BAB 68

8.5K 355 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Turun sahaja daripada bas, orang pertama yang aku lihat adalah Faiz. Lelaki itu selesa bersandar pada tiang besar, tersenyum saat mata kami bertemu. Aku menapak menghampirinya. Faiz menghulurkan tangan mengambil backpack aku di bahu.

"Dah lama ke awak sampai?"

"Baru je. Jom.."

Kami beriringan ke kereta. Tiada seorang pun di antara kami yang memulakan bicara. Pelbagai persoalan berlegar-legar di dalam kepala aku saat ini. Mahu sahaja aku bertanya. Meminta lelaki ini bercerita apa yang telah terjadi Jumaat lalu. Dua hari aku di kampung, Faiz tak pernah bercerita apa-apa dan aku pula teragak-agak mahu bertanya.

Faiz memandu dengan perlahan, tidak seperti kebiasaanya. Aku tahu jasadnya sahaja di sisiku, mindanya menerawang entah ke mana. Perubahan Faiz buat aku gelisah. Apa sebenarnya yang berlaku membuatkan lelaki ini tiba-tiba berubah sikap?

"Kau dah makan?" Soalnya memecah keheningan yang menyelubungi.

"Belum. Tadi bas berhenti, saya makan roti je.."

"Nak pergi makan?"

"Err..ikut awaklah. Saya okay je."

Sepi kembali. Arghhhh janggalnya rasa! Bentakku di dalam hati. Dah lama tidak menghadap sisi Faiz yang dingin begini. Aku jadi tak betah.

"Awak, awak tak nak cerita apa-apa pada saya ke?" Akhirnya aku bersuara juga. Faiz mengeluh berat. Tetapi terus fokus kepada pemanduan.

"Takpalah kalau awak tak nak cerita sekarang tapi bila-bila awak dah ready, saya sedia mendengar. I'm a good listener, you know?" Aku cuba berjenaka tetapi hambar. Faiz cuma tersenyum nipis.

"Aku minta maaf Hana. Tapi buat masa ni, aku tak ready lagi.."

"Takpa. Saya tunggu bila awak dah sedia nanti. Awak tahu saya akan selalu ada dengan awak kan?"

Faiz menoleh ke arahku seketika. Tanpa segaris senyuman di wajahnya, aku lihat pandangan Faiz sarat dengan bebanan yang ditanggung. Hati aku bagai dihenyak melihat pandangan itu. Apa yang Faiz rahsiakan?

...

Pulang sahaja ke rumah selepas makan dan menghantar Hana tadi, Faiz merebahkan badannya. Seketika fikirannya menerawang memikirkan perbualannya dengan Farisya pagi tadi. Kepada adiknya itu, diceritakan segala yang terjadi. Sepertinya, Farisya juga terkejut dengan apa yang menimpa abangnya.

"Jadi, apa yang abang nak buat?" Soal Farisya.

"Abang tak tahu, Ica. Abang buntu. Kusut kepala ni fikir.."

"Err Kak Hana dah tahu?"

"Tak. Dan dia tak boleh tahu. Abang takut kalau dia tahu, dia akan pergi. Abang sayangkan dia, Ica.." Faiz hampir merintih.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now