BAB 45

11.2K 441 11
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Hana, bangun. Bas berhenti, solat subuh," suara perlahan Faiz mengejutkan aku dari lena. Aku membuka mata.

"Kita kat mana ni?" Aku memisatkan mata.

"Kat hentian. Tak jauh dah. Jom turun solat," ajak Faiz. Aku meraup muka. Malunya lah Faiz tengok muka baru bangun tidur ni. Kalau lawa tak apa jugak, ni tudung dah macam apa. Senget benget.

Selesai menunaikan solat subuh, kebanyakan pelajar mengambil peluang untuk duduk minum di gerai-gerai yang masih beroperasi. Aku menjinjing beg berisi telekung, melangkah ke gerai yang menjual air. Tekak terasa dahaga. Kopi o panas menjadi pilihan di kala sejuk-sejuk begini. Sweater ditubuh aku tarik kemas.

Aku duduk sendirian di meja. Faiz aku lihat minum bersama kawan-kawannya. Sam entah hilang ke mana begitu juga Wani dan Tasya. Mungkin sudah naik ke dalam bas.

Tit!

Whatsapp dari Faiz.

Faiz📩 Sorang je ke? Sam mana?

Hana📩 Eh mana ada sorang. Ramai ni teman saya. Sam? Entah, mana dia pergi.

Seketika aku lihat Faiz menahan ketawa.

Faiz📩 Seram pulak aku tak nampak 'teman' kau yang ramai tu.

Hana📩 Awak jangan nak start sakat saya ya?

Faiz📩 Haha. Aku suka tengok muka kau malu dengan takut. Bila malu kau jadi tomato. Bila takut kau buat muka acah berani. Hahaha!

Aku menjeling Faiz. Amboiii kemain kalau bab kenakan aku ya? Baru sahaja aku ingin membalas, terdengar suara Encik Johan meminta semua pelajar naik ke dalam bas. Aku bangun dan melangkah ke arah bas.

Jam di tangan hampir 6.45 pagi. Hari semakin cerah. Aku menaiki tangga bas dan menapak ke tempat dudukku. Tidak lama selepas itu, Faiz pula duduk. Aku memandangnya hairan.

"Tak duduk belakang semula ke?"

"Tak naklah. Lagipun tak jauh dah nak sampai poli," jawabnya selamba.

Aku mengangguk. "Sampai nanti, siapa jemput?" Soal Faiz.

"Sara. Dah maklum dah kat dia tadi. Awak balik dengan siapa?"

"Aku tumpang member. Masa pergi haritu pun naik dengan dia." Sekali lagi aku menganggukkan kepala. Faiz mengeluarkan handphone. Gallery photo dibuka. Terlukis senyuman di bibirnya melihat gambar-gambar kami bersama. Samada berdua atau beramai-ramai dengan kawan-kawan.

"Ni, gambar pertama kita berdua..," kata Faiz menunjukkan gambar yang kami curi-curi ambil ketika jauh daripada kawan-kawan yang lain.

"Eh, tu gambar apa?" Soalku terlihat sekeping gambar yang agak gelap.

"Yang ni? Ni gambar sleeping beauty aku tidur," jawab Faiz disertai ketawa.

"Awak..baik padam balik gambar tu. Buruklah!"

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now