BAB 79

13.4K 496 33
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


5 tahun kemudian.

Aku baru selesai menunaikan solat subuh sebelum keluar dari bilik. Rumah ibu dan abah dah macam kilang. Penuh dengan barang-barang untuk dipacking.

Ya, esok malam adalah majlis akad nikah aku dan Faiz. Lima tahun kami menyulam cinta, akhirnya tahun lalu rombongan sebelah pihak lelaki datang ke rumah. Bertemu ibu dan abah. Majlis merisik dan bertunang dilakukan serentak.

Terasa seperti bermimpi. Mimpi melihat gaun pengantin tersangkut di almari bilikku, katil dan bilik yang sudah mula dihias simple tapi cantik. Dulang hantaran tersusun elok di tepi dinding. Semuanya pastel colour. Warna favouriteku. 

Sepanjang hari itu, aku sibuk menguruskan dan membantu apa yang perlu. Tengahari, Sara dan Medina serentak tiba. Lima tahun ni banyak yang sudah berlaku. Guess what? Medina dan Khairul dah selamat disatukan setahun lalu. Malah kini mereka sudah punya seorang baby. Baru berusia dua bulan lebih. Bunting pelamin tu. Ops!

Sara dan Saif juga sudah bertunang. Dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Tahun yang sama dengan aku dan Faiz. BFF sangat kan? Ouch!

Remember Baihaqi dengan gadis Myvi dulu? Setelah beberapa kali cubaan menawan hati gadis bernama Armel itu, akhirnya cintanya diterima. Tak sia-sia lelaki itu menunggu lama. 

"Hana! Oh My God! Aku tak percaya yang kau dah nak kahwin, beb!" Jerit Sara sebaik sahaja kami bertemu dan berpelukan.

"Aku pun rasa macam mimpi. Weh, masuklah. Ibu aku dari tadi tanya bila Sara nak sampai? Sara dah sampai ke?".

Kami ketawa serentak.

Kemudian Sara masuk ke dalam rumah mencari ibu di dapur.

Tidak lama kemudian, Medina dan Khairul pula tiba. Sungguh aku terharu melihat kawan-kawan yang sudi datang dari jauh semata-mata untuk majlisku.

Melihat Medina mendukung baby, aku melompat kegirangan. Terus sahaja aku berlari je arahnya.

"Dina!! Rindu kau beb!"

Aku hampir menjerit namun terhenti sebaik menyedari kehadiran si kecil yang sedang lena tidur di dalam dakapan ibunya.

"Oh, sorry Aunty Hana is over excited. Well, hello little girl! Ya Allah, comelnya dia! Geram!"

Aku mencuit pipi montel milik Sofea. Seketika anak kecil itu menggeliat. Aku ketawa melihat telatahnya.

"Jemput masuk, Dina..Khai. Mesti penat. Jauh-jauh korang datang untuk aku. Thanks, tau?" 

"Tahniah, Hana..," ucap Khairul. Aku tersenyum.

Malam itu kawan-kawanku berkumpul di homestay yang telah aku sediakan khas untuk mereka. Bersebelahan dengan homestay rombongan pihak lelaki. Faiz juga sudah tiba. Setelah hampir 2 bulan tidak berjumpa, esok kami bertemu di majlis pernikahan. Dalam berdebar, aku teruja mahu bertemunya. Rindu!

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now