BAB 62

8.5K 340 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Selepas Asyraf berlalu pergi, aku terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Kemudian aku keluar ke dapur, membasahkan tekak. Handphone di dalam kocek seluar bergetar menandakan ada mesej. Perlahan-lahan aku menarik kerusi meja makan, melabuhkan duduk lalu memeriksa mesej yang baru diterima.

Nelly📩 *imej kereta Faiz*.  Surprise! Surprise! Look who's with me now?

Membutang mataku membaca whatsapp dari Nelly. Faiz dengannya? Bukan ke Faiz kat kampung? Melihat mesej bluetick tanpa balasan, gadis licik itu menghantar mesej lain pula.

Nelly📩 Bluetick je? Kenapa? Terkejut? Hahaha! Tak sangka you ni bodoh juga. You percaya ke Faiz sayangkan you sorang? Well, helloooo..I first love dia. Remember? Takkan semudah tu dia boleh lupakan I. Dia cari you sebab nak balas dendam kat I je. 

Menggigil tangan aku saat itu.

Hana📩 You yang bodoh kalau you fikir I percaya hanya kerana gambar kereta dia yang you send!

Nelly📩 Well, you can call him if you want to.

Aku terus sahaja menghubungi Faiz. Beberapa deringan sebelum Faiz menjawab. Suaranya seperti kelam kabut.

"Sayang! Nanti aku call semula. Ada hal ni.."

"Hai, Hana!" Suara Nelly di hujung talian kedengaran sayup-sayup sempat aku dengar sebelum Faiz memutuskan panggilan. 

Nelly📩 Now what? Dah percaya?

Jadi betullah Nelly ada dengan Faiz? Tapi kenapa? Untuk apa? Segala persoalan bermain di fikiran.

Tak! Tak! Jangan percaya cakap Nelly, Hana. Mesti ada explanation untuk semua ini. Sabar!

Aku menunggu hingga lewat malam. Namun tiada panggilan atau whatsapp dari Faiz yang aku terima. Saat mata sudah mahu terlelap, barulah Faiz menghubungiku. Lambat-lambat aku menjawab. 

"Hello.." sapaku perlahan.

"Hello, sayang.." suara lelaki itu menerpa pendengaran.

"Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke, Faiz?" Aku tidak mahu menunggu lebih lama lagi. Terus sahaja aku terjah dengan soalan.

"Hana, look. Jangan salah faham okay. Bagi aku explain dulu.."

"Explain..," ujarku.

"Macam ni. Tadi lepas kerja aku pergi lepak dengan kawan. Then tiba-tiba from nowhere, Nelly muncul. I had no idea about it. I swear. Aku tak tahu apa yang dia hantar kat kau tadi. But believe me, sayang..semua tu tak betul.."

"Entahlah awak. Saya tak boleh fikir lagi sekarang. Saya penat. Dengan kereta rosak, dengan drama Nelly yang tak habis-habis. Saya nak rehat dulu. Esok ya, kita bincang. Assalamualaikum.." ujarku seraya memutuskan panggilan.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now