BAB 14

11.8K 507 2
                                    

Semua mula mengemas kelengkapan dan peralatan yang telah digunakan di bengkel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua mula mengemas kelengkapan dan peralatan yang telah digunakan di bengkel. Cik Delaila memberi sedikit penerangan sebelum kelas bersurai. Aku lihat Faiz masih di tempat duduknya. Tiada tanda-tanda dia ingin beredar lagi. Mengingatkan janji untuk makan tengahari dengan Adib harini, aku segera memasukkan barang di dalam beg. Lalu beg  kusandang di bahu dan berlalu meninggalkan Faiz sendirian.

Di luar bengkel, Adib sedia menunggu. Dia kelihatan kemas dan segak dalam baju bengkelnya. Sedondon denganku yang juga memakai baju bengkel. Senyuman manis aku hadiahkan buat lelaki itu. Adib tersenyum membalas. Aku menghampirinya yang berdiri di tepi bangunan.

"Hai awak," aku menyapa.

"Hai Hana. Eh! Kenapa dengan jari tu?" Soal Adib tatkala terperasankan balutan di jariku.

"Oh takda apa-apa. Accident kat bengkel tadi. Sikit je ni," jawabku.

"Betul ni?" Soalnya lagi.

Aku mengangguk.

"Kalau macam tu jom," ujar Adib. Kami mula berjalan seiringan sambil berbual. Sesekali aku ketawa mendengar jenaka dari Adib.

Kehadiran seseorang di tepi membuatkan aku menoleh. Faiz. Dia terus berjalan melintasiku menuju ke arah parking motor. Aku hanya memandangnya yang bersedia untuk bergerak pergi. Dia memakai helmet, menoleh ke arahku seketika sebelum menutup visor helmetnya dan memecut pergi. Apalah yang tak kena dengan dia hari ini?

Adib membukakan pintu keretanya untukku. Aku mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam kereta. Adib mengambil tempat di sebelah dan menghidupkan enjin kereta. Aircond dipasang. Radio dibuka perlahan sebelum Adib memulakan pemanduannya.

Kami menuju ke arah kawasan pantai. 15 minit pemanduan dari poli.

"Hana okay ke kalau kita makan kat sini?" Soal Adib apabila keretanya berhenti di hadapan sebuah gerai berhampiran pantai. Gerai itu kelihatan agak sesak dengan pelanggan yang berpusu-pusu untuk menikmati makan tenghari.

"Eh, saya okay je makan kat mana-mana. Janji perut kenyang," ujarku sambil ketawa kecil.

"Bukan apa, saya risau Hana tak selesa sebab ramai orang tapi don't worry. Kedai ni memang service dia tiptop. Banyak pilihan menu yang sedap. Sebab tu crowded sikit. Jom," ajak Adib.

Aku mengikut langkah Adib ke meja yang disediakan. Kami memesan minum dahulu sebelum bangun kembali mengambil makanan. Memang banyak pilihan makanan. Kebanyakan lauk-pauk kampung. Nampak sangat menyelerakan.

Kami kembali ke meja selepas itu dan mula menikmati makan tengahari.

"Hana, boleh saya tanya soalan privacy?"

"Tanyalah," kataku.

"Err..Hana dah ada someone special? Saya bukan apa, kot nanti tiba-tiba boyfriend Hana serang saya lak sebab bawa girlfriend dia keluar macam ni," Adib menduga.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now