BAB 21

11.9K 504 5
                                    

Sejak dari kejadian semalam, aku cuba mengelak dari berhubung dengan Faiz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak dari kejadian semalam, aku cuba mengelak dari berhubung dengan Faiz. Di bengkel tadi juga aku tidak mengendahkannya dan kelihatan dia juga memilih untuk mendiamkan diri. Biarlah begini. Hati aku jugak sakit, Faiz. Bukan mudah melihat orang yang aku sayang kecewa begitu. Aku tahu kau lelaki yang setia. Walaupun Nelly tak layak untuk orang sebaik kau. Aku telan semuanya janji kau happy. Tapi aku tak sangka bila kebenaran jelas di depan mata kau, kau hamburkan kemarahan pada aku? Sungguh aku tak mengerti.

"Hai Hana. Jauhnya fikir sampai tak pandang kiri kanan," sapa Adib. Entah bila tiba-tiba dia muncul di sebelah. Aku tersenyum ke arahnya.

"Hai awak. Takda fikir apa-apa pun. Cuma serabut kepala sikit, assignment berlambak," aku cuba berdalih.

"Oh, jangan stress sangat Hana nanti kepala awak sakit. Saya jugak yang susah," ujar Adib.

Aku ketawa kecil.

"Ada-ada jelah awak ni Adib. Ni awak nak ke mana?" Soalku.

"Dah nak lunch hour ni. Jom lunch sekali nak?"

"Tak apalah Adib. Saya ada hal nak kena balik rumah dulu. Nanti petang ada kelas lagi,"

"Kalau macam tu takpalah. Jumpa lagi nanti Hana. Jangan lupa makan. Take care," ucap Adib sebelum meminta diri pergi.

Aku terus ke parking motor. Apa yang aku tahu aku hanya mahu pulang sahaja. Takda mood nak makan. Pandai-pandailah nanti aku cari apa yang boleh ditelan.

Ketika tiba di rumah aku lihat kereta Sara sudah berada di ruang parking. Dah balik dah dia. Lega sedikit ada teman di rumah.

Aku menapak masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Sara sedang berbaring di sofa sambil menonton tv. Gadis itu tersenyum saat mata kami bertemu.

"Hai Hana. Baru habis bengkel ke?" Sapa Sara ramah.

"Ha'ah. Penat weh. Harini banyak kerja. Kau bila sampai, Sara?" Soalku turut melabuhkan punggung di sebelah Sara.

"Baru je tadi. Kelas petang nanti baru aku attend. Kau tak pergi lunch ke beb?"

"Kenyang lagi. Malas lak rasa nak pergi makan sorang-sorang. Takda feel," ujarku seraya ketawa. Sara juga turut ketawa.

"Kau tu gastrik Hana. Apa-apa jadi nanti kau juga yang sakit. Takkan nak suruh Faiz lagi jadi hero?"

Mendengar nama Faiz aku mencebik.

"Dah kenapa mulut muncung macam tu?" Soal Sara hairan.

"Tak payah la sebut-sebut nama dia lagi. Buat sakit hati je.."

"Aik? Aku baru cuti berapa hari dah macam-macam jadi kat korang ya?"

"Biarlah dia, Sara. Malas aku nak ambil tahu. Eh, kau dah makan ke?"

"Dah. Tadi sebelum aku balik sini,"

Kami berbual-bual seketika. Kemudian aku meminta diri untuk membersihkan badan dan menunaikan solat zohor. Kelas seterusnya  jam 3  petang. Aku mengambil peluang untuk merehatkan badan seketika selepas solat.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now