Special Chapter 2

14.1K 535 96
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Ramai minta part 2 so here you are. Enjoy!😉😉

Cili merah yang sudah dihiris awal tadi, aku masukkan ke dalam kuali. Bau aroma Sambal Udang Galah semerbak wangi, memenuhi ruang dapur. Usai mengacau sebati, aku padamkan api dapur.

Periuk satu lagi yang berisi tomyam, aku tutup menggunakan penutupnya. Cuma tinggal satu menu iaitu kailan ikan masin sahaja. Setelah itu, semuanya siap untuk dihidangkan. Menyentuh soal memasak ni, sejak aku disahkan hamil, aku jadi suka memasak. Alhamdulillah, aku tiada alahan yang teruk. Mual dan pening itu perkara biasa.

Setiap hari pulang dari kerja, aku pasti menyinsing lengan menyiapkan makan malam buat aku dan Faiz. Beberapa kali ditegah Faiz. Dimintanya aku berehat sahaja sementelah penat pulang dari bekerja namun aku tetap degil. Aku jatuh cinta dengan bidang masakan. Mungkin juga sebab pembawakan budak.

Hari ni merupakan hari lahir Faiz. Sengaja aku mengambil cuti pada hari ini untuk menyiapkan hidangan kegemaran suamiku. Kandunganku juga sudah terlalu sarat. Cuma tinggal kurang 2 minggu lagi tarikh aku dijangka melahirkan. Jujur, aku berdebar memikirkan hari itu bakal tiba.

Faiz pula setiap malam pasti mengajakku bersama-sama mengaji. Sejak awal kandungan, kami amalkan surah maryam dan surah yusuf. Kata Faiz, moga anak kami yang bakal lahir nanti menjadi anak yang solehah.

Usai kerja-kerja memasak, aku menyediakan meja makan. Faiz masih di tempat kerja. Kebiasaannya, hampir maghrib nanti barulah dia pulang.

Berpuas hati dengan semuanya, aku melangkah naik ke bilik di tingkat atas. Mahu membersihkan diri dan bersiap-siap. Bila-bila masa sahaja Faiz akan pulang.

Selesai membersihkan diri, aku melangkah keluar dari kamar mandi. Aku sedikit terkejut melihat tubuh Faiz yang sedang terlentang di atas katil. Entah bila suamiku pulang. Bathrobe di tubuh, aku kemaskan sedikit. Sudah agak sendat memandangkan perut yang sudah membesar.

Menapak perlahan ke arah Faiz, aku lihat matanya terpejam. Kasihan. Pasti dia penat setelah seharian bekerja. Aku labuhkan dudukku di sisinya. Rambutnya aku usap perlahan. Kasihku tumpah buat lelaki ini.

Berhati-hati, aku lurutkan tali leher yang masih berbelit di leher Faiz. Kelopak mata Faiz terbuka saat tali itu dilepaskan. Dalam kepenatan, sepasang bibir itu mengorak senyuman manisnya untukku.

"Hey, sexy mommy.." sempat dia mengusikku.

"Hey  handsome daddy.." balasku, tidak mahu mengalah. Senyuman Faiz kian melebar.

"Awak rehatlah dulu, kesian awak penat.."

Faiz masih berbaring. Kepalanya menggangguk sedikit. Mata kembali dipejamkan. Aku bangun menuju ke almari pakaian.

Selesai bersiap, aku menghampiri Faiz kembali. Pipinya aku kucup penuh kasih.

"Sayang..wake up. Dah nak maghrib ni.." aku berbisik di telinganya.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now