BAB 72

9.5K 380 28
                                    

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.



 "Hello? Hana?" Faiz gelisah. Kenapa Hana tergesa-gesa menamatkan panggilan? Kenapa suara gadis itu lain? 

"Kenapa ni, sayang?" Nelly menyoal, tangannya memeluk lengan Faiz. Rimas dengan keadaan itu, Faiz merengus lalu meleraikan pegangan Nelly. Dia menapak jauh sedikit dari gadis itu.

Faiz ke sini selepas dihubungi Dato' Hisyam yang mengajaknya untuk breakfast bersama dengan Datin Zaliah dan Nelly. Mulanya ditolak tetapi selepas dipujuk, akhirnya Faiz mengalah. Sepatutnya dia bergerak secara berasingan. Namun sebaik sahaja keluar dari rumah, kereta Dato' Hisyam sudah pun terparkir di hadapan rumah sewanya.

Demi menjaga hati kedua mertuanya, Faiz masuk juga ke dalam kereta mewah itu sebelum Dato' Hisyam memandu ke sini. Melihatkan lokasi restoran yang dipilih Dato' Hisyam membuatkan Faiz resah. Sangat hampir dengan office Hana menjalani praktikalnya. Janganlah dia bertembung dengan gadis itu.

Setelah menerima panggilan Hana tadi, hati Faiz jadi tidak enak. Dia melihat sekeliling kalau-kalau kelibat Hana ada di situ. Nelly pula tidak habis-habis melingkarkan tangannya di pinggang Faiz. Faiz rimas. Sekali lagi dia cuba menghubungi Hana tetapi tidak berjawab.

"Kenapa, Faiz?" Soal Dato' Hisyam.

"Err takda apa-apa papa.." dalih Faiz.

Akhirnya dia menghantar whatsapp sahaja kepada Hana.

Faiz📩 Sayang, kenapa hang up? Did anything wrong?

Sepi. Tiada apa-apa balasan daripada Hana. Mungkinkah dia betul-betul busy? Calm down Faiz. Takda apa-apalah. Everything is gonna be just fine. Relaks! Faiz menenangkan dirinya sendiri.

...

Fokus aku terganggu sepanjang harini. Medina yang memahami banyak membantu aku menyiapkan kerja-kerja yang bertangguh. Whatsapp Faiz yang bertalu-talu masuk tidak aku endahkan. Seketika fikiran menerawang memikirkan whatsapp Nelly semalam. Kereta Faiz di rumah Nelly waktu malam? Nelly mesra memeluk pinggang Faiz di khalayak ramai? Apa semua ni!?

Tepat jam 5 petang, Medina mengajak aku balik namun aku menyuruhnya pulang terlebih dahulu. Aku perlukan sedikit ruang untuk bersendirian.

"Aku nak pergi somewhere. I need my space. I need time. I need to think. Please, Dina. Kalau Faiz cari aku kat rumah, kau cakap jelah apa-apa. Jangan bagitahu dia pasal pagi tadi. Please.."

"Yelah. Aku takkan bagitahu dia apa-apa. Tapi Hana, kau okay tak ni? Aku risau nak biarkan kau sorang-sorang.."

"I'm not okay. Tapi jangan risau. Aku masih waras lagi untuk buat benda yang bukan-bukan. I just need to be alone.."

"Kalau macam tu aku balik dulu. Take care, Hana and jangan balik lewat sangat ye. Call or text me if you need anything, okay?"

Aku mengangguk. Kami berpisah di hadapan perkarangan office. Aku memulas throttle tanpa arah tuju. Bayangan kejadian pagi tadi bersilih ganti terlayar di fikiran.

BUTAKAH CINTA ©️ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora