BAB 61

8.6K 338 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sudah seminggu sejak aku mula bekerja di sebuah kedai buku di pekan berhampiran kampungku. Kedai milik kawan Abang Fiq. Kerjanya tidaklah terlalu memenatkan. Aku hanya perlu memastikan semua buku-buku tersusun dengan baik, membersihkan habuk, menyapu kedai dan menjaga kaunter pembayaran. Hujung bulan nanti baru kerja-kerja mengira stock dilakukan.

Aku suka kerja di sini. Mungkin kerana salah satu hobi aku adalah membaca. Jadi, hidup di kelilingi buku-buku, bagaikan syurga buatku. Setiap hari terisi dengan aktiviti membaca. Aku tak pernah rasa jemu. Sedang aku sibuk membaca novel di kaunter, masuk seorang lelaki ke dalam kedai. Aku menegurnya ramah.

"Selamat datang..," ungakapan wajib setiap kali ada pelanggan datang.

Lelaki itu tersenyum ke arahku. Aku membalasnya sebagai menghormati pelanggan.

"Cik, saya nak cari buku rujukan subjek Kimia untuk SPM.." ujarnya.

"Ooh ada. Mari ikut saya.." aku menunjukkan bahagian yang dicari lelaki itu.

"Terima kasih. Tapi boleh suggestkan untuk saya pilihan yang terbaik?" Pintanya lagi. Aku mengangguk lalu membantunya membuat pilihan.

Setelah itu kami ke kaunter untuk pembayaran.

"Terima kasih ye, cik...?" 

"Hana. Nama saya Hana.." jawabku.

"Hana. Secantik tuannya. By the way saya Asyraf. Maaf bertanya, Hana baru lagi bekerja di sini? Sebab saya tak pernah tengok Hana sebelum ni.."

"Oh, ha'ah saya baru je seminggu kerja. Sementara je ni, cuti semester.."

"I see. Okaylah Hana. Nice to meet you. Thanks for your help," ujarnya. Aku mengangguk seraya tersenyum.

...


Dua tiga hari kemudian, Asyraf datang lagi ke kedai. Kerap pula dia mencari buku. Pelajarkah? Tapi dari raut wajahnya menunjukkan dia lagi berusia dari aku. Ah, biarkan jelah.

Masuk kali ketiga Asyraf datang, aku meringankan mulut bertanya.

"Awak kerja apa, ya?"

"Saya cikgu. Cikgu sekolah menengah.."

"Oh, cikgu. Patutlah selalu datang cari buku.." ujarku perlahan. Hampir kepada berbisik.

"Kenapa Hana tanya?"

"Tak ada apa. Just asking. Dah jumpa?" Soalku sebaik sahaja melihat Asyraf mampir dengan sebuah buku di tangan. Lelaki itu mengangguk.

"Err Hana. Kalau saya nak ajak Hana keluar minum, Hana sudi tak?" Soalnya tiba-tiba.

"Err..keluar? Hurmm..nantilah saya fikirkan ya?"

"Sorry kalau Hana rasa tak selesa. It's okay. Saya faham.." katanya.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now