukan nak mengomel perbualan..." kata Ikhwan lagi.

"Tuan tahu bukan setiap Fallen ada sumpahan mereka...?" soal Sillica dan Ikhwan tidak menjawab sekadar merenung mereka berdua.

"Sum...pa...han..?" soal Luqman cuba bangun dengan susah payah.

"Ya..Luqman sumpahan itu ada pada kami,pada awak dan pada setiap Spirit Beast Fallen..." jelas Horrus dan Ikhwan sekadar mendiamkan diri.

"Ha..?" Luqman kaget dengan kenyataan itu.

"Kuasa Fallen dianggap sumpahan dan malapetaka...aku hidup selama ribuan tahun masih belum ada orang yang mampu meleraikan sumpahan ini...tidak dengan kuasa seorang saja.." jelas Horrus dan Sillica mendiamkan diri.

"Tidak mahu mana-mana pengguna mati,jadi kau bergerak sebagai Spirit Beast tanpa tuan?" soal Ikhwan sambil menyeluk tangan di saku seluarnya,Horrus mendiamkan diri sahaja.

"Talk about kindness huh?" Ikhwan tersenyum sinis.

"Na-nanti...ha..ha..." Luqman bersuara.

"Huh?..." Ikhwan dan Horrus serta Sillica memandang ke arahnya.

"Ta-tadi kau kata a-ada...pengguna kuasa Fallen y-yang lain..." ujar Luqman dan Horrus menunddukkan kepala.

"Ada dua orang lagi selain kamu bertiga..." ujar Ikhwan dan Horrus terkejut.

"Huh?..." Sillica kehairanan.

"Lana Al'Ibrahim dan Yami atau Yumi Kanzaki..." tambah Ikhwan lagi.

"Lana? Maksud uncle..ibu Siddiq?" soal Luqman tidak percaya,Ikhwan hanya mengangguk sahaja.

"Horrus..." Ikhwan memanggil nama Horrus dan orang itu tersentak.

"Aku sudah minta Farhan Al'Tuzeman dan Amien Khaizo Al'Dani cari dua dari lima relic..." jelas Ikhwan dan Horrus serta Sillica terkejut.

"Kenapa kau beritahu kami?" soal Horrus.

"Sebab tanpa bantuan aku,korang tidak ada cara lain..." jelas Ikhwan dan Horrus tersentak.

"Errgh....." Horrus mengepalkan penumbuknya.

"Aku tunggu jawapan positif dari korang..." kata Ikhwan dan menghampiri Luqman.

"U-uncle?...." Luqman kehairanan apabila Ikhwan menyentuh bahagian dadanya.

Horrus dan Sillica turut kehairanan kemudian Ikhwan menumpukan kuasanya lalu dilepaskan,Luqman merasakan kesakitan itu mula hilang dan Horrus serta Sillica tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Eh? Sakit dah hilang! Thanks uncle!" kata Luqman tersengih.

"Apa? Mana mungkin!" Horrus terkejut.

"Jangan suka sangat...uncle cuma lambatkan kesan dia...tidak bermakna kesakitan itu tidak akan datang..." jelas Ikhwan dingin kemudian memandang ke arah Horrus dan Sillica.

"Horrus aku akan uruskan hal Lana...dia guru aku..boleh aku serahkan Yumi Kanzaki pada kau?" Horrus terkejut dengan permintaan Ikhwan.

"Kau percayakan aku Raja Naga?" soal Horrus.

"Tidak...tapi kau tak nak mati bukan?" Ikhwan membalas dingin soalan Horrus,Sillica mula geram dengan kata-kata Ikhwan.

"Kau berani berkata begitu..KAU FIKIR KAU SIAPA HUH?!!" Bentak Sillica.

"Sillica...?" Horrus tersentak dengan tindakan Sillica,Ikhwan hanya memandang ke arah Sillica dengan dingin.

"Dan kau siapa nak persoalkan tindakan aku?" Ikhwan membalas.

Sillica berang dan terus mengaktifkan magik graviti,Luqman terduduk disebabkan kuasa magik graviti tersebut. Ikhwan hanya mendiamkan diri dan Sillica mengetap gigi,kemudian menghasilkan ais ungu dan membentuk benda tajam lalu dia meluru ke arah Ikhwan.

"MATI!!...." Sillica meluru ke arah Ikhwan dan Luqman tidak mampu berbuat apa-apa.

"Sillica! DON'T!!" Horrus memberi amaran namun tidak diendahkan oleh Sillica.

"Sia-sia sahaja.." Ikhwan segera memetik jarinya dan bulatan magik graviti hancur.

"APA?" Sillica terkejut dan Ikhwan menyalakan api birunya.

"DRAGON TRIGGER.." Ikhwan melibaskan perlahan lengannya dan api biru menyambar Sillica lalu meletup serta tercampak.

"AHHH...!!!" Sillica menjerit kesakitan serta disambut oleh Horrus.

"Sillica! Hey! Sillica!!" Horrus cuba menyedarkan Sillica namun gagal,mujur juga kecederaan tidak teruk cuma calar sahaja.

"Bertenang...dia tak mati,aku tak sekejam itu..." ujar Ikhwan dan Horrus menoleh ke arahnya.

"But if she resist again...she will die..." jelas Ikhwan lagi.

"Uncle....." Luqman terkejut dengan kata-kata bapa saudaranya.

"Baiklah kami akan ikut apa yang kamu arahkan..." Horrus bangun mendukung Sillica.

"Good...I'm waiting good news from you..." ujar Ikhwan dan Horrus mengangguk kemudian hilang ditelan aura gelap.

"Uncle apa maksud semua ini?" soal Luqman dan Ikhwan sekadar memandangny,kemudian bapa saudaranya tidak menjawab dan beredar.

"UNCLE!!" Bentak Luqman tidak puas hati,langkah Ikhwan berhenti dan memandang ke belakang.

"Sorry Luq...can't you give uncle a time?" ujar Ikhwan lembut.

"Uncle....." Luqman sedikit terkejut melihat riak wajah bapa saudaranya.

"When that time come...I'll tell you everything..." kata Ikhwan lagi.

"Better you promise..." balas Luqman mukanya serius.

"Yeah...promise..." jawab Ikhwan selamba dan beredar.

"Damn it you old man..." kata Luqman tersengih.

TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now