BAB 65

10.2K 354 13
                                    

Esok aku akan memulakan praktikal di salah sebuah syarikat pembinaan, Teguh Construction

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Esok aku akan memulakan praktikal di salah sebuah syarikat pembinaan, Teguh Construction. Perasaan berdebar sesekali mengetuk tangkai hati. Esok juga bermula rutin biasa Faiz ke kelas. Dia dah di tahun akhir. Selepas itu graduate sebelum melangkah ke alam pekerjaan atau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Awal pagi lagi aku sudah bangun menyiapkan segala keperluan untuk hari esok. Lokasi tempat aku menjalani praktikal juga tidak jauh dari rumah sewa. Aku mencapai handphone di atas meja. Nombor Sara dicari. Tidak lama selepas mendail, Sara menjawab panggilanku.

"Hai, babe! I miss you!" Jerit Sara di hujung talian.

"Hai, makcik! I miss you too tapi tak payah lah sampai nak buat aku pekak dengar kau jerit.."

Sara ketawa. "Halah halah halahhhh kalau dengan aku pekak lah. Bisu lah. Tapi kalau dengan Faiz, cair taik telinga kau, kan?"

Giliran aku pula ketawa berdekah. "Amboi kemain marah nau!"

"Mestilah! Kau tu dah lah jauh dari aku..lagi nak buat aku annoyed."

Lama sungguh aku bergayut dengan Sara di talian. Maklumlah dah berjauhan begini. Kalau tidak boleh juga membawang bersama-sama kat rumah ni. Alahai, sunyinya lah duduk sorang macam ni. Perlu ke aku cari housemate lain? 

Malam itu Faiz mengajak aku untuk menemaninya mencari barang di pasaraya. Selesai solat maghrib, aku terus bersiap. Tidak lama selepas itu Faiz tiba dengan keretanya. Author tak pernah mention kereta apa Faiz pakai kan? Terserahlah pada imaginasi readers okay. Selera tak sama kan. Jadi imagine sendiri jela. Hehe.

Sebaik sahaja Faiz memakir kereta, kami keluar serentak. Faiz menuju ke bahagian troli terlebih dahulu. 

"Awak nak beli apa?" Soalku ketika kami melangkah masuk ke dalam pasaraya. Sesekali aku membantu Faiz mengawal pergerakan troli. Yela troli dah lama. Alignment tayar dah lari. Tolak ke kanan dia pergi kiri. Tolak ke depan, dia jadi senget. Haih, hangin pula aku tengok troli ni.

"Nak cari sabun basuh baju, sabun mandi and barang makan.."

"Oh okay. Awak selalu pakai sabun basuh jenama apa? Powder or liquid?"

"Hurmm..harini aku bagi peluang kau pilihkan untuk aku. Boleh?"

"Ai ai kapten!" Aku membuat aksi tabik hormat. Faiz hanya ketawa dan menggelengkan kepalanya.

Kami bermula dengan lorong bahan pencuci. Aku mencapai sabun basuh jenama TOP berwarna pink.

"Seriously? Pink?" Soal Faiz.

"What? Awak yang suruh saya pilih so just shut up and let me choose.."

Faiz mengeluh. Tetapi tidak lagi bersuara membantah apa sahaja yang aku pilih. Seterusnya kami ke bahagian mandian. Aku mengambil Dettol dan Lifebuoy.

"Okay, ada dua pilihan. Which one?" Soalku. 

"Lifebuoy and blue colour, please.." pintanya. 

"Okay. Lifebuoy blue colour it is.."

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now