BAB 4

16.2K 681 8
                                    

Encik Johan menamatkan kuliahnya lebih awal dari kebiasaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Encik Johan menamatkan kuliahnya lebih awal dari kebiasaan. Ada miting katanya. Tapi sempat dia menyerahkan tugasan untuk pelajar-pelajarnya. Walaupun final exam lambat lagi tetapi dia tetap perlu menyediakan pelajarnya bagi penilaian berterusan selain daripada penilaian akhir.

Aku mengemaskan meja, menyimpan segala barang ke dalam beg sandang.

"Sara, Hana. Jom, join kitorang lunch kat kafe B," pelawa Aizad, classmateku.

Aku dan Sara berbalas pandangan. Kami menghantar isyarat mata dan kepala. Setelah sepakat bersetuju, aku dan Sara beriringan bersama Aizad, Hakim dan Fikri ke Kafeteria B yang terletak tidak jauh dari dewan kuliah.

Setibanya dia kafe, aku memaut lengan Sara dan mengheretnya terus ke meja yang disediakan. Kami meletakkan beg dan menuju ke bahagian buffet.

Aku memilih nasi putih, ayam masak lemak cili api dan sayur kobis. Sara yang pening memikirkan menu apa yang hendak dipilih akhirnya mengambil keputusan untuk memilih menu yang sama dengan aku.

Kembali ke meja, Aizad dan Fikri sudah bersedia untuk menjamu selera. Manakala Hakim masih di kaunter membayar makanan. Aku ke sinki bersama Sara, mencuci tangan sebelum makan.

Sambil makan, kami selitkan perbincangan mengenai tugasan yang baru di berikan oleh Encik Johan tadi.

Seseorang berdehem membuatkan seisi meja berpaling. Aku menelan air liur. Kelat.

"Petang ni jangan lupa turun padang training. Siapa ponteng, aku kick dari team," ugutnya seraya menepuk lembut belakang Aizad.

"Aye, aye captain!" Sahut ketiga-tiga pemuda di hadapanku, membuat gaya ala-ala tabik hormat.

Sekilas matanya bertembung dengan mataku. Pantas aku menundukkan wajah. Hai, kenapalah jumpa dia lagi?

"Wei, korang kenal dia?" Soal Sara sebaik sahaja lelaki itu berlalu pergi.

"Siapa, Faiz? Gila tak kenal? Tu kapten ragbi poli. Kapten kitoranglah. Kenapa?" Soal Aizad.

Tanpa menjawab soalan Aizad, Sara memandangku.

"Mamat tu bukan ke yang dekat parkir haritu ke, Hana?"

"Eh, mamat mana pula ni? Aku tak ingatlah," ujarku cuba berdalih.

"Aik, takkan kau dah lupa pasal kun..."

Belum sempat Sara menghabiskan ayatnya, aku memotong.

"Wei, korang! Lama dah tak pergi tengok wayang. Jom pergi weekend ni nak?".

"Aku on je. Sesekali kena juga berhibur ye dak?" ujar Hakim yang sedari tadi membisu.

"Aku pun takda hal. On je," balas Fikri.

Kata sepakat dicapai. Aku menarik nafas lega bila berjaya mengubah topik berkenaan lelaki bernama Faiz itu.

Sara kelihatan tidak berpuas hati dengan respon daripadaku. Aku tahu lambat laun Sara akan mempersoalkan isu ini juga dan aku perlu bersedia menjawab.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now