BAB 69

8.5K 354 77
                                    

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.



"Aku terima nikahnya Nur Nelisa Binti Hisyam dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai..". Dengan sekali lafaz, Faiz sah menjadi suami kepada Nelly. Gadis itu tersenyum saat mendengar lafaz akad dari lelaki yang diimpikan selama ini. Datin Zaliah menarik Nelly ke dalam pelukannya. 

Memenuhi permintaan Faiz, tiada sebarang majlis yang diadakan. Cuma akad nikah di pejabat agama sahaja. Kalau ikutkan kedudukan Dato' Hisyam dan Datin Zaliah sudah tentulah mereka mengimpikan majlis besar besaran buat satu-satunya anak perempuan mereka. Ini juga adalah syarat yang diberikan Faiz. Pernikahan ini adalah rahsia. 

Nelly teringat perbulannya dengan Faiz seminggu yang lalu sewaktu dia menagih keputusan dari lelaki itu. Faiz mintanya untuk bertemu. Ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan.

"Baik, aku akan nikah dengan kau tapi bersyarat..". Nelly tersenyum kemenangan.

"Just say it. Anything asalkan you jadi suami I, Faiz.."

"Syarat pertama, aku tak nak ada apa-apa majlis. Akad nikah cuma di pejabat agama. Kedua, aku tak nak sesiapa pun tahu tentang pernikahan kita. Semuanya perlu dirahsikan terutama daripada Hana. Ingat, Nelly..kalau Hana tahu tentang semua ni aku takkan teragak-agak untuk lepaskan kau. Ketiga, aku dah ikutkan permintaan kau untuk kita nikah jadi aku takkan tuntut apa-apa hak dan aku juga tak nak kau tuntut apa-apa hak daripada aku. Pernikahan ini cuma atas kertas. Jangan harapkan lebih daripada itu. Keempat, aku nak kau tahu walaupun secara sah aku suami kau tapi aku tak cintakan kau dan takkan pernah lagi cintakan kau.."

Nelly terdiam mendengar syarat-syarat Faiz. Terutama ayat terakhir yang keluar daripada mulut Faiz. 

"Habis apa yang I dapat?"

"Kau nak kita kahwin so itu yang kau dapat. That's it. Sekarang kau setuju or tak dengan syarat aku? Kalau kau setuju aku akan siapkan perjanjian antara kita. Kalau tak, lupakan saja semuanya.."

"Okay. I setuju. I yakin I boleh menangi hati you balik and I akan usaha.."

"Satu lagi, aku takkan duduk sebumbung dengan kau. Aku akan stay kat rumah sewa aku. Aku tak nak kawan-kawan aku tahu pasal kita. Aku balik dulu. Nanti aku siapkan perjanjian tu dan kau kena sign.."

Faiz terus berlalu dengan motosikalnya. Nelly menghentakkan kaki. Geram dengan sikap Faiz kepadanya. Takpa, aku akan pastikan kau jatuh cinta semula dengan aku!

...

Selesai bersalaman dengan pegawai di pejabat agama, mereka berempat keluar dari bangunan itu. Faiz bersalaman dengan ibu bapa mertuanya sebelum meminta diri.

"Faiz, papa tahu Faiz buat semua ni sebab terpaksa tapi papa tetap doakan semoga hubungan Faiz dan Nelly kekal sampai bila-bila.."

"Saya perlukan masa untuk terima semua ni. Saya minta maaf, papa. Saya tak cintakan Nelly. Dan dia tahu hakikat tu. Saya cintakan orang lain. Maafkan saya.."

BUTAKAH CINTA ©️ Onde histórias criam vida. Descubra agora