BAB 73

9.8K 409 60
                                    

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.



Saat aku mencelikkan mata, suasana di sekeliling berubah. Aku kat mana ni? Perlahan aku bangun dari pembaringan. Menoleh ke sisi, aku melihat seorang lelaki sedang tersandar di kerusi di tepi katil, lantas aku teringat kembali kejadian yang berlaku.

Faiz datang ke rumah. Bertanyakan kenapa aku mengelak dari bertemunya. Kemudian Nelly muncul.

Nikah. Ya, aku ingat Nelly sebut tentang pernikahannya dengan Faiz. Ya Allah, semua yang berlaku bukan mimpi ngeri! Semua ini adalah kenyataan pahit yang perlu aku telan.

"Hana? Kau dah sedar?" Soal Faiz sebaik sahaja menyedari aku terjaga.

"Apa awak buat kat sini?" Soalku dingin.

"Kau pengsan tadi. Aku yang bawa kau ke klinik.."

"Saya nak balik..," ujarku cuba turun daripada katil.

Kepala aku masih berdenyut tetapi aku lawan rasa sakit itu. Sakit yang diberikan Faiz jauh lebih perit dari apa yang kepala aku rasa. Faiz cuba memegang tangan aku namun aku lebih pantas menepis. Riak terkejut Faiz jelas kelihatan di mukanya dengan tindakan drastik dariku.

"Don't touch me!" Marahku.

"Sorry," katanya dengan wajah bersalah.

"Handphone saya mana?" Soalku.

Lambat-lambat Faiz menghulurkan handphoneku.

"Kau nak buat apa tu?" Soal Faiz apabila melihat aku membuka aplikasi Grab Car.

Belum pun sempat aku membuat tempahan, lelaki itu merampas handphone dari tanganku.

"No, sayang. Aku akan hantar kau balik.."

"Tak payah. Saya boleh balik sendiri!" Tegasku. "Bagi balik handphone saya.."

Faiz menggelengkan kepala. Lalu handphone itu terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Aku tidak tunggu lama, terus turun dari katil dan keluar dari bilik berkenaan.

Kelam kabut Faiz mengekori aku tetapi terpaksa berhenti bagi menyelesaikan bayaran dan mengambil ubat. 

Aku menapak keluar dari klinik tanpa menunggu Faiz. Terik matahari menyilaukan pandangan, kepalaku kembali berdenyut. Seketika aku berhenti dan memegang kepala. Argh! Sakit!

Kemudian, sepasang tangan memaut lenganku dan memimpin aku ke keretanya.

Lelaki itu membukakan pintu dan mendudukkan aku di kerusi sebelum dia melutut di hadapan aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak mahu melihat wajahnya.

"Hana..pandang aku.." pintanya.

Aku kekal membisu.

"Sayang, dengar dulu penjelasan aku please..," rayunya lagi.

Spontan, aku berpaling.

"Apa lagi yang awak nak jelaskan, Faiz? Terang-terang awak tipu saya. Apa lagi..?" aku menghamburkan tangisan.

BUTAKAH CINTA ©️ Où les histoires vivent. Découvrez maintenant