CHAPTER 31 : LUQMAN DILEMMA

1.4K 113 0
                                    


Luqman berjalan di tepi tasik dan kali ini bersendirian,Aila pula cuba mengelak dengannya dan sudah beberapa hari Aila tidak hadir di akademi. Luqman mukanya seperti tiada jiwa,dia tidak mengambil peduli keadaan sekeliling.

Luqman menongkat tangannya pada palang yang diletakkan di tepi tasik dan memerhatikan keadaan air yang tenang ketika itu. Gelagatnya diperhatikan oleh seseorang dari jauh,sambil menyilangkan tangannya.

"Luqman?..." satu suara menegur,Luqman menoleh ke arah suara itu.

"Auntie Iris...ambil angin je.." ujar Luqman berdalih dan Iris menghampirinya.

"Ye ke ni..atau ada kena-mengena dengan Aila.." ujar Iris memancing dan Luqman sedikit terkejut.

Luqman sekadar tersenyum pahit dan memandang ke arah tasik,suasana tasik ketika petang agak meriah dengan beberapa keluarga berjalan bersama. Iris hanya memerhatikan Luqman dan menggelengkan kepalanya,Iris mengusap kepala Luqman dengan lembut.

"Auntie?..." Luqman kehairanan.

"Auntie boleh jadi pendengar..." ujar Iris tersenyum.

Luqman sekadar menoleh semula ke tasik,pandangannya kosong dan bosan kerana kebiasaan dia ditemani oleh Aila. Pada masa itu dia tersentak dan hatinya seperti sakit,Luqman memegang dadanya.

"Setiap kali saya terfikirkan Aila..." Luqman memulakan kata-katanya.

"Bahagian sini sakit..." ujar Luqman berkata dengan nada perlahan,Iris sekadar mendengar sahaja.

"Apa perasaan Luqman pada dia?" soal Iris.

"Saya tak tahu dan tak pasti tentang perasaan sebenar saya.." tambah Luqman lagi,Iris hanya tersenyum sahaja.

"But...seeing her like that..." kata Luqman menundukkan kepalanya.

"Its hurt...." tambah remaja itu lagi.

Iris sekadar tersenyum mengangguk sambil memejamkan matanya,dia membuka dan memandang ke arah tasik. Ada beberapa pasangan bercinta sedang berada atas sampan,berkayuh sekitar tasik yang luas itu.

"Auntie cuma boleh katakan Luqman sekarang cintakan Aila..." ujar Iris tersenyum dan Luqman tercengang dengan kata-kata ibu saudaranya.

"Baiklah auntie minta diri dulu..ada urusan..jangan balik lewat sangat..kamu bukan remaja biasa.." tambah Iris beredar sambil melambai tangannya.

Luqman memerhatikan ibu saudaranya beredar sehingga tidak lagi kelihatan bayangnya,kemudian dia pula beredar berlainan arah daripada ibu saudaranya sebentar tadi. Tangannya diseluk ke dalam saku seluar,angin bertiup lembut membuatkan suasana menjadi dingin.

Luqman mendongak ke atas langit dan wap keluar daripada mulutnya,zip jaketnya ditarik sehingga naik ke paras leher dan menyambungkan langkahnya. Mindanya pula kembali ingat setiap kali bertemu Aila,wajahnya langsung tidak mahu dipandang oleh gadis tersebut. Dia mencengkam kawasan dadanya,nafas Luqman mengah dengan tiba-tiba.

"Its hurt...why...."

Arjuma Cafe

Arjuma dan para pekerjanya seperti Hairil,Nina juga Rasif memerhatikan Luqman dalam keadaan seperti mayat hidup. Hairil menyenggol bahu Arjuma dengan tiba-tiba,lelaki itu kehairanan dengan tindakan Hairil.

"Boss rapat dengan putera kan..pergilah tanya..." pinta Hairil.

"Haish tak kuasa la aku nak sibuk hal orang lain!.." Arjuma mengangkat sebelah keningnya.

Arjuma memandang ke arah para pekerjanya yang lain,Rasif dan Nina turut memandangnya dingin. Mereka turut bersetuju meminta Arjuma memujuk Luqman,keluhan dilepaskan dan geram kerana para pekerjanya pula membulinya.

Luqman termenung memerhatikan keadaan hujan yang turun di luar,malang nasibnya kerana dalam perjalanan dia untuk pulang ke istana hujan turun dengan tiba-tiba. Seseorang datang ke arahnya dan duduk di hadapannya,Arjuma menghela nafas pendek sambil memerhatikan keadaannya.

"Uncle?..." Luqman terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.

"Apa kena dengan kau ni?" soal Arjuma menyandar pada kerusi.

"Huh? Apa maksud uncle? Saya okay la..." ujar Luqman tetapi matanya memandang ke arah lain,Arjuma sekadar memerhatikan tingkah laku remaja itu.

Hujan yang lebat tetap turun tanpa henti,seolah-olah memahami perasaan Luqman dan Aila yang sedang berkonflik. Dua remaja itu melayani perasaan masing-masing,berlainan lokasi namun berkongsi perasaan yang sama.

"Ada masalah ke dengan girlfriend?" soal Arjuma selamba dan Luqman yang sedang menyedut minuman tersedak.

"Uhuk! Uhuk! M-mana ada..?" kata Luqman berdalih sambil mengesat bibirnya,Arjuma merenungnya dingin tanpa bersuara.

"I'm not born yesterday..." ujar Arjuma sambil menghela nafas pendek.

"Huh?..." Luqman terkejut dan kehairanan.

"Orang yang sedang bercinta dan sedang bergaduh...aku tahu macam mana riak air muka diorang....jadi muka kau antaranya..." ujar Arjuma memejamkan matanya sebelah,sambil menongkat sebelah pipi kanannya.

Luqman menghela nafasnya dan memberikan penjelasan dengan apa yang berlaku,Arjuma sekadar mendengar sahaja dengan teliti. Kadang kala dia mengangguk faham,dan menggelengkan dengan apa yang diceritakkan oleh Luqman.

"Jadi kau tak berusaha nak pujuk dia?..." soalan Arjuma membuatkan Luqman tersentak.

"Err.....ADOI!!..." Sedang Luqman berfikir kepalanya dihinggap hempukan dulang dengan tiba-tiba,menyebabkan Hairil,Nina dan Rasif terkejut.

"ADOI!! WHAT THE HECK WAS THAT FOR?!.." Bentak Luqman tidak berpuas hati.

Hujan masih lagi turun dan kawasan jalan raya masih lagi sesak dengan kenderaan empat roda,Arjuma dan Luqman berbalas renungan manakala Luqman menahan sakit akibat hempukan dulang daripada Arjuma.

"Ha....kau memang lembab soal cinta ya?" soal Arjuma sambil menghela nafas pendek.

"Apa maksud uncle? ADUH!.." Sekali lagi hempukan dulang pada kepala Luqman.

"Aku dah cakap kau memang lembab! Kau tak nak fikir betul-betul.." ujar Arjuma.

"Just spill the bean!...I don't get it at all..!!" kata Luqman dan terkejut melihat aura Arjuma di sebalik gelap sambil memegang dulang.

"Ekk!!!...." Luqman memegang kepalanya sambil memejamkan kepalanya.

"Haa...." Arjuma menghela nafas pendek,kemudian dulang diletakkan semula di meja.

"Huh?..." Luqman kehairanan.

"Putera...awak ada tanya pada diri awak?" soal Arjuma menongkat dagunya.

"Soal pada diri saya?" Luqman tidak faham dengan maksud Arjuma.

"Haa.....soal pada diri awak...apa perasaan sebenar awak pada Aila..." jelas Arjuma lagi dan pada masa itu Luqman terdiam.

Arjuma tersenyum dan Luqman pula menundukkan kepalanya,matanya dipejam dan nafas ditarik lalu dihelakan untuk berfikir dengan tenang. Mindanya bermain segala yang berkaitan pada Aila,senyuman dia,riak air muka dia yang dingin dan juga segala-galanya tentang dia. Luqman membuka matanya dan terkejut,Arjuma sekadar tersengih kerana Luqman faham apa yang patut dia lakukan.

"Thanks uncle!..." ujar Luqman meletakkan duitnya pada meja kemudian beredar,Arjuma hanya mengangguk dan menghela nafas lega.

"Bye abang Rasif! Abang Hairil dan kak Nina!.." kata Luqman berlari sambil menarik pintu kafe.

Kling!






TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™Where stories live. Discover now