BAB 59

9.9K 366 6
                                    

Pejam celik pejam celik, final exam semakin hampir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pejam celik pejam celik, final exam semakin hampir. Minggu study week sudah bermula. Sesetengah pelajar mengambil peluang untuk pulang ke kampung. Berbeza dengan aku dan Sara, kami berdua memilih untuk stay di rumah sewa. Membuat ulangkaji terakhir sebelum minggu peperiksaan bermula. Adakalanya kami ke library awam. Selebihnya banyak mengulangkaji di rumah sahaja.

Semester hadapan aku sudah mula menjalani Latihan Industri. Salah satu latihan wajib bagi memenuhi syarat mendapatkan diploma di politeknik. Tempat praktikal juga sudah memberikan maklum balas. Bermula semester depan juga, aku dan Sara akan berjauhan untuk tempoh 6 bulan. Tiada kelas, tiada exam, tiada ujian mahupun tutorial untuk tempoh itu. 

Segala yang kami belajar di politeknik bakal diterjemahkan di dalam kehidupan sebenar melalui Latihan Industri ini. Berdebar juga memikirkan apa yang menanti kelak. Kata orang belajar teori ni tak sama dengan dunia sebenar. Cabarannya lebih besar dari itu. Lebih besar dari menghadap buku-buku dan peperiksaan semata-mata.

Aku menutup buku, merenggangkan urat-urat di leher. Dari lepas subuh aku mengulangkaji. Membuat latihan-latihan serta menyiapkan nota-nota penting. Ada beberapa modul lagi yang perlu aku fokuskan. Bunyi notifikasi whatsapp, aku capai handphone di atas meja lalu membukanya. Daripada nombor tidak dikenali.

Unknown📩 Jangan terlalu selesa sangat dengan kedudukan kau sekarang. It's not over yet darling. 

Siapa ni? Apa dia nak?

Hana📩 Do I know you?

Unknown📩 I'm watching you girl. Always. Until the time comes, save your tears baby.

Hana📩 You are sick, Nelly! 

Nelly📩 Hahaha! You do know me, huh? Good. So I don't need to pretend to be someone else. 

Aku tidak membalas. Handphone ku campak di atas katil. Geram. Apa lagi yang Nelly nak? Dia yang buat pilihannya dulu. Kenapa perlu muncul dan menganggu aku lagi? 

...

"Senyap je? Kenapa ni?" Soal Faiz ketika lelaki itu menjemputku di rumah. Nak ajak ambil angin lepas penat menghadap buku katanya.

Aku teringatkan whatsapp dari Nelly tadi. Sedikit sebanyak menganggu emosiku kala ini.

"Tak ada apalah. Penat study. Kita nak pergi mana?" Aku mengubah topik.

"Mana-mana je untuk release tension. Kau ada specific place yang kau terasa nak pergi?"

"Hurmm..lepak kat pantai jom!"

"Okay. As you wish..," jawab Faiz tersenyum. 

Petang itu cuaca redup, angin sepoi-sepoi bahasa sesekali meniup tudungku. Sedaya upaya aku memegang hujung tudung agar tidak mengerbang ditup angin pantai. Faiz mengajak aku untuk duduk di atas tunggul kayu. Untuk seketika, hanya sepi menemani kami.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now