BAB 17

11.6K 581 12
                                    

NOTE: Hai gais. Sis nak mintak maaf awal2 seandainya dalam seminggu ni sis lambat update. Husband sis dah start cuti and baru je sampai kat kampung sis ni haa. So sis tak bole la selalu sgt hadap wattpad. Sis nak kena pegi berchenta jugak kan. Maklumlah dua minggu tak jumpa. Hikhik. Tapi sis cuba ok usahakan mana yang boleh. 

Ok la. Ni sis sempat update satu bab dulu.  Jangan lupa vote,like and comment ok? Enjoy reading!

  Jangan lupa vote,like and comment ok? Enjoy reading!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersenyum membaca whatsapp dari Faiz. Teringat kejadian tadi. Usai sahaja solat isyak, aku berbaring di atas katil. Tiba-tiba perutku terasa sakit. Semakin lama semakin mencucuk-cucuk. Aku keseorangan di rumah ketika itu. Sara keluar ada hal katanya. Aku mencapai handphone di atas meja tepi katil.

Cuba menghubungi Sara tetapi gagal. Panggilan masuk ke peti suara. Aduh, mana pulak Sara pergi ni? Aku mencuba lagi beberapa kali tetapi tetap sama. Saat sakit menyerang, aku membengkokkan badan, memeluk lutut. Sakitnya hanya Allah je tahu.

Aku ingin menghubungi Adib tetapi tidak jadi memikirkan tadi katanya dia ada hal penting malam ini. Tidak mahu menyusahkan dia. Tiada pilihan lain, aku cuba menghubungi Faiz. Entah kenapa wajah dan namanya yang terlintas saat ini. Beberapa deringan sebelum suara Faiz menyapa gegendang telingaku.

"Faiz...," aku memanggil namanya. Seketika aku mengerang kesakitan. Faiz yang perasan perubahan suaraku kedengaran cemas di hujung talian.

Aku hanya mampu memberitahunya aku sakit sebelum handphone terlepas dari tangan dek sakit yang menyerang lagi. Beberapa minit kemudian aku dengar suara lelaki memberi salam. Faiz. Tapi aku tak mampu nak menjawab apatah lagi membukakan pintu untuknya.

Tiada respon dariku, Faiz merempuh pintu utama dan mula memanggil namaku. Sejurus kemudian Faiz muncul di pintu bilik. Aku masih merengkok di atas katil saat Faiz menghampiri. Sakit masih terasa malah semakin kuat. Aku menangis menahan sakit.

Faiz bertanya keadaanku dan mengajak aku untuk ke klinik. Dia membantu aku bangun dan kami ke klinik. Aku pada mulanya segan apabila lelaki itu terpaksa memapahku tapi aku tiada pilihan. Aku tak mampu nak berdiri tegak apatah lagi untuk berjalan sendiri.

Keluar dari bilik doktor, aku lihat Faiz menunggu di atas kerusi yang disediakan. Air mukanya jelas menunjukkan dia risau. Aku terharu melihat dia prihatin tentang diriku. Kalau dia tak datang tadi entah apalah jadi pada aku sendirian di rumah. Faiz membayarkan harga ubat dan membantu aku kembali ke kereta Sara yang dipandunya tadi.

Aku tak tahu entah bila aku terlelap. Sedar-sedar sahaja kami sudah sampai di depan rumah sewaku. Sara keluar dari rumah dengan muka cemas. Dia berkali-kali meminta maaf kerana tidak menjawab panggilan aku. Setelah aku masuk ke dalam rumah, Faiz berlalu pergi. Sara memimpin aku masuk ke dalam bilik.

Dia keluar ke dapur mengambil segelas air dan mengeluarkan ubat dari dalam plastik lalu disua kepadaku.

"Ok ubat dah makan. Sekarang kau rehat ya. Apa-apa panggil je aku, tau?" Ujar Sara.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now