BAB 52

9.8K 401 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari membawa ke petang namun tiada satu pun mesej atau panggilan daripada Faiz yang aku terima. Eh, dia dapat ke tidak makanan tadi? Macam mana kalau orang lain ambil? Aduh, kau ni pun Hana. Nak surprise sangat. Kalau dia tak dapat, penat jelah kau masak. Aku menepuk dahi.

Tangan menggagau ke meja di sisi katil untuk mengambil handphone. Nak call ke tak? Call je lah!

Beberapa deringan sebelum panggilan dijawab.

"Hello..," tone suara Faiz masih sama seperti semalam. Aku resah sendiri.

"Awak..," panggilku sedikit meleret.

"Hurmm...," jawab Faiz.

"Awak marah saya lagi ke?" Soalku. Faiz hanya diam.

"Hurm..tak apalah kalau tak nak jawab. Tapi kan..saya nak tanya, awak ada dapat apa-apa tak tadi?" Soalku perlahan-lahan.

"Tak," pendek sahaja jawapan Faiz.

Tak dapat? Aduh, sah dah orang lain yang ambil ni!

"Oo tak ada eh? Aduh. Tak apalah kalau macam tu..," ujarku. Patutlah Faiz macam masih marah.

"Sedap," kata Faiz tiba-tiba.

"Sedap? Apa yang sedap?" Aku menyoal dalam kebingungan.

"Thank you, masakkan untuk aku. Sedap," ujar Faiz. Selepas itu aku terdengar lelaki itu ketawa.

"Awak ni! Tak baik kenakan saya tau," kataku.

"Hahaha! Saje je. Bukan selalu dapat usik kau sekarang ni," balas Faiz dengan sisa ketawanya.

"Lepas ni bolehlah aku marah selalu. Boleh dapat makan free lagi..," Faiz menambah.

"Awak tak payah marah pun saya boleh je masakkan untuk awak."

"Tak adalah aku gurau je. Tapi pasal semalam aku tak gurau. Jangan ulang lagi, faham? Aku tak nak dengar," pesan Faiz.

"Okay. Saya takkan sebut lagi. Sorry okay?"

"Sorry diterima. Aku sayang kau sorang je, Hana. Tak ada yang lain..," katanya lagi.

Mendengarkan kata-kata Faiz, aku tersenyum sendiri. Aku perlu percayakan lelaki ini. Lelaki yang mampu membuatkan aku jatuh cinta kali kedua.

...

"Jumaat ni aku ke Melaka. Ada away game," Faiz memaklumkan semasa kami di bengkel.

Hari ini Cik Delaila membuat keputusan untuk mengumpulkan kembali semua pelajar di dalam satu bengkel sahaja. Kerja-kerja amali banyak yang sudah disiapkan. Lebih awal dari jangkaan. Jadi hari ini hanya belajar teori sahaja.

"Oh..berapa lama?" Soalku sedikit berbisik, bimbang didengari orang lain.

"Sampai Ahad. Kenapa?" Soal Faiz sambil menulis sesuatu di atas modulnya. Menyedari aku tidak menjawab, lelaki itu menoleh ke sebelah.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now